Saturday 27 May 2017

MAHATHIR SEORANG YANG SUSAH DIFAHAM

Ringkasan artikel:

Mahathir dan Anwar sedang memperbodokan rakyat Malaysia. Mereka menyatakan tentang kononnya Malaysia sedang mengidap barah dan lalu menyatakan bahawa itulah sebabnya Malaysia perlu diselamatkan. Apa yang mereka tidak katakan ialah bahawa barah ini pertamanya telah disebabkan oleh mereka sendiri. Oleh itu, secara teknikalnya, kita diminta untuk menyelamatkan Malaysia daripada Mahathir dan Anwar, dan Kit Siang yang menggunakan Melayu untuk melawan Melayu (using the Malays to screw Malays).

Naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa merayu rakan-rakan dalam Pakatan Harapan menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau yang menggelar Tun sebagai “re-born Mahathir” berharap semua pihak mengambil kira mengenai kesungguhan Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia.
“Beliau bukan lagi Mahathir yang dulu tetapi seorang yang baru dan sanggup bersama rakyat untuk selamatkan Malaysia dari dirosakkan Datuk Seri Najib dan Umno,” katanya di majlis forum sempena program Temu Mata dan Dialog Anak Kelantan di perantauan di Pusat Bandar Melawati, hari ini

Husam telah diminta untuk ‘menguji kaji air’ dengan mencadangkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan untuk lihat apa yang akan berlaku.
Pada mereka yang tidak faham Bahasa Malaysia, Husam Musa daripada Parti Islam DAP, PAN a.k.a. Amanah, meminta Pakatan Harapan untuk menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri akan datang sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.
Sekarang, mengetahui Husam dan mengetahui apakah jenis orangnya, beliau tidak akan mencadangkan sedemikian melainkan beliau diminta untuk berbuat demikian. Oleh itu ini bukan merupakan initatif peribadi Husam tetapi merupakan satu yang dirancangkan untuk ‘mengujui kaji air’ dan lihat apa yang akan berlaku dan apakah respon cadangan yang diterima ini.
Tipikal Mahathir orang lama dan beliau telah melakukan ini banyak kali sebelum ini.
Bahagian yang melucukan daripada kenyataan Husam ialah apabila beliau melabel Mahathir sebagai ‘reborn Mahathir’ atau ‘Mahathir yang diperanakkan semula’ dan menyatakan Mahathir tidak lagi seperti ‘Mahathir dahulu’ dan bahawa beliau bersedia untuk bersama rakyat untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ daripada dimusnahkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak dan UMNO.  
Cuba teka, perkataan siapa ini dan siapa yang membantu beliau menulis kenyataan ini.
Pada asasnya, parti Husam’s , PAN a.k.a. Amanah, bersama dengan parti Mahathir, PPBM a.k.a. Pribumi, bersama di dalam tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka tahu Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri dan Azhar Harun — seorang peguam ternama Malaysia dan penyokong tegar Pakatan Harapan — telah menjelaskan mengapa dalam tulisannya bertajuk Anwar for PM?.
Percayalah, Azhar tahu tentang apa yang beliau katakan. Beliau merupakan peguam Raja Petra Kamarudin atau RPK (bersama dengan Haris Ibrahim, Malik Imtiaz, Ashok Kandiah, dan beberapa orang lagi) yang telah berjaya membebaskan RPK daripada tahanan tanpa bicara (ISA) pada November 2008 atas alasan dakwaan pihak pendakwa yang tidak berpelembagaan. Ia merupakan hujah yang bijaksana, malahan hakim yang membicarakannya tidak berupaya untuk tidak mempersetujuinya.

