Wednesday 31 May 2017

AKBAR THE STAR SENGAJA MENGHINA ISLAM


Ada kata Inggeris mengatakan: a slip of the tongue is a fault of the mind” atau “kesilapan lidah ialah kesalahan minda”. Ini bermakna sebab mereka ‘dengan tidak sengaja’ menyebut sesuatu sebab ada sesuatu dalam minda mereka selama ini. Oleh itu, ia hampir serupa dengan kelantangan atau pengungkapan secara ekspresif tentang apa yang ada dalam diri mereka.
Itulah sebabnya mengapa akbar The Star kononnya ‘dengan tidak sengajamenyamakan jemaah orang Islam yang sedang sembahyang sebagai pengganas. Ini kerana terdapat beberapa orang dalam The Star (yang terpengaruh dengan Islamphobia Barat) menganggap orang Islam yang alim atau orang Islam yang sembahyang sebagai pengganas. Ini bermakna pada mereka orang Islam liberal kononnya adalah mereka yang tidak sembahyang, satu kayu ukur yang mudah untuk mengukur liberal dan pengganas.
Sebenarnya orang Islam diwajibkan untuk mempercayai Rukun Iman. Itulah asas sebagai seorang Muslim. Kita tidak boleh mempercayai separuh dan tidak mempercayai separuh terhadap apa yang diajar oleh Islam ikut kesesuain diri kita sebagai seorang insan yang dijadikan oleh Allah Subhanatalla. Hakikatnya di dalam Islam tidak ada istilah Islam liberal, sama ada kita mempercayai serta mematuhi apa yang diajar oleh Islam atau disebaliknya. Jikalau disebaliknya kita tidak layak mengakui diri kita sebagai seorang Muslim.  Islam liberal adalah istilah yang datangnya dari Barat untuk menunjukkan penentangan dikalangan mereka terhadap sebahagian ajaran Islam yang tidak mereka disenangi.
Ini mengingatkan kita pada satu lagi akbar berbahasa Cina baru-baru ini yang menyamakan orang Islam yang memakai sarban sebagai monyet.Orang Islam merasa terhina terhadap penghinaan akbar tersebut sebab Nabi Muhamad s.a.w juga memakai sarban. Oleh itu, sekiranya orang Islam yang memakai serban sama dengan monyet, maka ini juga akan menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Bilakah mereka ini akan mempelajari tentang satu lagi kata-kata Inggeris berbunyi: “loose lips sink ship” atau “mulut yang lancang akan musnahkan segalanya”? Alasan bahawa  bahawa banyak pengganas terdiri daripada orang Islam kononnya tidak salah menghina orang Islam atau Islam melakukan perkara yang sama terhadap Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddhist — memandangkan terdapat juga pengganas dalam agama-agama berkenaan. Ini serupalah apa yang Nazi telah lakukan terhadap Yahudi hanya kerana  Yahudi membunuh Nabi Isa. Dan pengganas berkenaan yang saling membunuh antara mereka di Ukraine juga orang Islam?
Pada masa yang sama kita ada mereka yang mengeluh tentang penghakisan hubungan kaum dan peningkatan perkauaman di Malaysia pada masa yang sama orang yang sama ini telah menyumbang kepada perpecahan kaum dan agama. Adakah mereka ini bisu atau adakah mereka ini fikirkan kita semua?
Kesimpulannya permohonan maaf The Star atas penghinaan yang telah dibuat di muka hadapan terbitan Sabtu 27 Mei 2017 di bawah tajuk utama berita dengan mengaitkan pengganas dengan gambar orang Islam sedang sembahyang, tidak mencukupi.
Nampaknya apa yang cuba dipamirkan di muka hadapan The Star satu perkara yang “ekstrim dan biadab”.
Sebelum ini, akbar Cina Nanyang Siang Pau telah memperolok-olokkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan karkatur saekor monyet memakai serban. Ini telah mencetuskan kemarahan kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan hidup harmoni.
Ini jelas menunjukkan The Star telah gagal mempelajari daripada episod Nanyang Siang Pau dan telah mengulangi kesilapan yang sama.
Seolah-olah mereka kelihatan terlalu hebat dan berani. Memohon maaf setelah mengulangi perlakuan yang sama merupakan satu penghinaan dan bukannya menggambarkan pemohonan maaf yang ikhlas.
Pihak berkuasa harus mengambil perkara ini sebagai satu yang serius.Mereka harus bertegas dalam perkara ini dan tidak membenarkan Islam dihina dan orang Islam diprovok berulang-ulang.
Berapa lama lagi kesabaran orang Islam akan diuji sebegini? Kesabaran orang Islam terus dicabar. Provokasi mereka bertujuan untuk menggangu keamana dan keharmonian. Kemudian mereka jadikan orang Islam sebagai kambing hitam.
Persoalan sekarang ialah, mengapakah mereka menjadi lebih hebat dan berani? Sama ada mereka menjadi angkuh sebab sokongan ekonomik dan politik, atau orang Islam lemah sebab berpecah. Bagamanapun “kehebatan” dan “keberanian” mereka menghina Islam akan memakan diri satu hari nanti.
Sebagai contoh di Indonesia, kesilapan terbesar Ahok atau Basuki Tjahaja Purnama yang mencampuri urusan agama Islam malah menghina al-Quran hanya kerana kepentingan politik dan dirinya telah menemui padah. Bukan Islam (non Mulim) yang manipulasi Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama pasti mengundang padah.

