Dijangkiti penyakit pusingan
'U'
|
Akhir-akhir ini, ingat hanya pemimpin-pemimpin veteran Pakatan Harapan seperti Mahathir dan Lim Kit Siang sahaja yang kerap melakukan pusingan 'U'. Tetapi sekarang penyakit tersebut telah menular kepada macainya seperti Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kerana ketandusan modal politik untuk menyerang Barisan Nasional sebelum PRU ke14 yang dijangkakan bila-bila masa sekarang atau tahun hadapan.
Sebenarnya, apakah yang tidak profesionalnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wahai Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahaman yang budiman? Kan dahulu Tan Sri yang mengepalai SPR. Mungkin kesilapan ini datangnya daripada Tan Sri sendiri ketika berkhidmat dahulu kot. Memandangkan ada pepatah ketenteraan mengatakan,"There is no bad soldiers but bad officers". Oleh itu berhati-hatilah Tan Sri, "janganlah mudah meludah ke langit nanti tertepek pula di muka sendiri".
Oleh itu Tan Sri tidak ayak lagi bercakap tentang SPR , kerana Tan Sri sudah berada di sebelah sana. Lazimnya pihak di sebelah sana tidak pernah bercakap tentang fakta tetapi 'auta' demi kepentingan politik kepartian bukannya kepentingan SPR.
Dalam satu kenyataan bersama dengan beberapa orang kuat pembangkang sebelum ini, siapakah 'kuda tunggangan' atau 'macai' Barisan Nasional (BN) ? Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kah? Seperti mana mereka tuduh.
Wahai, Tan Sri, kalau SPR ini 'kuda tunggangan' bagaimana pakatan pembangkang boleh menang lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 dan disusuli hampir merubah staus quo BN pada 2013?
Bukan itu sahaja, dua negeri paling maju dan kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang pun terlepas dari genggaman BN pada 2008 dan kekal di tangan mereka hingga hari ini.
Nak dikatakan SPR tidak adail, bab di mana itu yang dikatakan tidak adil itu? Adakah pegawai atau kakitangan SPR berada di sebelah pengundi dan acu mereka dengan pistol atau pisau mengarahkan 'nah !' kau pangkah calon BN. Adakah begitu wahai Tan Sri yang kononnya bijaksana.
Pernahkah Tan Sri menerima laporan yang sama daripada pengundi semasa berkhidmat dahulu? Kalau ada berapakah kekerapannya?
Bukankah semasa pengiraan atau penjumlahan undi selepas semua pusat mengundi ditutup 5 petang, setiap parti politik pembangkang meletakan ejen masing-masing untuk memantaunya. Ada penipuankah wahai Tan Sri ?
Sebenarnya wahai Tan Sri yang ketika ini salah seorang naib presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), Pakatan Harapan yang anda sertai tidak akan mengaku SPR itu bersih, telus dan adil selagi tidak menang pilihan raya. Selagi mana mereka dikepalai DAP ini gagal menawan Putrajaya, selagi itulah mereka akan memfitnah SPR sedemikian rupa. Ini merupakan S.O.P mereka untuk mengelirukan rakyat.
Takkanlah nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus.
Tan Seri sendiri ketika menyandang jawatan Pengerusi SPR pun banyak kali mengadu di media arus perdana dan media elektronik kerana sering diserang atau diancam pembangkang.
Tak kan lah bila sudah bertukar angin atau tikar atau kulit lain pula nampaknya nada anda ya Tan Sri.
Itulah bahana dijangkiti penyakit pusingan 'U' yang di bawa oleh boss nya Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment