Sunday 14 May 2017

LAGI FITNAH TERHADAP 1 MDB UNTUK KELIRUKAN RAKYAT.

Pakar fitnah 1 MDB
Dalam kenyataan terkini Ahli Parlimen DAP Tony Pua mendakwa bahawa pembayar cukai Malaysia akan menjamin keluar (bail-out) untuk membayar balik RM41.7 bilion hutang 1 MDB.

Setelah majoriti pinjaman bank dan hutang jangka pendek diselesaikan oleh 1 MDB melalui rancangan rasionalisasi, kenyataan Tony Pua telah menyenaraikan baki libaliti untuk 1 MDB dan butiran bagaimana beliau memperolehi angka RM41.7 bilion.

Disebabkan 1 MDB dengan mudah tidak lagi mempunyai aset yang nyata kuat atau tunai dalam simpanan, pembayar cukai Malaysia terpaksa akan menanggung untuk membayar kebanyakkan hutang 1 MDB yang masih tertunggak seperti berikut:

RM 5 bilion bon 30 tahun dijamin kerajaan persekutuan dikeluarkan pada 2009; (Matang hanya pada tahun 2039).

AS$3.5 bilion bon 10 tahun dikeluarkan pada 2012, sekarang dijamin oleh Menteri Kewangan diperbadankan; (matang tahun 2022).

AS$3 bilion bon 10 tahun dikeluarkan pada 2013, dijamin ‘Surat Sokongan’ dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Najib Tun Razak; (matang pada tahun 2023).

AS$1.23 bilion pinjaman daripada IPIC pada 2015, dijamin oleh oleh Menteri Kewangan diperbadankan; (sebenarnya ia merupakan pendahuluan terhadap penyelesaian - bukannya pinjaman tetapi dijangkan dibayar balik pada penghujung 2017).

RM800 juta pinjaman daripada PERKESO pada 2010, dijamin oleh Kerajaan Persekutuan;

     dan   

RM2.4 bilion sukuk dikeluarkan pada 2013; (matang pada 2022)

Jumlah tersebut di atas hingga RM8.2 bilion dan AS$7.73 bilion, (kadar pertukaran AS$1=RM4.33) atau jumlah besar RM41.7 bilion.

Nota: * Bahawa selain daripada AS$1.23 bilion dijangkakan diperolehi dalam tahun ini, selain daripada itu ia merupakan hutang jangka panjang.

Tony Pua mendakwa bahawa 1 MDB tiada lagi aset sebab aset ini telah dipindahkan daripada 1 MDB kepada Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).

Hanya ahli politik yang suka berbohong sahaja akan mengatakan aset dipindahkan tetapi Kementeran Kewangan tidak perlu mengambil kira libiliti.

Dalam sebarang keadaan, perkara tersebut  tidak berapa penting memandangkan 1 MDB telah sentiasa dimiliki 100% oleh KKM. Sama ada aset dan liabilitinya diletak bawah 1 MDB, di mana ia diletak 100% bawah KKM atau aset dan liabiliti diletak di bawah anak syarikat berlainan atau syarikat pegangan sekutu di bawah KKM, keputusan akhirnya masih sama.

Pihak pembangkang tidak akan mengaku bahawa keadaan semasa 1 MDB lebih meringankan dan diuruskan dengan baik kerana pelan rasionalisasi berjaya dilaksanakan.

Pakatan Harapan telah melabur terlalu banyak masa dan tenaga sejak 3 tahun yang lepas untuk menyerang 1 MDB dan tidak akan berputus asa sekarang memandangkan pillihan raya akan hampir tiba tidak lama lagi.

Mereka akan terus menyerang 1 MDB dengan menggunakan beberapa alasan. Mereka tidak semudah itu memberhentikannya sekarang memandangkan keseluruhan strategi kempen pilihan raya tersebut akan gagal serta merta.

Bagaimanapun, untuk menyelidik dakwaan Tony Pua itu mari kita periksa apakah aset yang tinggal daripada urusniaga 1 MDB.

