Sunday 7 May 2017

DR. M TERUS BUAT PUSINGAN U.

DEMI  memenuhi nafsu politik, Tun Mahathir terus membuat pusingan U dengan kali ini memuji DAP sebagai parti yang mewakili rakyat Malaysia, sedangkan selama 44 tahun lalu secara berterusan memenci parti politik tersebut.

Kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu di Gelang Patah, Johor pada semalam 6 Mei 2017 bahawa DAP bukan sebuah parti cauvinis Cina merupakan langkah pusingan U yang jelas, berbanding kenyataannya pada 2013 apabila menggelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai rasis.

Selama 44 tahun dari 1969 hingga 2013, Tun Mahathir secara konsisten menghentam DAP dan penyokong-penyokong Cina parti tersebut termasuk dengan dengan mendabik dada bahawa beliau tidak memerlukan undi Cina untuk memenangi pilihan raya.

Kesannya, penggundi-penggundi Cina ketika itu telah mengajar Mahathir agar tidak bongkak dengan menggundi calon PAS  yang menyebabkan beliau tewas kepada calon PAS Yusof Rawa.

Sebagai tindak balas Mahathir telah menulis sebuah buku anti Cina, The Malay Dilemma, yang diharamkan oleh kerajaan ketika itu.

Satu perkara mengenai Tun Mahathir ialah pendirian beliau terhadap DAP sangat konsisten. Sebaik sahaja berakhirnya PRU ke-13, beliau menyerang Perdana Menteri Datuk Ser Najib Tun Razak kerana membuang masa  terhadap penggundi-penggundi Cina yang tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN).

Beliau sebaliknya meminta Perdana Menteri hanya memberi tunmpuan kepada pengundi-pengundi Melayu yang merupakan tulang belakang kepada UMNO.

Semalam 6 Mei 2017, Tun Mahathir menggelarkan DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum dan dianggotai lebih banyak kaum berbanding dengan parti-parti kerajaan yang lain sehingga membuatkan beliau selesa bersama DAP.

Apa yang berlaku malam semalam di Gelang Patah amat bertentangan dengan pendirian beliau semasa 2013.

Mengapa berlakunya pusingan U secara drastik dan mengejut selepas 44 tahun membenci DAP? Oleh itu, kita boleh menganggap Tun Mahathir kini begitu terdesak !!







No comments:

Post a Comment