Saturday 13 May 2017

ADAKAH TONY PUA TELAH MELAKUKAN PENGHINAAN PARLIMEN?

Ahli Prlimen PJ Utara Tony Pua telah muncul sebagai
pakar putar belit terhadap 1 MDB
Perjanjian Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holding Sdn.Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corporation Sdn. Bhd. (CREC) telah luput tempoh.

Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) telah membatalkan perjanjian tersebut kerana IWH dan CREC gagal memenuhi tempoh obligasi pembayaran yang telah ditetapkan dalam syarat keutamaan di bawah Perjanjian Jualan Saham atau Share Sale Agreement (SSA).

Tipikal bagi Pakatan Harapan (yang tidak boleh diharapkan), bagaimanapun,cuba untuk memutarbelitkannya berdasrkan cerita separuh benar dan pembohongan untuk menggambarkan gambar yang suram terhadap Bandar Malaysia, keadaan pelaburan negara, 1 MDB dan kepada satu tahap, menghina kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pakar putarbelit Pakatan Harapan,seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee, dengan dibantu oleh portal berita palsu Sarawak Report yang diketuai oleh penulis upahan Clare Rewcastle dan media pakar putarbelit antarabangsa Wall Street Journal (WSJ), cuba untuk memutarbelit dakwaan yang pelik kononnya kerajaan China tidak membenarkan pelaburan oleh CREC.

Tetapi, faktanya ialah,putarbelit Pakatan adalah daripada kebenaran.

Penamatan Kontrak.

TRX City Sdn, Bhd.- di bawah KKM, telah mengumumkan bahawa pembatalan perjanjian pembangunan Bandar Malaysia dengan konsortium IWH dan CREC disebabkan oleh kontraknya telah luput tempoh (lapse).

Ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Beijing dan sudah tentu tidak perkara seperti bayar balik RM741 juta pendahuluan yang telah dibayar oleh IWH dan CREC, sepertimana didakwa oleh Tony Pua, yang pernah satu masa digelar oleh godfather DAP Lim Kit Siang sebagai “pakar ekonomi”.

Dalam satu kenyataan TRX City pada Rabu 3 Mei 2017, telah memberi penjelasan bahawa setelah berulang-ulang penangguhan dibenarkan (repeated extension being granted), IWH dan CREC gagal untuk menemui obligasi pembayaran (failed to meet the payment obligation)sepertimana yang digariskan dalam Perjanjian Jualan Saham (SSA).

Kesannya, Perjanjian Jualan Saham itu terbatal dan tidak sah (null and void) dengan serta merta.

Sesaorang tidak perlu menjadi seorang pakar sain roket untuk memahami makna “repeated extension granted”, “failed to meet the payment obligation” dan “null and void with immediate effect”.

Oleh itu, penamatan kontrak tersebut semata-mata merupakan keputusan komersil tiada kena mengena dengan politik.




Pakatun (Pakatan Tun Mahathir) yang tidak tahu malu.

Seperti biasa, bagi Pakatan Harapan, semuanya adalah politik dan mesti dipolitikkan untuk kepentingan politik pribadi atau diri sendiri mengatasi kentingan nasional.

Mereka pemimpin Pakatan atau Pakatun, sanggup pergi ke luar negara dan dengan begitu bersemangat memburuk-burukan negara bagi mengkhianati agar pelabur-pelabur asing tidak melabur di negara ini.

Dan, mereka ada hati untuk mendakwa bahawa mereka hendak ‘SELAMATKAN MALAYSIA’. Selamatkan Malaysia daripada siapa? Adakah menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang rasuah, tamak dan zalim semasa pemerintahannya selama 22 tahun.

Grombolan Pakatun yang sungguh memalukan pada abad ini !!

Apabila pemimpin negara memasuki usaha sama perkongsian dengan pemimpin negara lain, biasanya perjanjian berbentuk kewangan dan dirundingkan sebagai penglibatan.

Penglibatan ini kemudian akan diterjemahkan kepada pelan tindakan dan seterusnya kontrak perniagaan dan urusan perniagaan, di mana biasanya dilaksanakan oleh ahli kepada perwakilan atau delegasi perniagaan yang mengiringi pemimpin.

Oleh itu, seandainya sebarang urusniaga yang dimasuki oleh ahli delegasi perniagaan jatuh ditengah perjalanan, halangan ini tidak boleh dianggap sebagai keruntuhan dalam perjanjian perkongsian.

Ia bermakna satu urusniaga telah runtuh, satu yang boleh mengambil tempat dengan urusniaga baru pada tarikh kemudian.

Prjanjian Bandar Malaysia yang dibatalkan pada asalnya telah ditantdatangani bila 1 MDB terlibat dalam perbalahan yang kontroversi.

