Lim Kit Siang pempin de facto Pakatan Harapan |
PAKATAN Harapan yang mahu bergerak sebagai satu kesepakatan dengan mempunyai satu logo bermula dengan langkah kiri. Malang bertimpa-timpa semasa mereka cuba untuk menjadi seperti BN. Barangkali benarlah, kerana itu bukan sifat sebenar mereka.
Pakatan Ali Baba yang baru dibentuk ini cukup benci dengan BN tetapi dari satu segi mahu meniru cara BN. Saban waktu mereka memperolok-olokkan BN tetapi resmi parti itu juga yang dijadikan rujukan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Penasihat Pakatan Harapan
|
Pakatan ini terpaksa berpura-pura kononnya penasihat DAP itu bukan ketua mereka dengan meletakkan seorang pemimpin Melayu (sebagai penasihat Pakatan Harapan) yang kecewa serta hampir pupus. Jadi di depan khalayak, mereka pun menyembunyikan parti DAP sedangkan realitinya parti itu yang mengemudi Pakatan Harapan. Mengapakah agaknya? Ini tidak lain tidak bukan untuk mengabui mata pengundi-pengundi Melayu untuk mengundi pakatan mereka pada pilihan raya akan datang.
Datin Seri Wan Aziah Wan Ismail
Pengerusi Pakatan Harapan
|
Terpaksalah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik, bukannya Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng walaupun diketahui Pengerusi PKR itu tidak mampu mengurus pakatan yang penuh kompleksiti itu.
Kegagalan yang dicipta sendiri untuk mendaftarkan logo bersama, membayangkan tiada keikhlasan dalam kalangan parti dalam pakatan itu. Tujuan mereka untuk bersama hanyalah satu iaitu untuk kepentingan diri sendiri serta untuk kepentingan setiap kelumpuk dalam pakatan tersebut..
Harapan Tun Dr. Mahathir agar Pakatan Harapan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya merupakan omong-omong kosong, senang bercakap tetapi sukar dilaksanakan dalam kontek setiap parti dalam pakatan tersebut. Semua pihak ada agenda masing-masing yang tidak selaras.Semua pihak hendak menguasai antara satu sama lain.
Jadilah nanti akan saling berebut kerusi. Itu yang telah dibuktikan dalam banyak pilihan raya sebelum ini. Mereka bertanding melawan sesama sendiri selain BN. Siapa yang punya banyak kerusi akan menguasai satu sama lain.
Jika menang pula mereka akan berebut kuasa dan kekuasaan. Sebagai contoh, di Perak mereka sendiri yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat manakala di Selangor sehingga mereka terpaksa mewujudkan Langkah Kajang bagi menjatuhkan pemimpin dari kalangan mereka sendiri.
Cadangan logo bersama Pakatan Harapan yang dikecam nitizen
sebagai bodoh dan tandus kreativiti.
|
Belum pun logo mereka diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan, logo yang dipilih telah dikecam netizen sebagai bodoh dan tandus kreativiti. Logo cadangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan terpaksa diserahkan kepada orang ramai untuk dicipta semula. Lihatlah hal yang sebegini pun gagal diuruskan dengan baik, macam mana hendak menguruskan sebuah negara. Mereka sekali lagi gagal walaupun dalam ujian kebersamaan yang mudah ini.
Bagi tujuan pendaftaran, Pakatan Harapan perlu juga menyenaraikan barisan kepimpinan mereka. Entah disengaja atau tidak, senarai nama barisan pemimpin Pakatan Harapan atau boleh dianggap sebagai "Kabinet Bayangan" bocor. Ini membuat mereka kelam kabut.
Mereka sendiri menyifatkan pembocoran maklumat sebagai berniat jahat sedangkan keahlian mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan begitu terhad. Siapakah yang berniat jahat dalam kalangan kelompok tertinggi mereka itu? Sudah tentu pembocoran terebut datangnya daripada kalangan kelompok tertinggi mereka itu sendiri yang tidak telus.