Azhar Harun menjelaskan mengapa Anwar mengikut undang-undang tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanpun, apa yang Azhar katakan ialah apa yang Malaysia Today telah katakan banyak kali sebelum ini. Ringkasnya, melainkan D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong pekenan pengampunan kepada Anwar (dan tidak ada sebab mengapa Agong akan ampun) beliau tidak akan layak untuk bertanding pilihan raya kecil atau pilihan raya umum sehingga selepas 2025. Oleh itu, ini bermakna Dr Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri perantaraan atau sementara selama tujuh atau lapan tahun sebelum memberi laluan kepada suaminya untuk mengambil alih.
Sekarang, adakah anda fikir Mahathir akan setuju kepada itu? Ketika itu Mahathir akan melepasi umur 100 tahun atau pun sudah meninggal dunia apabila Anwar mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Oleh itu apa akan berlaku kepada Mukhriz? Aadakah ini bermakna Mahathir boleh melupakan tentang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri? 
Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri hanya sekiranya dipersetujui oleh Lim Kit Siang sebab, sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang, itu hanya sebab mereka menang tidak kurang daripada 112 kerusi di Parlimen  dan itu, disebaliknya, boleh hanya bermakna DAP telah menang 55 kerusi. Kurang daripada itu Pakatan Harapan tidak akan berjaya ke Putrajaya. Dan, dengan 55 daripada 112 kerusi, itu akan membuat DAP mempunyai kerusi terbanyak dan dengan itu mereka mempunyai hak untuk memutuskan tentang siapa akan menjadi Perdana Menteri (dan bukannya PKR yang hanya memperolehi lebih kurang 30 kerusi).
Oleh itu, sekiranya Pakatan Harapan betul memenangi pilihan raya umum akan datang dengan, katakan, lebih kurang 115 kerusi, DAP mempunyai suara lebih dan boleh memutuskan siapa akan jadi Perdana Menteri. Dan DAP, melalui Husam, mahu rakyat Malaysia tahu yang mereka menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dengan itu cakap-cakap tentang Lim Kit Siang kononnya akan menjadi Perdana Menteri tidak betul, di mana Kit Siang mahu kita percaya.

Adalah selamat untuk Kit Siang mencadangkan Anwar menjadi Perdana Menteri mengetahuinya ia tidak akan berlaku dan bahawa DAP akan memutuskannya kemudian setelah undi dikira.
Tetapi pada hujung minggu yang lepas Kit Siang mengangkat poster tertera ‘Anwar PM KE7’. Oleh itu adakah Anwar atau Mahathir sebagai Perdana Menteri nanti?
Ada pepatah mengatakan: sekira anda tidak boleh menerangkannya kemudian kelirukan mereka. Oleh itu sekarang berlaku kekeliruan tentang siapa akan jadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang. Dan itulah cara yang Pakatan Harapan mahu ia berlaku : iaitu sebolehnya kelirukan.
Perdana Menteri akan datang sekiranya Pakatan Harapan memenanagi pilihan raya umum akan datang ialah Dr Wan Azizah Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang or Lim Guan Eng. Menurut Zaid Ibrahim, sekiranya mereka tidak dapat memutuskan terrhadap siapa yang mereka mahu malahan mereka boleh memilihnya, sebagaimana Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh itu siapakah dia Perdana Menteri Pakatan Harapan?
Oleh itu, jeritan-perang kempen pilihan raya umum yang baru ialah: Adakah anda mahu Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri atau anda mahu Dr Wan Azizah Ismail, Muhyiddin Yassin, Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Zaid Ibrahim atau malahan mungkin tidak seorang daripada yang di sebut akan menjadi Perdana Menteri?
Dr Rozhan Othman, seorang lagi penyokong tegar PKR , menulis Kiamat Melayu sudah tiba, di mana ia telah disiarkan dalam in Free Malaysia Today.
Dalam Bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai ‘Doomsday has arrived for the Malays’. Dalam menganalisa senario Kiamat untuk orang Melayu, Dr Rozhan bercakap tentang mengapa Melayu telah gagal dan beliau menyalahkan Melayu kerana terlalu bergantung kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan terutama korupsi di kalangan Melayu sebagai penyebabnya. Hakikatnya, Mahathir menyatakan perkara yang sama hari ini apabila beliau menyatakan bahawa pegawai perkhidmatan awam Melayu telah menjadi lebih korup daripada dahulu.
Barah tidak berlaku semalaman. Dan barah di kalangan masyarakat Melayu mengambil masa untuk berkembang kepada apa yang seorang seperti Dr Rozhan dan Mahathir panggil sebagai ‘terminal’ atau ‘penghujung’.Bilakah barah bermula dan mengapa ia tidak dirawat semasa ia mula dikesan? Itulah apa yang harus Dr Rozhan dan Mahathir perkatakan disebalik hanya mengatakan barah sudah ‘terminal’ atau ‘penghujung’ dan sekarang kiamat untuk Melayu.