Itulah pengajaran paling bernilai bukan sahaja kepada Ahok, masyarakat Indonesia bahkan kepada kita semua termasuk di Malaysia. Umat Islam yang kenal dengan toleransi kepada etnik lain sebagaimana juga negara jiran itu, akhirnya bangkit dan bersatu menolak Ahok.

Tindakan tegas pihak berkuasa Indonesia mendakwa Ahok (yang kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah), merupakan satu contoh yang baik  untuk dilakukan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia harus mencontohi ketegasan seperti itu demi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk. Cukuplah satu kes Ahok, jangan sampai gelombangnya merebak di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Nanyang Siang Pau, The Star dan banyak lagi golongan ‘Islamphobia’ yang menunggu masa untuk menghina Islam secara terang-terang.


Monday 29 May 2017

MAHATHIR MEYEBABKAN LEBIH BANYAK KEROSAKKAN KEPADA PAKATAN HARAPAN DARIPADA BARISAN NASIONAL.

Ringkasan artikel:

Najib tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya akan datang memandangkan beliau masih ada satu tahun untuk melihat kemusnahan-sendiri Pakatan Harapan. Lagi lama Mahathir terlibat dalam Pakatan Harapan lagi banyak kerosakan beliau akan lakukan. Kehadiran Mahathir dalam Pakatan Harapan merupakan satu aset kepada Barisan Nasional. Mahathir sedang menyebabakan banyak kerosakan pada Pakatan Harapan daripada Barisan Nasional pernah lakukan. Ia ibarat melepasakan lembu jantan ke dalam kedai Cina.

Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terdapat tiga sebab mengapa Pakatan Harapan harus menamakan Perdana Menteri menunggu mereka.
1. Ia akan merupakan isyarat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan menunggu.
2. Ia akan merupakan penghapusan mitos.
3. It akan membuat perbandingan ‘X lawan Y’ yang menyebelahi Pakatan Harapan.

