Tun Ismail Ali (mantan Gabenor Bank Negara Malaysia) terserempak dengan Tan Sri Jaffar Hussein di lapangan terbang pada awal 1990an dan Tun Ismail bertanyakan tentang kerugian AS$10 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM) kesan daripada spekulasi mata wang asing. Jaffar memberitahu Ismail bahawa keadaannya terlalu buruk dan arahan untuk spekulasi mata wang asing tersebut dan kemudian menyembunyikan bencana tersebut, sebenarnya datang daripada Tun Daim Zainuddin sendiri dan juga Tun Dr. Mahathir turut terlibat.
Shamsher Singh Thind kembali semula membantah. Beliau mendakwa DAP sedang memadamkan semua artikel anti-Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada laman web parti, terutama semua artikel yang berkaitan kerugian BNM dalam spekulasi mata wang asing (Forex). Tindakan cuba menyembunyikan isu ini bermula setelah Lim Kit Siang muncul di hadapan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat perkara tersebut yang sedang menyediakan cadangan untuk Suruhan Siasatan DiRaja (RCI).
Shamsher Singh Thind kembali semula membantah. |
Adalah jelas bahawa Kit Siang sedang cuba untuk menutup jejaknya dengan memadamkan semua bukti apa yang beliau katakan yang lepas tentang Mahathir dan isu spekulasi mata wang asing (Forex) BNM. Sama ada Kit Siang cuba untuk mengubah ceritanya atau bahawa sebarang kenyataannya yang lepas tidak benar atau bahawa beliau tidak ada bukti bagi menyokong apa yang beliau katakan dahulu.
Apapun, ini kelihatan tidak baik untuk Kit Siang, begitu juga untuk Mahathir. Sekiranya Kit Siang tidak berhati-hati, isu spekulasi mata wang asing ini mungkin merupakan Peperangan Waterloo terakhir untuk beliau dan pada 2018 Ulang Tahun DAP ke 53 dan tahun ke 53 Kit Siang aktif dalam politik, akan merupakan tahun Kit Siang dikebumikan sama seperti kali pertama pada 1999.
Cubaan yang lemah untuk Kit Siang memadam semua artikel tentang Mahathir dan isu spekulasi mata wang asing BNM daripada laman web DAP telah melakukan kerosakan daripada kebaikkan. Tidak banyak orang tahu tentang semua artikel ini. Sekarang seluruh dunia tahu. Mereka seharusnya tidak berbuat apa-apa dan tiada niat untuk memadamkan artikel-artikel tersebut daripada laman web DAP. Sekarang, artikel-artikel tersebut sedang tersebar dengan meluasnya walaupun ia tidak lagi berada dalam laman web DAP.
Tiga serangkai yang menyebabkan kerugian kepada
pembayar cukai bernilai AS$10 bilion.
|
Yang menarik tentang penyiasatan ini ialah, akhirnya kita telah diberi tahu bahawa Tun Daim Zainuddin merupakan individu utama disebalik keseluruhan bencana ini. Mantan Gabenor Bank Negara Tun Ismail Ali terserempak dengan mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaffar Hussein (kedua-dua meninggal 1998) di lapang terbang awal 1990an dan yang terdahulu bertanyakan kepada yang terkemudian tentang keadaan skandal pertukaran wang asing BNM. Tan Sri Jaffar memberi tahu Tun Ismail bahawa keadaannya adalah terlalu buruk dan arahan untuk spekulasi mata wang asing dan seterusnya menyembunyikan (cover-up) bencana tersebut sebenarnya datang daripada Tun Daim Zainuddin sendiri dan Mahathir turut terlibat.
Kit Siang sebenarnya tahu akan perkara ini, tetapi tidak mahu menyatakannya. Malahan beliau cuba untuk memadamkan semua bukti yang beliau pernah katakan dalam laman web DAP. Kit Siang tahu yang beliau telah berjanji untuk 'menggantung' semua yang terlibat disebalik kerugian spekulasi mata wang asing AS$10 bilion. Dan ini bermakna Mahathir dan Daim.
Tetapi sekarang Kit Siang tidak 'menggantung' Mahathir sebab beliau memerlukan Mahathir. Tanpa Mahathir, Pakatan Harapan tiada imej Melayu. Tanpa imej Melayu, Pakatan Harapan sukar mendapat sokongan majoriti penggundi Melayu. Tanpa majoriti penggundi Melayu, Kit Siang tidak boleh jadi Perdana Menteri.Tanpa menjadi Perdana Menteri Kit Siang tidak akan dapat menyelamatkan anaknya Guan Eng dipenjarakan kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Mahathir begitu penting bagi Kit Siang untuk melaksanakan agenda cauvinis Cina DAP untuk strategi Malay Screw Malay bagi menjatuhkan kerajaan UMNO/BN tunggak Melayu yang telah wujud sejak 71 tahun yang lalu pada 1946.
Begitu juga berapa pentingnya Kit Siang bagi Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan UMNO/BN. Kegagalan Najib dan UMNO/BN dijatuhkan, akan mengakibatkan anaknya Mukhriz tidak akan menjadi Perdana Menteri. Kegagalan Mukhriz menjadi Perdana Menteri menjejaskan operasi syarikat kroni Mahathir ketika ini kerana dikuasai 1 MDB. Kegagalan Mukhriz menjadi Perdana Menteri juga akan mendedahkan satu persatu jenayah ekonomi yang dilakukan ayahndanya Mahathir ketika memerintah selama 22 tahun. Kegagalan Mahathir mempertahan dirinya di makamah atas semua dakwaan-dakwaan jenayah yang didedahkan akan mengakibatkan beliau menghakhiri sisa-sisa hayatnya di penjara.
Akhir sekali, hakikatnya Mahathir dan Kit Siang saling memerlukan atas kepentingan pribadi. Jika mereka tidak berhati-hati, tindakan mereka yang tidak berprinsip itu mampu menjejaskan kestabilan politik negara ini, yang mana rakyatnya telah menikmati hidup aman dan damai sejak mencapai kemerdekaan 1957.

No comments:
Post a Comment