Tuesday, 23 May 2017

PPBM BAGAIKAN AYAM JANTAN BERKOKOK EKORNYA BERLUMURAN NAJIS.

‘BERSATU demi negara’(hakikatnya memecah belahkan Melayu untuk memusnahkan negara) - Itulah cogan kata yang diuar-uarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam usaha mereka menarik perhatian rakyat. Pemimpin-pemimpin utama parti tersebut terus berdegar-degar menyatakan perjuangan mereka adalah demi untuk menyelamatkan negara. Menyelamatkan negara
daripada siapa? Adakah menyelamatakan negara ini daripada pemimpin yang hampir memmufliskan Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengamalkan ‘piratisation’(pelanunan menggantikan penswastaan) yang telah mengagalkan DEB semasa 22 tahun memerintah?
Justeru pemimpin-pemimpin kanannya bersedia menjadi hamba DAP untuk mendapatakan sokongan, biarpun perbuatan itu ibarat ‘menjilat kahak sendiri’. Selain DAP turut dirangkul ialah PKR dan PAN. Rangkulan yang dilakukan itu bukanlah demi negara tetapi semata-mata bagi memenuhi agenda Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya mencuri wang rakyat.

Adakah beliau sendiri tidak pernah mencuri wang rakyat? Pendedahan oleh Barry Wain (melalui penulisannya -Malaysian Maveick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times) dan seorang ahli ekonomi Morgan Stanley Singapura (yang mendedahkannya melalui majallah Time) berkenaan wang RM100 bilion itu apakah dia? Seandainya pendedahan tersebut merupakan fitnah mengapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap mereka?

Kita tubuhkan PPBM dan tujuan parti ini satu sahaja iaitu untuk jatuhkan Najib”.Itu pengakuan terbuka Mahathir ketika berucap di Kubang Pasu pada Rabu 17 Mei 2017 lalu. Berdasrkan kenyataan itu terbuktilah perjuangan PPBM bukannya bagi membela nasib rakyat, menyejahterakan negara malah jauh sekali menyelamatkan negara, sebaliknya sekadar mahu memenuhi agenda politik bekas Perdana Menteri tersebut.

Atas sebab itulah juga, Mahathir seolah-olah ‘begitu berang’ apabila PAS membuat keputusan tidak mahu menyertai Pakatan Harapan dan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Pendirian PAS itu amat mengecewakan Mahathir sehingga kembali menggunakan hujah yang sering beliau hamburkan setiap kali mahu ‘menyerang’ PAS iaitu “menggunakan agama Islam secara salah demi mencari kemenanagn dalam pilihan raya….”

Lagu lama itu terpaksa ‘dinyayikan’ semula oleh Mahathitr kerana beliau benar-benar kecewa memandangkan tindakan PAS tersebut memusnahkan impiannya untuk memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Mahathir bukannya ikhlas mahu berkawan dengan PAS, tetapi sekadar mahu memperalatkan PAS bagi mencapai cita-cita politiknya. Sebab itulah beliau sengaja melupakan fakta bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP.

Bagaimanapun ketika beliau begitu ghairah mencari salah kerajaan dan mengkritik keputusan PAS, Mahathir terlepas pandang untuk meninjau masalah dalaman PPBM yang kini semakin ketara menyerlahkan perbalahan antara penyokong beliau dan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhiddin Yassin.

Selain pengisytiharan keluar parti, perbalahan antara ahli-ahli di peringkat negeri juga semakin ketara. Keadaan itu berlaku kerana Mahathir dan barisan kepimpinan parti itu terlalu sibuk dengan urusan orang lain, bukannya menumpukan perhatian mengukuhkan parti terlebih dahulu.

Oleh itu Mahathir tidak perlu membuang masa untuk menyalahkan PAS tidak mahu bekerjasama dengan PPBM atau terus melemparkan tuduhan tidak berasas kepada Kerajaan Barisan Nasional(BN). Adalah lebih baik, beliau menumpukan perhatian memulihkan situasi dalam PPBM yang ketika ini bagai ‘sebuah kapal yang terumbang ambing di tengah lautan’.

Apa yang menjadi persoalan, kalau beginilah keadaannya apakah mungkin PPBM boleh muncul menjadi parti utama dalam Pakatan Harapan diketuai DAP? Sudah pasti tidak ! Apa yang akan berlaku, nasib PPBM akan sama dengan PKR dan PAN atau lebih daripada itu.

Ketiga-tiga parti itu pasti akan dipaksa mengikut telunjuk politik DAP. Kalaulah PKR yang kononnya begitu hebat pun tidak mampu melawan kehendak DAP, apa kekuatan yang PPBM miliki untuk menjadi ‘taiko’ atau ‘abang besar’ dalam pakatan berkenaan?

Tentang kemelut dalam PPBM, persoalanya adakah ia berpunca kerana ada kecacatan pada agenda perjuangan parti tersebut? Adakah amalan politik dan perencanaan gerak kerja mereka benar-benar sudah bukan berlandaskan perjuangan asal tetapi lebih kepada permainan kuasa bagi tujuan tertentu dan bercirikan kepentingan peribadi.

Persoalan ini ada benarnarnya memandangkan Mahathir pun sudah mengakui perjuangan PPBM hanya semata-mata mahu menjatuhkan Najib. Soal siapa yang akan menjadi kuasa utama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya tidak penting bagi beliau.

Perakara inilah yang dikatakan mula menjadi bualan dalam kalangan pemimpin dan ahli PPBM. Mereka sebenar tidak selesa dengan pendekatan politik Mahathir yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja waima kembali berbaik-baik dengan DAP semata-mata mahu melunaskan dedam politiknya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sedangkan bagi setengah ahli PPBM, mereka mahu parti itu terus berusaha menjalin hubungan dengan PAS. Pendirian itu dikatakan selari dengan kemahuan politik Muhyiddin yang semua tahu sejak dahulu lagi tidak selesa dengan DAP.

Bagaimanapun Muhyiddin bagaikan ‘termakan hasutan’ atau terikut-ikut dengan politik Mahathir apabila mendakwa, PAS mahu bertahaluf siyasi dengan UMNO dalam PRU-14 nanti. Bagaimanapun kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu segera dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan bahawa “Saya fikir sebagai pemimpin sebuah parti, kalau percaya pada maklumat yang dikutip di tepi jalan, kita tidak layak bercakap sebagai pemimpin”.

Sebenarnya, banyak isu melibatkan PAS dan kerajaan BN dibangkitkan oleh PPBM melalui ‘maklumat dikutip di tepi jalan’ sebab itulah PPBM terlupa masalah dalaman sendiri yang akhirnya akan menyebabkan parti itu bagaikan ‘ayam jantan berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis’ dan ibarat ‘tuding kain orang terkoyak, kain sendiri sudah terlondeh’.  



No comments:

Post a Comment