Ahok Penghina al-Quran |
Siapa sangka begitulah nasib seorang pemimpin yang sebelum ini diangkat dan diberi peluang oleh penduduk Jakarta yang majoriti Islam.
Kesilapan terbesar Ahok adalah mencampuri urusan agama Islam malah menghina al-Quran hanya kerana kepentingan politik dan dirinya. Bukan Islam yang manipulasi Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama pasti mengundang padah.
Ahok Gabenor Jakarta |
Tindakan tegas pihak berkuasa Indonesia mendakwa Ahok (yang kemudian dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah), membuka mata banyak pihak.
Penulis berharap pihak berkuasa Malaysia mencontohi ketegasan seperti itu demi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk. Cukuplah satu kes Ahok, jangan sampai gelombangnya merebak di Malaysia.
Hanna Yeoh Speaker DUN Selangor
Pendakwah Kristian.
|
Hannah (Speakar DUN Selangor dan ADUN Subang dari DAP) dalam buku yang dilancarkan, juga mengaku bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah bagi Kristian.
Seruannya kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya begitu jelas. Hannah mengajak mereka mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik bagi membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.
Perkara 3 Fasal (1)- Agama bagi Persekutuan dan Perkara 11 Fasal (1),(4) dan (5) Kebebasan Beragama.
Agama bagi Persekutuan
3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Kebebasan beragama
11. (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(4)Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Nampaknya dalam bukunya Hannah cenderung untuk menghasut di bawah Akta 15 Akta Hasutan 1948 Perkara 3(1)(b) (cenderung mengubah) Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara, di bawah Kesalahan 4(1) ( c) mencetak dan menerbit.
Penulis harap ia tiada kaitan dengan pendedahan menggemparkan tentang majlis anjuran pemimpin DAP pada 2013 yang menyaksikan perisythiran mahu menjadikan Pulau Pinang dan Malaysia negara Kristian.
Dalam isu pengakuan Hannah, penulis mahu merumuskan bahawa banyak komen di laman sosial mempersoalkan DAP yang selama ini melaungkan prinsip sekularisme dalam perjuangannya. Kononnya bagi DAP, Malaysia adalah negara sekular, yang hakikatnya bertentangan dengan Perakar 3 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.
Di atas prinsip sekularisme yang dilaungkan oleh parti berkenaan selama ini, tetapi kini terbukti DAP mencampurkan urusan politik dan agama. Selain itu, penulis berpendapat, pengakuan Hannah itu sesuatu yang serius dan menyentuh soal sensitiviti agama rasmi Persekutuan.
Ketika masyarakat pelbagai agama hidup harmoni, para pemimpin politik perlu berhati-hati agar tiada sebarang unsur provokasi yang memudaratkan.
Hakikatnya, Hannah makin membuka mata kita, jangan sampai gelombang Ahok terjadi di Malaysia. Renungkanlah !!
No comments:
Post a Comment