ADA rasionalnya ketegasan disuarakan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin kelmarin yang mahu tiga Exco parti itu dalam kerajaan PKR Selangor tidak tunduk meletak jawatan.
Teliti dan renung-renungkan perkara berikut:
1. Siapa jaga Islam di Selangor?
Walaupun ketiga-tiga Exco PAS itu tidak menjaga urusan hal ehwal Islam, namun setidak-tidaknya kelibat mereka dalam pentadbiran negeri boleh mewujudkan aspek ‘periksa dan imbang’ atau ‘check and balance’ dalam menangani isu-isu berkaitan Islam.
Tanpa PAS, kekosongan tiga kerusi Exco itu barangkali akan diisi oleh calon PAN yang berkeras menolak usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Bahkan, Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah pernah menegur seorang ahli parlimen negeri itu kerana mencadangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan. Sepatutnya titah baginda, wakil rakyat terbabit yang bukannya pun anak jati Selangor, mengambil inisiatif mendalami Undang-Undang Tubuh Negeri dan enakmen pentadbiran Islam negeri.
2. Perkenan baginda.
Perkenan Exco memerlukan pekenan Sultan. Krisis kedudukan Menteri Besar pada 2014 sendiri telah membuka mata, hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor. Malah, Sultan Sharafudin Idris Shah dalam satu kenyataan pada 26 September 2014 menyifatkan perlantikan Exco baharu di negerinya disebabkan PKR dan DAP tidak mempunyai keyakinan kepada menteri besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Titah baginda, kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat yang bermula dari ‘Langkah Kajang’ itu titik mula usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid dari jawatannya.
3. Mengapa PAN pengkhianat PAS tidak letak jawatan?
Kesemua pemimpin PAN sedia ada menang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) atas tiket PAS. Kenapa tidak pula kosong kerusi Parlimen dan DUN masing-masing? Saari Sungib (Hulu Kealang) dan Hasnul Baharudin (Morib) mesti jawab. Mereka ini berpaling tadah dan mengigit balik jentera pilihan raya PAS yang beri mereka kemenangan.
Apa pula kata Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parlimen Parit Buntar), Dr Hatta Ramli (Parlimen Kuala kerai), Khalid Samad (Parlimen Shah Alam), Hanipa Maidin (Prlimen Sepang), Raja Kamarul Bahrin (Prlimen Kuala Trengganu) dan Kamaruddin Jaafar (Prlimen Tumpat). Bagi DUN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (DUN Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (DUN Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Zawawi (DUN Pengkalan Kundor) dan Datuk Husam Musa (DUN Salor)?
4. Terhutang budi dengan bantuan PAS?
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini dilihat cukup rapat dengan PAS sehingga membolehkannya ‘merampas’ jawatan Menteri Besar dari presiden partinya sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kedudukan jawatan yang disandangnya hari ini hasil tindakan PAS yang enggan terjebak dengan agenda ‘Langkah Kajang’ yang direncanakan juak-juak dalam PKR.
a
5. Patut dipecat sejak Jun 2016 lagi?
Tiga Exco PAS berkenaan sepatutnya disingkirkan sejak Jun 2016 lagi apabila PAS enggan tunduk kepada gesaan pakatan pembangkang termasuk Mohamed Azmin supaya tidak menyertai persaingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Prlimen Sungai Besar.
6. Pakatan Rakyat ‘pakatan rapuh’.
Tiga Exco PAS itu tidak perlu lepaskan jawatan Exco kerana Pakatan Rakyat semasa PRU-13 bukanlah gabungan yang diiktiraf. Cuma baru sekarang pembangkang terfikir untuk bernaung di bawah satu gabungan rasmi, Pakatan Harapan diketuai DAP. Tidak seperti BN yang memiliki piagam parti, 13 parti komponen yang tersusun serta setiap keputusan dibuat secara konsensus, Pakatan Harapan hanya baru-baru ini sahaja bergerak untuk menghasilkan satu logo/lambang gabungan rasmi. Itu pun masih dalam pertikaian dan belum ada kata putus di kalangan mereka.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali
|
Datuk Iskandar Abdul Samad |
No comments:
Post a Comment