Sunday 7 May 2017

GENGSTERISME : SEBELUM JADI BUDAYA MALAYSIA

KHABAR paling gembira buat rakyat minggu ini, adalah perisytiharan polis bagi memerangi ketua-ketua kumpulan gengster atau samseng di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim, PDRM akan melancarkan operasi khas dan menetapkan tempoh setahun setengah bagi menumpaskan kegiatan gengsterisme.

Inilah sebenarnya diharapkan oleh rakyat berikutan ancaman gengsterisme yang makin berleluasa termasuk dalam kalangan remaja.

Masyarakat semakin resah sehingga ada tanggapan bahawa kumpulan-kumpulan samseng jauh lebih berpengaruh dan berkuasa daripada pihak berkuasa itu sendiri.

Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa orang India paling ramai terjebak dalam gejala gengsterisme iaitu 71.75 peratus.

Seorang penulis Ravindra Raman Kutty menerusi tulisanya dalam akhbar Borneo Post 19 April lepas melahirkan rasa terkejut dan bimbang dengan pembabitan  belia India walaupun gejala itu merentasi semua kaum.

Banyak pihak berharap, selain pihak berkuasa, parti-parti politik kaum India harus lebih agresif untuk menangani isu tersebut. Adalah kerugian besar kepada kaum itu membiarkan masalah gengsterisme berlarutan. Inilah masa untuk bertindak sebelum gengsterisme menjadi budaya di negara ini. 

No comments:

Post a Comment