TERDESAK, kelam kabut dan bercelaru.
Itulah gambaran Pakatan Harapan (yang tiada harapan) diketuai DAP waktu ini yang menaungi PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Di Selangor, kerajaan PKR sedang diamuk desas-desus wujud gerakan untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negeri. Dikatakan berlegar dalam kalangan anggota PKR sendiri, bekas ahli parti itu, wakil rakyat PAS dan juga UMNO.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula difahamkan serba salah dalam siasatan terhadap skandal kerugian Bank Negara melalui kegiatan spekulasi mata wang asing pada 90-an.
Dikatakan Kit Siang memberi keterangan selama setengah jam kelmarin kepada panel siasatan skandal itu. 30 minit sahaja beb!!?
Tidak cukup sebenarnya masa itu untuk membaca sampai habis buku bertajuk The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal yang ada 38 muka surat - ditulis Kit Siang pada 1994.
Dalam situasi lain, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang licik berbohong serta memfitnah menggunakan fact dan figure menjadi mangsa kemarahan dua nama 'cukup popular' dari pembangkang.
Latheefa Koya, peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan 'bergaduh' dengan Rafizi dalam Facebook gara-gara isu logo baharu Pakatan Harapan.
Dia difahamkan Latheefa telah memuatnaik satu status yang 'mengutuk' logo berkenaan sambil mendakwa Rafizi memalukan PKR kerana rekabentuk logo berkenaan sambil mendakwa 'strategis' itu mengutip banyak wang orang awam untuk tujuan itu sebelum ini.
"You have collected millions from the public and you dare come up with this awful looking design - the cheek ! Putting it for the people's vote? Embarassing !" kata Latheefa dalam status Facebooknya.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah yang sedang dipalit tuduhan rasuah pun semakin hilang sabar dengan perilaku Rafizi.
Kata Adam Rosly, dia kini tidak lagi boleh mendiamkan diri berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).
" Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan".
"Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak iaitu BN dan pembangkang untuk mengisytharkan aset mereka", kata Adam Rosly dalam satu kenyataan.
Alahai !! demikianlah kerenah anggota Pakatan Harapan ketika kerajaan BN sedang bertungkus- lumus dan bekerja keras menjana pelaburan dan ekonomi negara untuk kestabilan negara dan rakyat.
Biarlah rakyat sahaja menghakiminya.
No comments:
Post a Comment