Syed Saddiq berkata orang sedang bertanya sekira bukan Kit Siang kemudian siapa?
Pada asasnya, apa yang Syed Saddiq kata ialah apa yang Malaysia Today katakan selama lebih beberapa bulan yang lepas. DAP dijangkakan memenangi majoriti daripada kerusi. Oleh itu, sekiranya Pakatan Harapan memenangi, katakan, 125 kerusi parliamen dalam pilihan raya akan datang, ia akan disebabkan DAP memenangi  55 kerusi sementara ahli lain Pakatan Harapan memenangi 70 kerusi. Sekiranya tidak Pakatan Harapan tidak akan boleh memenangi125 kerusi di Parlimen.
Sekarang, sekiranya DAP menanag 55 kerusi itu akan bermakna PKR menang 35 kerusi sementara PAN dan Pribumi menanag lagi 35 kerusi gabungan (katakan 25 dan 10 kerusi masing-masing). Sekiranya, bagaimanapun, DAP menang hanya 40 kerusi, PKR 30, PAN 15 dan Pribumi 5, jumlahnya hanya 90 kerusi dan itu bermakna Barisan Nasional (dengan 132 kerusi) dan bukan Pakatan Harapan (dengan 90 kerusi) akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru.Anda tidak perlu jadi penganalisis politik untuk memahami ini. Semua ini menggunakan matematik yang mudah. Terdapat 222 kerusi dalam parlimen. Satu majoriti mudah ialah 112 kerusi. Satu majoriti selamat ialah 125 kerusi untuk menentukan bahawa kerajaan anda tidak jatuh beberapa hari setelah dibentuk.
Oleh itu, sekiranya anda memerlukan 125 kerusi, melainkan anda boleh menyapu bersih 35 kerusi di Sabah dan daripada 57 kerusi parlimen di Sabah, DAP harus menang 55 kerusi, PKR harus menang 35kerusi, dan PAN-Pribumi lagi 35 kerusi . Dan itu bermakna masa depan Pakatan Harapan bergantung kepada DAP, yang mana bergantung kepada 90% undi kaum Cina. Jika tidak Pakatan Harapan akan kekal sebagai pembangkang pada jangka panjang akan datang.
Dan inilah mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju menamakan Perdana Menteri-dalam-menunggu sekarang. Sekiranya  Pakatan Harapan tidak menang pilihan raya umum akan datang oleh itu menamakan Perdana Menteri-dalam-menunggu merupakan satu perkara akademik atau, seperti beliau pernah kataka, sebagai syok sendiri. Mahathir kata Pakatan Harapan harus menanag pilihan raya umum dahulu dan kemudian baru boleh bercakap tentang siapa yang harus jadi   Perdana Menteri selepas itu.

Oleh itu siapa dia Perdana Menteri-dalam-menunggu Pakatan Harapan yang sebenar?
Bagaimanapun, sebagaimana Syed Saddiq kata, not naming the Prime Minister-in-waiting now gives the impression that if Pakatan Harapan wins the next general election then Lim Kit Siang is going to be the Prime Minister. And since DAP must win 55 of the 115-125 seats for Pakatan Harapan to be able to win the next general election, DAP will be the one to determine who shall be the Prime Minister (like what happened in Perak in 2008 when DAP won the most number of seats in the State Assembly and decided that Nizar Jamaluddin shall be the Menteri Besar).
Dengan itu, apa yang Syed Saddiq katakan (menamakan Perdana Menteri-dalam-menunggu sekarang) merehatkan perkara ini dan akan menamatkan spekulasi. Sekira tidak, sebagaimana  Syed Saddiq kata, orang akan kata Perdana Menteri-dalam-menunggu ialah sama ada Lim Kit Siang atau seorang boneka DAP.
Satu masalah lagi yang ditimbulkan oleh Syed Saddiq ialah memandangkan matlamat pilihan raya akan datang ialah untuk menolak Perdana Menteri Najib Tun Razak, oleh itu Pakatan Harapan harus menawarkan alternatif atau perbandingan kepada Najib. Sekira tidak pengundi akan bertanya : selepas menolak Najib dan digantikan dengan siapa pula?
Sekarang, semetara apa yang Syed Saddiq katakan boleh diterima akal (di mana mengapa beliau merupakan pendebat Asia yang terbaik dan beliau telah memenanagi  United Asia Debate Championship pada Mei  2015), membiarkan perkara tentang Perdana Menteri-dalam-menunggu Pakatan Harapan secara terbuka adalah lebih selamat daripada menamakan mereka dan dengan itu menutup pintu untuk perbincangan selanjutnya.

