Monday 1 May 2017

KOMITMEN 1MDB SELESAI ISU HUTANG 1MDB-IPIC.

Penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia dapat mengurang lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam pelan rasionalisasi 1MDB. Ia juga membuktikan unit dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB.

Komitmen 1MDB
Kaedah yang akan digunakan adalah dengan menebus aset kewangan/Unit Dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:

Pertama, mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk mengimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada 2016.

Kedua, ialah membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang).

Ketiga, IPIC akan melupuskan kira tuntutan sebanyak AS$481 juta. Bayaran Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.

Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 bilion sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB tidak akan membayar sekali lagi jumlah AS$3.5 bilion kepada IPIC atau membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion ini.

Sebenarnya IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari penyelesaian bersama untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.

Jika tiada penyelesaian dicapai antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon itu pada tahun 2022.

Jaminan IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini sekalipun jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

Malangnya pembangkang tidak mahu menerima hakikat atau cuba memahami bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana 1MDB kerana ia meruntuhkan teori dan dakwaan mereka selama ini mengenai beberapa perkara, antaranya:

Pertama, wang 1MDB dicuri dan ia dicuri pula oleh Najib.

Kedua, 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian.

Ketiga, unit dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai.

Keempat, 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu seperti Riza Aziz (anak tiri Najib) dan Joh Low.

Kelima, penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini.

Penyelesaian luar ini juga membuktikan IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi daripada 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB. Bahkan penyelesaian luar kes timbangtara ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Jika kelahiran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berpunca daripada isu 1MDB maka tindakan Tun Mahathir dan Muhyiddin adalah sia-sia. Hakikatnya, 1MDB bukan puncanya tetapi lebih kepada keyakinan palsu kerana tamak serta khianat untuk kepentingan peribadi dan bukan kepentingan rakyat.


No comments:

Post a Comment