Thursday, 11 May 2017

TAKTIK JIJIK ANWAR MELINDUNGI MAHATHIR

Siasatan kehilangan RM 44 bilion menerusi aktiviti forex baru sahaja bermula namun siasatan ini sudah mula dicemari oleh manipulasi oleh individu-individu yang terlibat. Minggu lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan ini.
Pastinya ramai yang ingin tahu apa reaksi Anwar dalam siasatan ini. Adakah dia mahu melindungi penglibatan Mahathir dalam isu ini atau dia memilih untuk berterus terang dengan apa yang terjadi pada tahun 1993 dan 1994.
Namun, seperti yang dijangka, Anwar memilih untuk melindungi Mahathir dengan menunding jari kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. Beliau memilih untuk melindungi Mahathir dan Tun Daim Zainuddin dengan mendakwa, apa yang berlaku adalah salah Tan Sri Nor dan Gabenor Bank negara pada ketika itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein.
Agak menghairankan kerana pada tahun 1994 ketika disoal oleh Lim Kit Siang di Parlimen, dia memberitahu, memang terdapat sedikit kerugian dalam urus niaga berkenaan.
Namun, kenyataan dia bertukar sebaliknya pada tahun 2012 apabila mendakwa Bank Negara mengalami kerugian besar dalam urusniaga forex berkenaan dengan Mahathir dan Daim mengetahui akan kerugian ini.

Kenyataan yang sama terus diulangi Anwar semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu dengan mendakwa, wang berkenaan disalurkan kepada anak-anak Mahathir sehingga kesemua anak-anak Mahathir menikmati hidup yang cukup mewah. Lebih menarik lagi, orang kesayangan Anwar, Rafizi Ramli juga turut mengulangi tuduhan Anwar ini.
Pada inquary kes forex berkenaan minggu lalu, jari Anwar seolah-olah meletakkan segala kesalahan berkenaan kepada Tan Sri Nor dan Allahyarham Tan Sri Jaffar. Adakah Anwar cuba mengalihkan tumpuan siasatan dan rakyat Malaysia kepada orang yang sudah meninggal dunia?
Andai melihat kepada cara Anwar, ini bermakna, dia telah meletakkan segala beban yang sepatutnya ditanggung oleh Mahathir kepada dua individu berkenaan.
Adakah dia cuba menyuruh Tan Sri Sidek menyoal siasat Tan Sri Jaffar yang telah meninggal dunia pada tahun 1998?
Jika ini tujuan Anwar, nyata caranya untuk melarikan diri dan menyelamatkan Mahathir dan Daim, cukup jijik dan biadab.
Kenapa Anwar langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk menerangkan hal yang sebenar kepada pasukan siasatan berkenaan?
Adakah disebabkan Mahathir kini menjadi sekutunya, segala silap Mahathir yang pernah dijadikan modal politik Anwar, diselindungkan?


No comments:

Post a Comment