Telah menunjukkan satu kepalsuan terhadap perpaduan, sebenarnya pertelagahan amat ganas sedang berlaku disebaliknya.
Setelah Kit Siang bersetuju menamakan Perdana Menteri-dalam-menunggu beliau tidak akan berpatah balik. Pakatan Harapan akan melampaui titik yang tidak akan kembali. Dan Kit Siang akan punyai pilihan beliau untuk satu rancangan patah balik dan melakukan pusingan U sekiranya perkara tidak menjadi sebagaimana mereka rancang. Seterusnya,dengan menamakan Perdana Menteri-dalam-menunggu akan mencetuskan perang saudara dalam Pakatan Harapan dan akan menjuruskan kepada perpecahan.
Kit Siang harus menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu (di mana bermakna beliau akan kehilangan undi Melayu) atau beliau menamakan nama Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mukhriz Mahathir, Mat Sabu, Azmin Ali, Zaid Ibrahim atau sesaorang sebegitu.
Semua nama-nama itu (termasuk nama Kit Siang’s sekali) menaggung bebanan yang amat berat .Tidak ada nama yang boleh di terima, katakan ,70% daripada pengundi. Dan anda memerlukan sesaorang yang boleh diterima oleh lebih daripada setengah jumlah pengudi. Dan tidak ada orang berkenaan dalam senarai sembilan nama itu.  Jika ada mungkin calon yang ke sepuluh yang mana melebihi daripada setengah atau 70% daripadanya boleh diterima pengundi.

Memandangkan pilihan raya umum akan datang ialah tentang Najib, siapakah dia Pakan Harapan alternatif kepada Najib?
Adalah hampir biasa dalam sebuah negara bahawa Perdana Menteri atau Presiden mempunyai kurang daripada 50% kadar meluluskan. Oleh itu, cubaan mendapatkan seorang yang mempunyai lebih daripada 50% atau 70% kadar meluluskan adalah amat sukar.
Pakatan Harapan harus menjadikan pilihan raya umum akan datang tentang dasar. Mereka harus mempunyai kertas kedudukan pengumuman atas beberapa isu panas supaya pengundi akan tahu apa mereka akan dapat dengan mengundi Pakatan Harapan.
Disebaliknya, mereka jadikan pilihan raya umum akan datang sebagai kempen anti-Najib. Dan disini wujudnya masalah, sebagaimana yang Syed Saddiq ingatkan. Memandangkan ini tentang Najib oleh itu mereka harus tunjuk alternatif kepada Najib. Dan Pakatan Rakyat tidak mempunyai alternatif kepada Najib. Dan ini lah dia apa yang mendukacitakan Syed Saddiq.
Najib, disebaliknya, sedang dalam keadaan selesa. Pada peringkat permainan sekarang ,Najib tidak perlu buat apa-apa atau membuktikan apa-apa. Bola sedang berada di gelangang Pakatan Harapan.Sekarang adalah tanggungjawab Pakatan Harapan sekarang untuk membuktikan bahawa Perdana Menteri-dalam-menunggu adalah jauh lebih baik daripada Najib. Tetapi malangnya mereka gagal untuk membuktikannya.
Najib tidak perlu tergopoh gapah untuk mengadakan pilihan raya umum memandangkan beliau masih ada satu tahun lagi untuk melihat kemusnahan-sendiri Pakatan Harapan. Lagi lama Mahathir ‘memimpin’ Pakatan Harapan lagi banyak kerosakan disebabakan oleh beliau. Wujudnya Mahathir dalam Pakatan Harapan adalah satu aset kepada Barisan Nasional. Mahathir telah menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada Pakatan Harapan daripada yang dilakukan Barisan Nasional. Ia ibarat melepaskan lembu jantan ke dalam kedai Cina.



Setiap kali Mahathir membuka mulutnya Pakatan Harapan akan kehilangan undi. Contohnya, Mahathir baharu sahaja menghina ‘orang gemuk dan lebih kurang 18% rakyat Malaysia obesiti sementara 30% adalah berat lebih. Oleh itu ini akan menyebabakan Pakatan Harapan hilang banyak undi. Mereka hanya memerlukan 5% undi untuk menang atau kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Dengan itu 18-30% akan mencederakan Pakatan Harapan dengan lebih buruk.
Isu sekarang tidak lagi tentang sama ada Barisan Nasional akan menang pilihan raya umum akan datang. Isu sekrang ialah tentang sama ada Barisan Nasional akan memenangi semula majoriti dua-pertiga di Parlimen. Untuk  Barisan Nasional memenangi majoriti dua-pertiga perlu memenangi 148 kerusi. Untuk Pakatan Harapan menafikan Barisan Nasional majoriti dua-pertiga di parlimen mereka harus memenangi tidak kurang daripada 75 kerusi. Dan di peringkat ini Pakatan Harapan mungkin terdesak untuk memenangi walaupun 70 kerusi melainkan pengundi dimaklumkan tentang siapa dia Perdana Menteri-dalam-menunggu dan Mahathir berhenti menembak kakinya sendiri.


