Ada kata Inggeris mengatakan: “a slip of the tongue is a fault of the mind” atau “kesilapan lidah ialah kesalahan minda”. Ini bermakna sebab mereka ‘dengan tidak sengaja’ menyebut sesuatu sebab ada sesuatu dalam minda mereka selama ini. Oleh itu, ia hampir serupa dengan kelantangan atau pengungkapan secara ekspresif tentang apa yang ada dalam diri mereka.
Itulah sebabnya mengapa akbar The Star kononnya ‘dengan tidak sengaja’menyamakan jemaah orang Islam yang sedang sembahyang sebagai pengganas. Ini kerana terdapat beberapa orang dalam The Star (yang terpengaruh dengan Islamphobia Barat) menganggap orang Islam yang alim atau orang Islam yang sembahyang sebagai pengganas. Ini bermakna pada mereka orang Islam liberal kononnya adalah mereka yang tidak sembahyang, satu kayu ukur yang mudah untuk mengukur liberal dan pengganas.
Sebenarnya orang Islam diwajibkan untuk mempercayai Rukun Iman. Itulah asas sebagai seorang Muslim. Kita tidak boleh mempercayai separuh dan tidak mempercayai separuh terhadap apa yang diajar oleh Islam ikut kesesuain diri kita sebagai seorang insan yang dijadikan oleh Allah Subhanatalla. Hakikatnya di dalam Islam tidak ada istilah Islam liberal, sama ada kita mempercayai serta mematuhi apa yang diajar oleh Islam atau disebaliknya. Jikalau disebaliknya kita tidak layak mengakui diri kita sebagai seorang Muslim. Islam liberal adalah istilah yang datangnya dari Barat untuk menunjukkan penentangan dikalangan mereka terhadap sebahagian ajaran Islam yang tidak mereka disenangi.
Ini mengingatkan kita pada satu lagi akbar berbahasa Cina baru-baru ini yang menyamakan orang Islam yang memakai sarban sebagai monyet.Orang Islam merasa terhina terhadap penghinaan akbar tersebut sebab Nabi Muhamad s.a.w juga memakai sarban. Oleh itu, sekiranya orang Islam yang memakai serban sama dengan monyet, maka ini juga akan menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Bilakah mereka ini akan mempelajari tentang satu lagi kata-kata Inggeris berbunyi: “loose lips sink ship” atau “mulut yang lancang akan musnahkan segalanya”? Alasan bahawa bahawa banyak pengganas terdiri daripada orang Islam kononnya tidak salah menghina orang Islam atau Islam melakukan perkara yang sama terhadap Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddhist — memandangkan terdapat juga pengganas dalam agama-agama berkenaan. Ini serupalah apa yang Nazi telah lakukan terhadap Yahudi hanya kerana Yahudi membunuh Nabi Isa. Dan pengganas berkenaan yang saling membunuh antara mereka di Ukraine juga orang Islam?
Pada masa yang sama kita ada mereka yang mengeluh tentang penghakisan hubungan kaum dan peningkatan perkauaman di Malaysia pada masa yang sama orang yang sama ini telah menyumbang kepada perpecahan kaum dan agama. Adakah mereka ini bisu atau adakah mereka ini fikirkan kita semua?
Kesimpulannya permohonan maaf The Star atas penghinaan yang telah dibuat di muka hadapan terbitan Sabtu 27 Mei 2017 di bawah tajuk utama berita dengan mengaitkan pengganas dengan gambar orang Islam sedang sembahyang, tidak mencukupi.
Nampaknya apa yang cuba dipamirkan di muka hadapan The Star satu perkara yang “ekstrim dan biadab”.
Sebelum ini, akbar Cina Nanyang Siang Pau telah memperolok-olokkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dengan karkatur saekor monyet memakai serban. Ini telah mencetuskan kemarahan kalangan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan hidup harmoni.
Ini jelas menunjukkan The Star telah gagal mempelajari daripada episod Nanyang Siang Pau dan telah mengulangi kesilapan yang sama.
Seolah-olah mereka kelihatan terlalu hebat dan berani. Memohon maaf setelah mengulangi perlakuan yang sama merupakan satu penghinaan dan bukannya menggambarkan pemohonan maaf yang ikhlas.
Pihak berkuasa harus mengambil perkara ini sebagai satu yang serius.Mereka harus bertegas dalam perkara ini dan tidak membenarkan Islam dihina dan orang Islam diprovok berulang-ulang.
Berapa lama lagi kesabaran orang Islam akan diuji sebegini? Kesabaran orang Islam terus dicabar. Provokasi mereka bertujuan untuk menggangu keamana dan keharmonian. Kemudian mereka jadikan orang Islam sebagai kambing hitam.
Persoalan sekarang ialah, mengapakah mereka menjadi lebih hebat dan berani? Sama ada mereka menjadi angkuh sebab sokongan ekonomik dan politik, atau orang Islam lemah sebab berpecah. Bagamanapun “kehebatan” dan “keberanian” mereka menghina Islam akan memakan diri satu hari nanti.
Sebagai contoh di Indonesia, kesilapan terbesar Ahok atau Basuki Tjahaja Purnama yang mencampuri urusan agama Islam malah menghina al-Quran hanya kerana kepentingan politik dan dirinya telah menemui padah. Bukan Islam (non Mulim) yang manipulasi Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama pasti mengundang padah.
Itulah pengajaran paling bernilai bukan sahaja kepada Ahok, masyarakat Indonesia bahkan kepada kita semua termasuk di Malaysia. Umat Islam yang kenal dengan toleransi kepada etnik lain sebagaimana juga negara jiran itu, akhirnya bangkit dan bersatu menolak Ahok.
Tindakan tegas pihak berkuasa Indonesia mendakwa Ahok (yang kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah), merupakan satu contoh yang baik untuk dilakukan oleh pihak berkuasa di Malaysia.
Pihak berkuasa Malaysia harus mencontohi ketegasan seperti itu demi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk. Cukuplah satu kes Ahok, jangan sampai gelombangnya merebak di Malaysia seperti yang dilakukan oleh Nanyang Siang Pau, The Star dan banyak lagi golongan ‘Islamphobia’ yang menunggu masa untuk menghina Islam secara terang-terang.
No comments:
Post a Comment