Tuesday 9 May 2017

ROMPAKAN AS$10 BILION FOREX BNM DAN PENYEMBUNYIAN KASE TERBESAR.

Pada tahun 1992, P. Kanason, Penolong Ketua Audit Negara, pergi ke London untuk menyiasat skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM). Setelah mengumpul semua bukti, beliau telah membawa perkara tersebut ke pengtahuan Puan Ainum Saaid (pegawai Daim Zainuddin). Pegawai tersebut telah membincangkan perkara tersebut dengan Daim Zainuddin dan selepas itu pegawai terebut memberitahu Kanason "jangan campur tangan" atau "back off", "ini adalah arahan daripada pihak atasan".Peguam Negara ketika itu, Abu Talib Othman, menyatakan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (Forex) adalah ultra-virus mengikut Akta Bank Negara Malaysia (BNM).

Tidak banyak rakyat Malaysia tahu ketika itu bahawa BNM merupakan kaki judi pertukaran wang asing terbesar di dunia. Rahsia ini muncul hanya pada 1993 apabila Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, membangkitkannya perkara tersebut di Parlimen. Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim, bagaimanapun, menafikannya serta menyifatkannya sebagai 'pembohongan atas perasaan dengki dan kabar angin'.

Di peringkat antarabangsa, walaupun, cerita ini merupakan 'berita panas' selama tiga tahun dan pejabat Ketua Audit Negara telah pun menerima beberapa maklumat. Oleh itu mereka mula jalankan siasatan lanjut. P.Kanason, Penolong Ketua Audit Negara, kemudian telah dihantar ke London untuk menemui pegawai Bank of England dan beliau terkejut apa yang beliau temui. Bukan sahaja terdapat kesalahan besar-besaran, tetapi juga jumlah yang besar kerugian yang dikesan tersembunyi dan peraga hiasan dengan menggunakan kaedah 'perakaunan-kreatif'.

Dengan ringkas, banyak lagi jenayah telah dilakukan untuk menyembunyikan jenayah pertukaran wang asing (Forex) Bank Negara ini.

Setelah mengumpukan semua bukti, Kanason telah membawa perkara tersebut ke perhatian Jabatan Peguam Negara, jabatan yang memutuskan sekiranya ada sebarang jenayah telah berlaku dan, sekiranya ada, sama ada untuk ambil tindakan. Kanason menemui Puan Ainum Mohamed Saaid (pegawai Tun Daim) yang mana beliau memberi tahu akan melihat perkara tersebut dan akan kembali kepadanya setelah mendapat jawapan kemudian.

Puan Ainum ketika itu membawa perkara tersebut untuk perhatian ketuanya, Tun Daim Zainuddin, di mana beliau telah membincangkannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Apabila Kanason  menemui Puan Ainum untuk arahan selanjutnya, beliau telah diberitahu Ainum bahawa "Orang atas cakap jangan campur tangan". Arahan tersebut mungkin datang daripada Daim, yang sebelum itu  Ainum temui.

Jawapan Ainum telah menggangu fikiran Kanason sebab beliau telah bersungguh-sungguh dalam penyiasatannya, di mana telah membawanya jauh ke London. Prinsipnya tidak membenarkan perkara yang dianggap jenayah melampau dilepaskan begitu sahaja. Bagi mengatasi rintangan yang ada , Kanason menemui Abu Talib Othman, Peguam Negara, untuk mempersembahkan kasenya serta menunjukkan semua bukti yang dikumpulkan.

Abu Talib, yang telah menjadi Peguam Negara melebihi sepuluh tahun, tahu tugasnya dan terkenal sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dan teliti. Setelah membaca kertas laporan Kanason dengan cermat, Abu Talib menyatakan bahawa perdagangan mata wang asing adalah ultra-vires kepada Akta Bank Negara. Beliau memberi tahu Kanason yang beliau akan menulis kepada Bank Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut, namun begitu tiada sebarang perkembangan selepas itu. Sama ada surat tersebut akan muncul semasa pendengaran Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atau sama ada ia terus disembunyikan, atau suruhanjaya tersebut akan diberitahu bahawa surat tersebut tidak wujud, bagaimanapun kita harus sabar menunggu perkembangan selanjutnya.

Sementara itu, Daim telah memberi isyarat kepada Mahathir tentang perkara tersebut, bila mana Mahathir telah memberi tahu Abu Talib 'jangan campur tanggan (back off)'. Selepas itu Abu Talib terus bersara dari perkhidmatan.
Tiga orang yang membantu 'membakar' AS$30 bilion dalam
perjudian mata wang asing dan merancang memyembunyikan
(cover-up) skandal kemudian.


Pada 1994 kerugian yang dialami kian menjadi lebih besar sehingga ia tidak lagi boleh dinafikan. Malahan Kit Siang tidak sedar bahawa kerugian yang dialami dalam sekitar AS$10 bilion. Beliau berpendapat hanya RM10 bilion atau kurang, atau mungkin hanya RM7 -8 bilion. Dan ini adalah kerana kerugian yang dialami telah disembunyikan dengan bijak dan apa yang Parlimen dimaklukan oleh Anwar (Menteri Kewangan ketika itu) bahawa ia merupakan hanya 'kerugian atas kertas' (paper losses).

Parlimen juga telah dimaklumkan bahawa pesalah di atas kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara ialah, Jaffar Hussein Gabenor Bank Negara Malaysia, telah dihukum dan telah menamatkan perkhidmatan daripada bank. Sebenarnya Jaffar Hussein merupakan mangsa keadaan atau fall-guy dan Kit Siang mengatakan sedemikian. Menurut Kit Siang tertuduh sebenar ialah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan (sebelum Anwar) Tun Daim Zainuddin.

Dr Rosli Yaakop, ketika itu Timbalan Pengurus Bank Negara Malaysia, akhir-akhir ini telah mendedahkan kepada umum apa yang banyak pihak syaki sehingga kini. Mahathir dan Daim merupakan mereka dibelakang jenayah ini. Jaafar hanya sebagai mangsa keadaan (fall-guy). Dan Kanason, yang kecewa sebab beliau mempunyai cukup bukti terhadap jenayah tersebut, tetapi telah diberitahu oleh Ainum untuk "tidak campur tangan (back off)". Beliau telah bersara awal. Dan sebagai imbuhan atau hadiah kerana membantu menyembunyikan kase, Ainum kemudia telah dinaikan pangkat sebagai Peguam Negara pada tahun 2000.

Tan Sri Dato' Seri Ainum Mohamed Saaid : 
Naik Pangkat Sebagai Peguam Negara.

Tan Sri Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara:
Meletakkan Jawatan.
Dr.Rosli Yaakop, Penolong Pengurus Bank Negara:
Meletakkan Jawatan.
Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan:
Meletakkan Jawatan.
Abu Talib Othman, Peguam Negara:
Besara

No comments:

Post a Comment