Wednesday 7 February 2018

DAP YANG AKAN MENENTUKAN SIAPA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AKAN DATANG ?


Pada 29hb Januari 2018, Malaysia Today menulisAzmin’s secret pact with PAS Selangor . Di dalam artikel itu, mereka berkata, “Sekiranya PAS Selangor terlibat dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan, yang akan kalah ialah PKR, PPBM dan PAN sementara DAP akan dapat manfaatnya. Tentang jangkaan pertandingan tiga penjuru, kesannya DAP akan memperolehi kerusi terbanyak di Selangor dan Azmin akan hilang jawatannya. Oleh itu, adalah amat penting untuk Azmin membuat pakatan sulit dengan PAS Selangor supaya PKR akan mendapat kerusi terbanyak di Selangor bukannya DAP.
Hari ini, Joceline Tan dari The Star menulisThe knives are out for Azmin. Dalam artikel ini, Joceline berkata, “Mereka amat marah bahawa Azmin kelihatan lebih jatuh cintadengan PAS daripada dengan Amanah, dan sekarang menuntut agar beliau menyatakan pendiriannya terhadap kerusi di Selangor. Mereka mengesyaki bahawa  Azmin sedang berunding dengan PAS di belakang tabir dan ia bukan rahsia lagi memandangkan ADUN Paya Jaras beliau Mohd Khairuddin Othman mempunyai satu kaki dalam PKR dan satu kaki lagi dalam PAS.”
Joceline seterusnya berkata, “Separuh pemimpin Pakatan di Selangor telah juga menemui Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan pengaruh beliau serta memberi nasihat yan tegas di Selangor. Kegarangan Amanah juga dilihat kerana mempunyai sokongan daripada DAP. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Azmin hampir tidak pernah bercakap dan bukanlah rahsia bahawa DAP rela memilih orang lain sebagai Menteri Besar selepas PRU-14.”
Dengan ringkas, DAP akan menentukan siapakah Menteri Besar Selangor yang akan datang dan bukan lagi Azmin Ali tetapi orang lain daripada PAN atau Amanah. Adalah terlalu awal untuk DAP sendiri mengambil alih jawatan Menteri Besar pada peringkat ini. Kemudian mungkin boleh berlaku. Dengan itu, peringkat pertama ini Menteri Besar Selangor datangnya proksi DAP, di mana bermakna daripada PAN, dan dalam peringkat dua, DAP akan mengambil alih jawatan Menteri Besar itu sendiri.
Tetapi apapun DAP mungkin lupa, mereka wajib mencadang minima tiga nama calon Menteri Besar untuk dipilih oleh DYMM Sultan Selangor. Kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang akan terpilih menjadi Menteri Besar ialah kuasa DYMM Sultan Selangor, bukannya Dr. Mahathir atau Lim Kit Siang atau Wan Azizah atau Mat Sabu.

DAP telah mengarahkan Ronnie Liu untuk memimpin serangan terhadap Azmin Ali.

Sekiranya anda mungkin sudah lupa, pertamanya DAP tidak pernah merestui Azmin sebagai Menteri Besar. Kedua-dua DAP dan PKR telah mencadangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagaie Menteri Besar. Bagaimanapun, DYMM Sultan  Selangor mendesak agar Pakatan Rakyat mencadangkan tiga nama, tetapi Pakatan Rakyat telah mencadangkan hanya satu nama, iaitu Wan Azizah, dan telah ditolak oleh baginda.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kemudian memajukan cadangan baharu dengan memberi tiga nama, salah seorang nama yang dicadangkan ialah Azmin Ali, dan  Sultan bersetuju dengan nama Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Khalid Ibrahim.
Lim Kit Siang amat marah terhadap Hadi lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah dibubarkan dan tidak lagi wujud. Puak yang pro-DAP dalam PAS kemudian meninggalkan parti dan menubuhkan parti baharu yang dikenali Parti Amanah Negara (PAN), di mana kemudian setelah Kit Siang menubuhkan Pakatan Harapan dan telah menjemput PAN menyertainya sebagai ahli gabungan.

Tempoh Azmin sebagai Menteri Besar Selangor akan tamat dalam beberapa bulan lagi dan selepas PRU-14 Menteri Besar Selangor yang baharu daripada PAN.

Dan kekecohan telah berlaku disebabkan oleh Azmin menjadi Menteri Besar Selangor disebalik Wan Azizah. Oleh itu, kerosakan yang terjadi apabila Azmin menjadi Menteri Besar bukan sahaja telah mencetuskan perpecahan PAS tetapi juga telah menyebabkan terbubarnya Pakatan Rakyat. Dan Kit Siang telah tidak akan memaafkan Hadi sehingga kini kerana menjadikan Azmin sebagai Menteri Besar.
Pada asasnya, ini merupakan satu urusan yang belum selesai bagi Kit Siang. Pada permulaannya, DAP cuba untuk menentang Sultan dan membantah terhadap campur tangan Baginda dengan menjadikan Azmin sebagai Menteri Besar. Tetapi baginda  Sultan Selangor tidak mudah mengalah. Sekira anda cuba mencabar DYMM Sultan, baginda tidak akan berundur dan akan terus menghadapi cabaran itu. Menyedari yang beliau sedang melangkah ke kawasan berbahaya kerana boleh didakwa di bawah Akta 15 AKTA Hasutan 1948 (pindaan 1969) menentang Sultan Selangor, kerana itulah Kit Siang tidak teruskan tentangan beliau dan membuat keputusan menunggu lain hari untuk menghabiskan Azmin.
Dan lain hari itu adalah sekarang. DAP dan PAN sedang berhabis habisan menyerang  Azmin untuk menentukan beliau tidak akan terus menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang. Menteri Besar Selangor yang akan datang ialah seorang yang Kit Siang and DAP boleh kawal, iaitu seorang daripada  PAN. DAP mendapati bahawa Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, kedua-duanya dari  PKR, tidak boleh dikawal. Dengan itu beliau berpendapat bahawa Menteri Besar akan datang tidak harus lagi daripada PKR.
Ini berlaku di Perak pada tahun 2008. DAP, yang mempunyai kerusi terbanyak di DUN Perak, telah buat keputusan siapakah yang akan layak menjadi Menteri Besar Perak. Dan mereka pilih seorang daripada PAS (sekarang ini menyertai PAN), Nizar Jamaluddin, walaupun ketika itu PAS mempunyai bilangan kerusi yang paling sedikit di DUN Perak.