Sekarang dengan pembatalannya dan dengan 1 MDB muncul semula sebagai entiti perniagaan yang berdaya maju, keputusan KKM untuk menamatkan perjanjian with IWH dan CREC kebetulannya sebagai rahmat.

KKM mungkin boleh mendapat urusniaga yang lebih baik dan nilai yang lebih baik untuk Bandar Malaysia, di mana akan seterusnya meningkatkan serta memperbaiki dengan cepat prospek ekonomi negara.

Tony Pua

Adakah Tony Pua menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sejak dua penggal yang lepas hanya untuk memutar belit pembohongan, separuh benar, menyebarkan maklumat tidak benar untuk mengelirukan rakyat dan mendorong kebencia terhadap Kerajaan Persekutuan.

Sekiranya begitu,beliau telah gagal dalam tugas seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan perlembagaan untuk mempertahankan kepentingan negara.

Ingatlah bahawa Tony Pua telah menjadi Jawatakuasa Kira-kira Awam (PAC) sejak 2008.

Malahan beliau telah bercakap besar Oktober tahun lepas bahawa rekod kehadirannya di PAC lebih baik daripada lain-lain ahli PAC, melainkan pengerusi jawatankuasa.

PAC telah menjalankan penyiasatan yang komprehensif ke atas 1 MDB, urusniaganya dan kewangannya semasa kemuncak kempen berunsur dendam yang dirancang dan disemarakkan oleh Mahathir Mohamad yang mengetuai kospirasi anti-Najib (ANC).

Dan, Tony Pua, yang bercakap besar tentang rekod kehadiran tertinggi dikalangan ahli biasa PAC, telah bersidang dalam mesyuarat ini untuk memeriksa 1 MDB.

Beliau mempunyai semua sumber untuk menyemak setiap detail tentang urusniaga 1 MDB dan urusan kewangan.

Peringatan : Tony Pua telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen untuk mendokong Perlembagaan Persekutuan, rahsia negara dan kepentingan negara.

Malaysia sebagai sebuah negara, mengamal sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan, sebagai seorang Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua sebenarnya merupakan komponen sambungan kepada kerajaan Yang DiPertuan Agong. Ini di mana beliau harus sentiasa bertindak atas kepentingan negara.

Beliau seorang ahli PAC, sesaorang siapa yang boleh memeriksa dokumen 1 MDB.

Oleh itu, macam mana boleh Tony Pua kerap kali membuat kenyataan media untuk mengkritik 1 MDB pada masa yang sama beliau sebagai penyiasat?

Dia seolah-olah tidak tahu peranannya dalam perlembagaan, makna konflik kepentingan dan definasi kerahsiaan.

Apapun pendapat, persoalan atau pandangan yang beliau ada terhadap 1 MDB beliau seharusnya membentangkannya di dalam mesyuarat PAC, bukannya dikalayak ramai.

Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pendapat dan keputusan PAC, ketika itu beliau  sepatutnya meletakan jawatan daripada jawatakuasa berkenaan, dan mungkin boleh meneruskan debatnya dengan Arul Kanda yang sudah lama menunggunya.

Beliau sepatutnya tidak menanda tangan ke atas laporan PAC terhadap 1 MDB sekiranya tidak bersetuju dengan penemuan jawatankuasa tersebut, dan walaupun beliau sudah menanda tanganinya beliau boleh melakukannya “di bawah bantahan”.

Beliau tidak membuat apa-apa yang menjurus kepada tindakan tersebut di atas, setelah laporan 1 MDB dikeluarkan, beliau telah mewarnakan merah seluru bandar seolah-olah laporan tersebut tidak betul dan dimanapulasikan.

Apabila Tony Pua menanda tangan laporan tersebut untuk memberi kelulusan, ini bermakna beliau bersetuju dengan sepenuhnya terhadap penemuan jawatankuasa terhadap 1 MDB.

Ini bermakna Tony Pua telah akui benar bahawa Najib tidak boleh dipersalahkan tentang masalah 1 MDB dan mungkin ada orang lain boleh dipersalahkan, mungkin keseluruhan jawatankuasa PAC termasuk beliau sendiri dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa PAC Ahli Parlimen Kepong Tan Seng Giaw dari DAP.

Di mana juga ini bermakna Tony Pua telah mengaku bahawa telah bersalah menyebarkan pembohongan tentang 1 MDB dan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menghina Parlimen

Ingat tidak dahulu Tony Pua rasa kecut (chicken out) atas cabaran Arul Kanda untuk berdebat dengannya. Alasannya kerana beliau tidak mahu keluar daripada PAC kerana bimbang laporan 1 MDB akan dimanipulasi tanpa beliau di dalamnya.