Viral Mahathir Ejek Orang Gemuk


Saturday 27 May 2017

MAHATHIR SEORANG YANG SUSAH DIFAHAM

Ringkasan artikel:

Mahathir dan Anwar sedang memperbodokan rakyat Malaysia. Mereka menyatakan tentang kononnya Malaysia sedang mengidap barah dan lalu menyatakan bahawa itulah sebabnya Malaysia perlu diselamatkan. Apa yang mereka tidak katakan ialah bahawa barah ini pertamanya telah disebabkan oleh mereka sendiri. Oleh itu, secara teknikalnya, kita diminta untuk menyelamatkan Malaysia daripada Mahathir dan Anwar, dan Kit Siang yang menggunakan Melayu untuk melawan Melayu (using the Malays to screw Malays).

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa merayu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau yang menggelar Tun sebagai “re-born Mahathir” berharap semua pihak mengambil kira mengenai kesungguhan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia.
“Beliau bukan lagi Mahathir yang dulu tetapi seorang yang baru dan sanggup bersama rakyat untuk selamatkan Malaysia dari dirosakkan Datuk Seri Najib dan Umno,” katanya di majlis forum sempena program Temu Mata dan Dialog Anak Kelantan di perantauan di Pusat Bandar Melawati, hari ini

Husam telah diminta untuk ‘menguji kaji air’ dengan mencadangkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan untuk lihat apa yang akan berlaku.
Pada mereka yang tidak faham Bahasa Malaysia, Husam Musa daripada Parti Islam DAP, PAN a.k.a. Amanah, meminta Pakatan Harapan untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri akan datang sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Sekarang, mengetahui Husam dan mengetahui apakah jenis orangnya, beliau tidak akan mencadangkan sedemikian melainkan beliau diminta untuk berbuat demikian. Oleh itu ini bukan merupakan initatif peribadi Husam tetapi merupakan satu yang dirancangkan untuk ‘mengujui kaji air’ dan lihat apa yang akan berlaku dan apakah respon cadangan yang diterima ini.
Tipikal Mahathir orang lama dan beliau telah melakukan ini banyak kali sebelum ini.
Bahagian yang melucukan daripada kenyataan Husam ialah apabila beliau melabel Mahathir sebagai ‘reborn Mahathir’ atau ‘Mahathir yang diperanakkan semula’ dan menyatakan Mahathir tidak lagi seperti ‘Mahathir dahulu’ dan bahawa beliau bersedia untuk bersama rakyat untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ daripada dimusnahkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan UMNO.  
Cuba teka, perkataan siapa ini dan siapa yang membantu beliau menulis kenyataan ini.
Pada asasnya, parti Husam’s , PAN a.k.a. Amanah, bersama dengan parti Mahathir, PPBM a.k.a. Pribumi, bersama di dalam tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka tahu Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri dan Azhar Harun — seorang peguam ternama Malaysia dan penyokong tegar Pakatan Harapan — telah menjelaskan mengapa dalam tulisannya bertajuk Anwar for PM?.
Percayalah, Azhar tahu tentang apa yang beliau katakan. Beliau merupakan peguam Raja Petra Kamarudin atau RPK (bersama dengan Haris Ibrahim, Malik Imtiaz, Ashok Kandiah, dan beberapa orang lagi) yang telah berjaya membebaskan RPK daripada tahanan tanpa bicara (ISA) pada November 2008 atas alasan dakwaan pihak pendakwa yang tidak berpelembagaan. Ia merupakan hujah yang bijaksana, malahan hakim yang membicarakannya tidak berupaya untuk tidak mempersetujuinya.