Nizar Jamaluddin daripada PAN Menteri Besar Perak proksi DAP dan beliau telah beri ganjaran kepada tuannya DAP dengan menukar syarat tanah TOL kepada tanah pegangan bebas(freehold).


Dalam beberapa bulan Nizar menjadi Menteri Besar pilihan DAP, beliau telah menukar syarat banyak tanah TOL kepada tanah pegangan bebas. Tanah TOL bermakna tanah dimiliki kerajaan dan mereka yang menduduki tanah tersebut perlu memperbaharui kebenaran menduduki tanah TOL setiap tahun dan ia mungkin atau tidak mungkin di perbaharui. Tanah pegangan bebas bermakna tanah yang anda didiami adalah tanah milik anda. 
Inilah cara Nizar membalas budi DAP kerana menjadikan beliau Menteri Besar Perak dan kebanyakkan yang mendiami tanah TOL ini ialah masyarakat Cina dan sebahagaian daripada mereka terdiri daripada bekas pengganas komunis Parti Komunis Malaya (PKM). Malangnya, Nizar telah gagal memegang jawatannya dan mampu bertahan hanya setahun, sekiranya tidak sehingga sekarang setiap tanah TOL di Perak akan ditukar menjadi tanah pegangan bebas. Kemudian Perak akan benar-benar menjadi negeri yang dimiliki oleh satu kaum sahaja termasuk bekas pengganas komunis.
Perbuatan Nizar itu telah banyak melukai hati bukan sahaja kaum bumiputra yang miskin yang tidak bertanah malah kebanyakkan bekas pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang telah banyak berkorban menentang pengganas komunis tidak mendapat apa-apa atas pengorbanan mereka. Pihak pengkhianat negara bekas PKM pula diberi keistimewaan.
Di Selangor, Khalid Ibrahim melakukan di sebaliknya. Apa yang banyak orang tidak tahu ialah Khalid Ibrahim telah banyak menukar syarat tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Tanah rizab Melayu atau Kawasan Rizab Melayu (KRM). Sementara diPerak, tanah kerajaan telah ditukar syarat kepada tanah pegangan bebas dan diberi kepada kaum Cina dan bekas pengganas komunis, di Selangor, tanah kerajaan telah ditukar syarat ke KRM untuk orang Melayu. Tetapi malangnya semasa era Azmin banyak tanah KRM telah dimiliki oleh bukan Melayu tanpa pengganatian.

Khalid Ibrahim banyak menukar syarat tanah kerajaan Selangor kepada tanah KRM dan inilah membuat beliau tidak disenangi oleh DAP.

Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak tahu ini sebab isu terlalu perkauman untuk didedahkan kepada umum. Dan dengan itu mengapa apabila Anwar Ibrahim mahu menggantikan Nizar dengan seorang Menteri Besar daripada PKR, DAP tidak bersetuju. DAP memerlukan Nizar untuk terus menukar syarat tanah TOL kepada tanah pegangan bebas sebab untuk membuat kaum Cina di negeri Perak terhutang budi kepada DAP. Dan pada semangat perkauman yang sama, itulah mengapa DAP mahu Khalid Ibrahim dijatuhkan. DAP tidak senang apabila melhat banyak tanah kerajaan negeri Selangor telah ditukar syarat kepada tanah KRM.
Oleh itu, sebab mengapa DAP mahukan Nizar (sekarang menyertai PAN) sebagai  Menteri Besar Perak dan sebab mengapa DAP mahu Khalid Ibrahim dijatuhkan  sebagai Menteri Besar Selangor mempunyai banyak sebab niat jahat daripada yang kita disedari. Dan juga sebab itulah mengapa DAP mahu tentukan bahawa Menteri Besar Selangor yang akan datang adalah daripada PAN. Seorang Menteri Besar daripada PAN perlu setaraf seorang hamba abdi, iaitu mematuhi segala arahan dan boleh melaksanakan apa yang diarahkan tanpa banyak soalan. Dua orang Menteri Besar daripada PKR, iaitu Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, tidak boleh dikawal.
Kemudian, dalam peringkat kedua, ADUN DAP sendiri akan ambil alih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, melainkan Selangor jatuh semula ke tangan UMNO dan BN.
Lojiknya niat DAP mudah diperkatakan tetapi sukar dilaksanakan. Sekiranya ia dilaksanakan adakah parti komponen yang lain terutama PKR boleh akur dengan DAP begitu sahaja? Sekiranya ia dilaksanakan sudah tentu Pakatan Harapan akan hanya tinggal harapan dan mereka mungkin akan berpecah.

No comments:

Post a Comment