Dalam lain perkataan, Tony Pua mengibaratkan bahawa “mirror, mirror, I am smartest of them all” untuk menghalang sebarang manipulasi terhadap laporan.

Laporan tersebut telah dikeluarkan dengan dipersetujui oleh Tony Pua, betul atau tidak? Atau tidak betul !!

Ini bermakna laporan tersebut tidak cacat mahupun putar belit sebab “the smartest of them all” Tony Pua berada di PAC untuk menentukannya dan akhirnya meluluskannya.

Tetapi beliau terus memutarbelit 1 MDB dengan cerita dongeng walaupun beliau secara kumpulan telah meluluskan laporan PAC tersebut.

Beliau telah sebenarnya telah membawa kehinaan kepada kedudukan parlimennya dan melakukan penghinaan terhadap institusi parlimen.

Apa yang dilakukan oleh Tony Pua bukan sahaja tidak berpelembagaan. Malahan beliau telah juga berkompromi dengan kredibilit dan integriti PAC dan memperolok-olokkan doktrin pengasingan kuasa.

Melalaui perbuatannya yang tidak berparlimen (unparlimentary-like act), beliau telah membawa kehinaan terhadap kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan menyalah gunakan kedudukan parlimen beliau.

Tidak keterlaluan untuk menyarankan bahawa Tony Pua menyalah guna dana awam sebagai Ahli Parlimen gajinya dibayar oleh wang pembayar cukai. Gajinya dibayar oleh rakyat untuk mewakili mereka dengan cara yang betul untuk mempertahankan intigriti dan maruah parlimen, dan kepentingan negara. Bukan untuk menjadi pakar fitnah dan putar belit untuk mengelirikan rakyat yang membayar cukai.

Beliau bukan dibayar gaji untuk manipulasi isu, menjalankan publisiti untuk menarik perhatian dan terlalu berpolitik, dan penyebar kepalsuan. Beliau dibayar gaji untuk berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk mengwujudkan keadaan tidak kestabilan hubungan kaum dan negara.

Salah laku Tony Pua sebagai ahli PAC bukan sahaja memalukan dirinya tetapi juga telah menghina kebijaksanaan orang yang berfikiran betul.


Kenyataan Penuh TRX City.

TRX City Sdn. Bhd. Ingin memaklumkan bahawa perjanjian jualan saham atau share sale agreement (SSA) yang ditandtangan pada Disember 31, 2015 dengan Iskandar Waterfront Holding Sdn. Bhd. (IWH) dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn. Bhd. (CREC) - di mana pada July 21, 2016 menetapkan manfaat dan tanggungjawab kepada IWH CREC Sdn. Bhd. - tentang penjualan 60% terhadap nilai dan modal berbayar Bamdar Malaysia Sdn. Bhd., telah luput tempoh.

Ini kerana, setelah berulang-ulang penangguhan dibenarkan, IWH CREC gagal untuk menemui oblagasi bayaran yang digariskan Keutamaan Syarat di bawah SAA.

Kesannya, perjanjian jualan saham antara kedua pihak terbatal dan tidak sah (null and void) dengan serta merta.

Memandang hadapan, diberi peningkatan penuh bermakna nilai tanah Bandar Malaysia, TRX City pemegang saham tunggal Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) akan sekarang memegang 100% hak milik kawasan tersebut untuk menentukan memberi munafaat kepada rakyat Malaysia daripada pembangunannya pada keseluruhannya.

TRX City akan serta merta menjemput penyataan minat untuk peranan pemaju utama Bandar Malaysia, dengan hak milik penuh dipegang oleh KKM.

Proses pemilihan akan melibatkan kriteria yang ketat, termasuk rekod pencapaian, besartempoh penyerahan dan keupayaan kewangan untuk pembangunan berskala .

Ini untuk meninggikan semau aspek Bandar Malaysia, termasuk peranannya sebagai pusat komersil, tempat kediaman dan hub pelancungan.

Langkah yang diambil sekarang akan menentukan tidak ada impak yang mendatangkan kegagalan pada jangka masa panjang pembangunan Bandar Malaysia dan bahawa, setelah disiapkan, kawasannya akan menjadi kepentingan nasional, malahan kepada yang jauh lebih hebat daripada dahulu.

Bandar Malaysia akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan nasional.

Kawasan pembangunan yang terbesar di Malaysia dalam kawasan pusat strategik, ia menawarkan banyak perniagaan, pelaburan dan peluang pekerjaan, termasuk Kuala Lumpur Internet City, hub untuk Digital Free Trade Zone yang baru.

Akhir sekali ia akan menjadi nukleus pengankutan Malaysia, menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura dengan keretapi laju, line MRT, KTM Komuter, Express Rail Link dan 12 lebuh raya.







No comments:

Post a Comment