Azhar Harun menjelaskan mengapa Anwar mengikut undang-undang tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanpun, apa yang Azhar katakan ialah apa yang Malaysia Today telah katakan banyak kali sebelum ini. Ringkasnya, melainkan D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong pekenan pengampunan kepada Anwar (dan tidak ada sebab mengapa Agong akan ampun) beliau tidak akan layak untuk bertanding pilihan raya kecil atau pilihan raya umum sehingga selepas 2025. Oleh itu, ini bermakna Dr Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri perantaraan atau sementara selama tujuh atau lapan tahun sebelum memberi laluan kepada suaminya untuk mengambil alih.
Sekarang, adakah anda fikir Mahathir akan setuju kepada itu? Ketika itu Mahathir akan melepasi umur 100 tahun atau pun sudah meninggal dunia apabila Anwar mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Oleh itu apa akan berlaku kepada Mukhriz? Aadakah ini bermakna Mahathir boleh melupakan tentang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri? 
Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri hanya sekiranya dipersetujui oleh Lim Kit Siang sebab, sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, itu hanya sebab mereka menang tidak kurang daripada 112 kerusi di Parlimen  dan itu, disebaliknya, boleh hanya bermakna DAP telah menang 55 kerusi. Kurang daripada itu Pakatan Harapan tidak akan berjaya ke Putrajaya. Dan, dengan 55 daripada 112 kerusi, itu akan membuat DAP mempunyai kerusi terbanyak dan dengan itu mereka mempunyai hak untuk memutuskan tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri (dan bukannya PKR yang hanya memperolehi lebih kurang 30 kerusi).
Oleh itu, sekiranya Pakatan Harapan betul memenangi pilihan raya umum akan datang dengan, katakan, lebih kurang 115 kerusi, DAP mempunyai suara lebih dan boleh memutuskan siapa akan jadi Perdana Menteri. Dan DAP, melalui Husam, mahu rakyat Malaysia tahu yang mereka menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dengan itu cakap-cakap tentang Lim Kit Siang kononnya akan menjadi Perdana Menteri tidak betul, di mana Kit Siang mahu kita percaya.

Adalah selamat untuk Kit Siang mencadangkan Anwar menjadi Perdana Menteri mengetahuinya ia tidak akan berlaku dan bahawa DAP akan memutuskannya kemudian setelah undi dikira.
Tetapi pada hujung minggu yang lepas Kit Siang mengangkat poster tertera ‘Anwar PM KE7’. Oleh itu adakah Anwar atau Mahathir sebagai Perdana Menteri nanti?
Ada pepatah mengatakan: sekira anda tidak boleh menerangkannya kemudian kelirukan mereka. Oleh itu sekarang berlaku kekeliruan tentang siapa akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang. Dan itulah cara yang Pakatan Harapan mahu ia berlaku : iaitu sebolehnya kelirukan.
Perdana Menteri akan datang sekiranya Pakatan Harapan memenanagi pilihan raya umum akan datang ialah Dr Wan Azizah Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang or Lim Guan Eng. Menurut Zaid Ibrahim, sekiranya mereka tidak dapat memutuskan terrhadap siapa yang mereka mahu malahan mereka boleh memilihnya, sebagaimana Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu siapakah dia Perdana Menteri Pakatan Harapan?
Oleh itu, jeritan-perang kempen pilihan raya umum yang baru ialah: Adakah anda mahu Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri atau anda mahu Dr Wan Azizah Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Zaid Ibrahim atau malahan mungkin tidak seorang daripada yang di sebut akan menjadi Perdana Menteri?
Dr Rozhan Othman, seorang lagi penyokong tegar PKR , menulis Kiamat Melayu sudah tiba, di mana ia telah disiarkan dalam in Free Malaysia Today.
Dalam Bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai ‘Doomsday has arrived for the Malays’. Dalam menganalisa senario Kiamat untuk orang Melayu, Dr Rozhan bercakap tentang mengapa Melayu telah gagal dan beliau menyalahkan Melayu kerana terlalu bergantung kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan terutama korupsi di kalangan Melayu sebagai penyebabnya. Hakikatnya, Mahathir menyatakan perkara yang sama hari ini apabila beliau menyatakan bahawa pegawai perkhidmatan awam Melayu telah menjadi lebih korup daripada dahulu.
Barah tidak berlaku semalaman. Dan barah di kalangan masyarakat Melayu mengambil masa untuk berkembang kepada apa yang seorang seperti Dr Rozhan dan Mahathir panggil sebagai ‘terminal’ atau ‘penghujung’.Bilakah barah bermula dan mengapa ia tidak dirawat semasa ia mula dikesan? Itulah apa yang harus Dr Rozhan dan Mahathir perkatakan disebalik hanya mengatakan barah sudah ‘terminal’ atau ‘penghujung’ dan sekarang kiamat untuk Melayu.