Dr Rozhan mengatakan Melayu sedang hancur.
Adalah Mahathir sendiri yang menangis semasa perhimpunan tahunan UMNO dan mengatakan beliau telah gagalkan Melayu. UMNO, kata Mahathir, telah dijadikan parti kourup dan semuanya tentang ‘politik wang’(perkataan yang sopan untuk rasuah)  Hari ini, Dr Rozhan mengatakan Malays sedang hancur sementara Mahathir mengatakan UMNO sedang hancur.
Baik, malahan sekiranya itu benar, mengapa dan bagaimana ia berlaku? Maksud kami, kita bercakap tentang barah yang mengambil masa 50 tahun untuk menjadi ‘terminal’ atau ‘penghujung’.
Mahathirlah orangnya pada 1970 mengatakan bahawa Melayu harus mengambil balik negara ini daripada kaum Cina dan satu cara untuk perkara tersebut boleh  berlaku ialah untuk Melayu menjadi kaya dengan apa jua pun. Oleh itu wang harus dijadikan perkara untuk mendorong Melayu atau jika tidak Melayu selalunya menjadi hamba dalam negara sendiri –hamba kepada kaum Cina.
Kemudian Mahathir melarang pegawai kerajaan daripada memegang jawatan dalam UMNO (di mana sebelum ini merupakan 70% daripada profesion pendidikan) dan itulah bila ahli perniagaan,profesional dan orang koperat mengambil alih parti. Pegawai kerajaan dan guru tidak begitu kaya sementara ahli perniagaan, profesional dan orang koperat terlalu kaya. Oleh itu UMNO telah ditukar menjadi parti macam MCA — sebuah parti untuk towkay.

Anwar membelanjakan RM600 juta untuk menjatuhkan Ghafar dan Mahathir membenarkannya.
Anwar kemudian memperkenalkan ‘politik wang’ ke dalam UMNO (dan Mahathir secara terbuka menuduh Anwar untuk ini). Mereka membelanjakan RM6 juta hanya untuk memenangi jawatan ketua cawangan atau RM10-15 juta hanya untuk memenangi jawatan ketua bahagian. Tiada siapa akan mengundi anada melainkan mereka dibayar melakukannya. Anwar sendiri membelanjakan RM600 juta untuk menjatuhkan Ghafar Baba dan mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri (RM200 juta di Sabah sahaja).
Mahathir sendiri akui pada 2015 ketika masa beliau UMNO membelanjakan RM1.5 bilion untuk pilihan raya umum (di mana mengapa , beliau berkata, beliau tidak faham mengapa Najib perlu RM2.6 billion).
Semua ini berlaku semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar orang nombor duanya. Dan hari ini kedua-dua orang ini dalam pembangkang dan mahu ‘Selamatkan Malaysia’ daripada ‘UMNO yang terlalu korup’. Sekira Malaysia benar-benar perlu diselamatkan, ia disebabakan Mahathir dan Anwar yang menyebabakan barah tersebut. Dan adakah kita memerlukan mereka berdua orang yang sama, yang telah menyebabkan barah, dan perlukah mereka dibenarkan kembali semula berkuasa?

Mahathir dan Anwar telah memperbodohkan rakyat Malaysia. Mereka mengatakan bahawa rakyat Malaysia sedang menghidapi penyakit barah dan dengan sebab inilah mengapa Malaysia perlu diselamatkan. Apa mereka tidak katakan ialah bahawa barah ini pada perimgkat permulaan ia disebabkan oleh mereka sendiri. Oleh yang demikian, secara teknikalnya, sebenarnya kita diminta untuk Selamatkan Malaysia daripada Mahathir dan Anwar, dan daripada Kit Siang yang mengguna Melayu untuk lawan Melayu (using the Malays to screw the Malays).

No comments:

Post a Comment