1. Baki tanah dalam TRX dan saham terhadap pajakan Lend Lease’s Quarter - RM8 bilion.
Setelah menjual lebih kurang 60% daripada tanah dalam Tun Razak Exchange (TRX), masih ada 40% baki tanah tinggal untuk dijual di mana kerajaan telah memutuskan agar ia tidak dijual dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang sehingga semua infrastruktur disiapkan untuk mencapai nilai dan premium yang tinggi kemudian.

Pihak kerajaan juga telah mempunyai hak milik terhadap 40% saham pada bulan Jun 2014 dalam projek tanah 17 ekar TRX LifeStyle’s Quarter dengan kumpulan Australia’s Land Lease dengan nilai pembangunan kasar RM8 bilion.

Projek ini mengandungi kawasan beli belah runcit (di mana 25% sudah dapat tempahan) dan akan dirasmikan pada tahun 2020, blok kediaman dan hotel mewah. Kumpulan Lend Lease adalah merupakan salah satu kumpulan syarikat hartanah antarabangsa yang terbesar dan berperanan sebagai membiyayai pembangunan dan pemasaran diperingkat antarabangsa kepada pelanggan-pelanggan asing.Dalam usaha-sama ini kerajaan menyumbangkan tanah dan membantu dalam meluluskan projek.

Pada ketika ini, 40% baki tanah TRX dan 40% saham LifeStyle Quarter anggaran nilainya RM8 bilion dan dijangkakan meningkat selanjutnya apabila infrastrukturnya siap dan juga disebabkan peningkatan nilai hartanah semasa.

2. 100% tanah Bandar Malaysia - RM26 bilion.
Setelah pembatalan yang lepas terhadap 60% saham yang dijual dalam projek Bandar Malaysia yang ditandatangani pada Disember 2015, kerajaan sekarang memegang 100% terhadap tanah dan projek tersebut.

Setelah penambahan nilai, penyiapan pelan pembangunan, pemberian pelbagai kelulusan dan peningkatan kewujudan projek, bekas pembeli telah menilaikan tanah ini setinggi RM26 bilion sekarang berbanding RM10.35 bilion bila perjajian jualan ditandatangan dua tahun yang lepas.

Bekas pembeli projek Bandar Malaysia
Sekali lagi, RM 200 bilion nilai pembangunan kasar projek Bandar Malaysia merupakan aset bertambah nilai yang akan hanya meningkat dalam nilai ke atas masa projek dimajukan.

3. Pembayaran balik wang AS$2.5 bilion bagi Unit Dana 1MDB - RM 10.83 bilion.
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang telah ditandatangan baru-baru ini di anatar 1 MDB dan Kerajaan Abu Dabi IPIC, unit dana ini yang dengan nakalnya dakwa pembangkang kerana memakan masa terlalu lama sebagai tidak bernilai, telah mendatang pendapatan kewangan dan pembayaran permulaan telah diterima oleh 1 MDB daripada pembeli asing dana tersebut.

Pada 28 April 2017, Singapore Straits Times yang dimiliki kerajaan Singapura melaporkan :

“ To overcome the hurdle, 1 MDB agreed to waived its right to claim from Aabar the US$2.3 bilion guarantee. In return, Abu Dabi arranged for an undisclosed entity domiciled in the Seychelles to buy the units from 1 MDB at guranteed value, to be settled by deferred payments from this month to October 2022, said a senior financial executive familiar with the matter”.

4. Tuntutan terhadap IPIC untuk AS$3.5 bilion tentang pembayaran yang telah dibuat oleh 1MDB - RM15.17 bilion.
Sekali lagi, ini adalah sebahagian daripada penyelesaian 1MDB-IPIC yang telah ditandatangani sebelum ini.

Ini juga telah dilaporkan oleh Singapore Straits Times dalam artikel yang sama.

“ Under the settlement, Malaysia and IPIC will enter into negotiation to resolve roughly US$3.5 bilion in cash advances and payments 1 MDB made to several Abu Dabi entities. Should IPIC fail to make full settlement before the dateline of end-December
2020, the Malaysian government can pursue legal claims against IPIC”.

Dalam semua aset, ini masih menjadi tanda tanya tetapi ia menjangkakan dapat diselesaikan sebab IPIC mempunyai sedikit pilihan memandangkan semua dokumen perundangan memihak kepada 1 MDB dan penyelesaian untuk menamatkan timbang tara telah ditandatangan disebabkan gambaran yang besar terhadap perhubungan diplomatik dan tidak mahu memalukan mana-mana pihak.

Oleh itu mari kita buat ringkasan.

                         Baki aset untuk 1 MDB pada nilai semasa.

1. Baki tanah dalam TRX dan saham
   Lend Lease’s LifeStyle’s Quarter.                       RM 8.00 bilion
2. 100% tanah Bandar Malaysia.                            RM 26.00 bilion
3. Penerimaan wang AS$2.5 bilion Unit Dana      RM 10.83 bilion
4. Tuntutan ke atas IPIC untuk AS$3.5 bilion
   tentang bayaran yang telah buat oleh 1 MDB    RM 15.17 bilion
         Jumlah besar                                                   RM 60.00 bilion 

Juga perlu diingati bahawa libaliti yang disenaraikan oleh Tony Pua bersifat jangka panjang dan hanya akan matang pada jangka masa yang lama manakala nilai majoriti aset tersenarai di atas berdasarkan harga semasa dan akan meningkat nilainya pada tahun-tahun mendatang - dengan itu ia boleh menampung kos faedah yang dikenakan.

Mesyuarat di London bagi mengumpul
dana untuk memfitnah Najib dan 
1 MDB.

Projek utama pembangunan atau perniagaan yang mana yang tidak mempunyai hutang? Tetapi kerajaan dan 1 MDB telah melakukan yang terbaik untuk menjana wang dan membangunkan aset tersebut sehingga telah menjadi aset yang menarik dengan prospek yang besar di mana boleh menampung lebih daripada hutang dan faedah.

Dan ini tidak mengambil kira lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan oleh projek 1 MDB dan akan membentuk sebagai projek utama untuk terus dimajukan.

Juga tidak mengambil kira projek besar Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporat Social Reponsibility atau CSR) yang telah disiapkan, iaitu 8 buah pengkalan tentera yang dibiayai dan dimajukan oleh 1 MDB dan peranan yang dimainkan oleh 1 MDB untuk memperbetulkan perjanjian Independent Power Producer (IPP) yang merugikan rakyat yang ditandatangani semasa pentadbiran Mahathir. Pembetulan ini telah menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada anggaran kerugian RM200 bilion dalam tempoh dua abad yang akan datang. Isu IPP merupakan salah satu sebab mengapa M
Pembiaya fitnah dan pemfitnah
upahan untuk memfitnah Najib

dan 1 MDB.
ahathir, pengikut dan kroninya membenci Najib dan 1 MDB lantaran itu menggerakan kempen memfitnah untuk menjatuhkannya.  

Oleh itu, adakah RM60 bilion lebih daripada mencukupi untuk membayar RM41.7 bilion seperti yang didakwa oleh Tony Pua?

Malahan, dengan penuh yakin projek berkenaan di bawah 1 MDB akan membuat keuntungan yang lebih besar berbilion Ringgit Malaysia akhirnya. Jika anda masih mempercayai Tony Pua, sila lalu Jalan Tun Razak daripada bandaraya menuju ke Kampung Pandan, anda mungkin terperanjat melihat kawasan sekitar bekas bulatan Kampung Pandan telah dimajukan dengan pesatnya oleh TRX City Sdn. Bhd. Saksikanlah dengan mata kepala sendiri daripada mendengar fitnah mereka yang berkepentingan itu. Masakan 1 MDB tidak mempunya satu sen pun untuk melaksanakan apa yang kita lihat.

No comments:

Post a Comment