Dr Rozhan mengatakan Melayu sedang hancur.
Adalah Mahathir sendiri yang menangis semasa perhimpunan tahunan UMNO dan mengatakan beliau telah gagalkan Melayu. UMNO, kata Mahathir, telah dijadikan parti kourup dan semuanya tentang ‘politik wang’(perkataan yang sopan untuk rasuah)  Hari ini, Dr Rozhan mengatakan Malays sedang hancur sementara Mahathir mengatakan UMNO sedang hancur.
Baik, malahan sekiranya itu benar, mengapa dan bagaimana ia berlaku? Maksud kami, kita bercakap tentang barah yang mengambil masa 50 tahun untuk menjadi ‘terminal’ atau ‘penghujung’.
Mahathirlah orangnya pada 1970 mengatakan bahawa Melayu harus mengambil balik negara ini daripada kaum Cina dan satu cara untuk perkara tersebut boleh  berlaku ialah untuk Melayu menjadi kaya dengan apa jua pun. Oleh itu wang harus dijadikan perkara untuk mendorong Melayu atau jika tidak Melayu selalunya menjadi hamba dalam negara sendiri –hamba kepada kaum Cina.
Kemudian Mahathir melarang pegawai kerajaan daripada memegang jawatan dalam UMNO (di mana sebelum ini merupakan 70% daripada profesion pendidikan) dan itulah bila ahli perniagaan,profesional dan orang koperat mengambil alih parti. Pegawai kerajaan dan guru tidak begitu kaya sementara ahli perniagaan, profesional dan orang koperat terlalu kaya. Oleh itu UMNO telah ditukar menjadi parti macam MCA — sebuah parti untuk towkay.

Anwar membelanjakan RM600 juta untuk menjatuhkan Ghafar dan Mahathir membenarkannya.
Anwar kemudian memperkenalkan ‘politik wang’ ke dalam UMNO (dan Mahathir secara terbuka menuduh Anwar untuk ini). Mereka membelanjakan RM6 juta hanya untuk memenangi jawatan ketua cawangan atau RM10-15 juta hanya untuk memenangi jawatan ketua bahagian. Tiada siapa akan mengundi anada melainkan mereka dibayar melakukannya. Anwar sendiri membelanjakan RM600 juta untuk menjatuhkan Ghafar Baba dan mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri (RM200 juta di Sabah sahaja).
Mahathir sendiri akui pada 2015 ketika masa beliau UMNO membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum (di mana mengapa , beliau berkata, beliau tidak faham mengapa Najib perlu RM2.6 billion).
Semua ini berlaku semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar orang nombor duanya. Dan hari ini kedua-dua orang ini dalam pembangkang dan mahu ‘Selamatkan Malaysia’ daripada ‘UMNO yang terlalu korup’. Sekira Malaysia benar-benar perlu diselamatkan, ia disebabakan Mahathir dan Anwar yang menyebabakan barah tersebut. Dan adakah kita memerlukan mereka berdua orang yang sama, yang telah menyebabkan barah, dan perlukah mereka dibenarkan kembali semula berkuasa?

Mahathir dan Anwar telah memperbodohkan rakyat Malaysia. Mereka mengatakan bahawa rakyat Malaysia sedang menghidapi penyakit barah dan dengan sebab inilah mengapa Malaysia perlu diselamatkan. Apa mereka tidak katakan ialah bahawa barah ini pada perimgkat permulaan ia disebabkan oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian, secara teknikalnya, sebenarnya kita diminta untuk Selamatkan Malaysia daripada Mahathir dan Anwar, dan daripada Kit Siang yang mengguna Melayu untuk lawan Melayu (using the Malays to screw the Malays).