Senarai protem Pakatan Harapan menimbulkan banyak tanda tanya. Tun Dr. Mahathir yang mewakili parti kecil PPBM diangkat sebagai penasihat. Wan Azizah sebagai pengerusi manakala Guan Eng, Mat Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai naib pengerusi.
Kelihatannya senarai ini seperti lengkap dan adil. Saksama dan sama rata. Yang menjadi tanda tanya, di manakah Lim Kit Siang? Pemimpin diktator 51 tahun ini yang sentiasa di depan sama ada di pentas politik mahupun perundingan telah disembunyikan. Mereka seperti tahu risikonya mengetengahkan Kit Siang. Jika beliau diketengahkan bermakna Pakatan Harapan terpaksa melupakan pengundi-pengundi Melayu, itulah sebenarnya motif mereka berbuat demikian.
Rafizi Ramli Naib Presiden PKR |
Orang yang membuat kelam-kabut tidak lain ialah Rafizi Ramli yang memuat naik logo cadangannya dalam akaun Facebook miliknya. Entah mengapa Naib Presiden PKR itu yang baru melepasakan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR diberi peranan untuk menguruskan logo Pakatan Harapan.
Sepatutnya urusan pentadbiran sebegini dibuat oleh Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan. Begitulah dalam Pakatan Harapan ini terlalu banyak perkara yang bersimpang-siur dan tidak pasti.
Rafizi sendiri merupakan personaliti yang semakin dicurgai termasuk oleh pemimpin PKR. Sikapnya sudah keterlaluan. Pertelingkahan beliau dengan pemimpin PKR sampai terbawa-bawa ke media sosial.
Beliau yang mahu dipotretkan sebagai wira pembongkar kebenaran kini sudah bertukar imej menjadi penyebar fitnah dan berita bohong tanpa disokong oleh sebarang fakta bukti sahih. Dakwaan terbaharunya terhadap institusi mahkamah syariah merupakan rantaian cerita-cerita berunsur fitnah yang yang dibuatnya sebelum ini. Beliau seolah-olah memandang remeh terhadap hukum hakam tentang fitnah dalam dalam Islam, demi kepentingan duniawi beliau terus melakukannya tanpa merasa gentar tentang azab allah subhanatalla, sama ada secara tunai (bila-bila masa di duniawi) atau di padang mashyar (akhirat) kelak.
Bantahan dan laporan polis oleh Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PPSM) yang turut dihadiri hakim-hakim syarie diremekan oleh Rafizi. Malah beliau mendakwa laporan polis terhadap nya atas dakwaan memfitnah mahkamah syariah kononnya suatu cubaan mengeheret beliau dalam isu agama dan Melayu.
Respon Rafizi terhadap tindakan PPSM jelas menggambarkan beliau telah mengaplikasikan doktrin politik Zionis yang menggunakan tiga prinsip penting iaitu pertama fitnah, kedua putar belit fakta dan akhirnya kelirukan massa (rakyat jelata) untuk mencapai objektif politik yang dihajati.
Begitulah selalunya Rafizi berhelah dengan memutar belitkan fakta isu demi untuk mengelirukan rakyat. Kali ini helah politik beliau tidak akan mampu melepaskan beliau daripada kemarahan kumpulan pegawai syariah yang dihormati dalam kalangan masyarakat itu. Hakikatnya isu yang dilaporkan oleh PPSM kepada pihak polis bukanlah isu agama dan Melayu, tetapi merupakan isu fitnah, iaitu jenayah fitnah dan bukannya saman fitnah yang akan dibicarakan di mahkamah sivil tetapi di mahkamah jenayah.
Malangnya tiada siapa dalam PKR mahupun Pakatan Harapan yang ada keberanian menegur Ahli Parlimen Pandan ini walaupun hal sebegini akan menjarakkan parti politik ini daripada orang Islam. Begitupun hal sebegini perlu difahami dalam konteks politik Pakatan Harapan. Mereka sudah biasa menghina dan memfitnah orang lain. Ini sudah menjadi budaya mereka.
No comments:
Post a Comment