Friday, 5 May 2017

KERJASAMA MAHATHIR-KIT SIANG :I SCRATCH YOUR BACK YOU SCRATCH MY BACK.

Apakah wujud unsur I scratch your back you scratch my back di antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang?

Ianya sangat jelas jika kita rujuk kronologi kenyataan Mahathir tentang parti cauvinis DAP yang 'secara kebetulannya' dituruti dengan kenyataan Kit Siang yang mempertahankan Mahathir atau skandalnya. Begitu juga kenyataan Kit Siang yang kemudiannya akan dituruti dengan kenyataan Mahathir pula.

Ironinya, kedua-dua veteran politik itu melenting apabila ada pihak mendedahkan wujud pakatan sulit di antara mereka berdua.

Contoh terbaru:

14 Februari 2017 - RoketKini melaporkan kenyataan Tun Mahathir dalam satu forum mengakui bahawa gambaran buruk terhadap DAP turut disebabkan oleh beliau sendiri. Tetapi kini beliau menyokong DAP.

Dua hari kemudiannya, Kit Siang mengecam penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat skandal Forex era pemerintahan Tun Mahathir.

16 Februari 2017 - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengecam langkah kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar tahun 1990-an.

30 April 2017 - Lim Kit Siang, akan mengadap pasukan petugas khas yang menyiasat kerugian perdagangan matawang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis 4 Mei 2017.

Tiga hari kemudiannya, Mahathir telah membelakangkan prinsipnya apabila membuat posting artikel 12 perenggan mempertahankan parti cauvinis DAP.

3 May 2017 - Posting artikel bertajuk 'DAP' diterbitkan dalam blog 'Che Det' yang 100% memuji dan sekaligus membelakangi segala prinsip beliau sebelum ini tentang parti cauvinis itu.

Adegan I scratch your back you scratch my back antara Mahathir dan Kit Siang ini amat jelas dan perlu difahami oleh rakyat. Kedua-duanya juga telah menidakkan segala prinsip yang mereka pegang selama ini.

Mahathir telah merendahkan martabat serta maruahnya sebagai seorang 'negarawan' hanya untuk mendapat sokongan dan bantuan parti DAP dengan memberi hujah yang lemah ketika mempertahankan parti DAP. Seolah-olah beliau tidak pernah langsung mengeluarkan sebarang kenyataan pedas serta kritikal tentang DAP sebelum ini. Ini terbukti di dalam posting artikel terbaru tentang parti tersebut.

Di antaranya, Mahathir  telah menulis:

"Yang anehnya MCA yang 100% kaum Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu".

Sebenarnya yang aneh ialah sikap beliau sendiri yang sebelum ini menjadi Pengerusi Barisan Nasional selama lebih daripada 22 tahun tetapi tiba-tiba tidak faham tentang konsep kongsi kuasa di antara parti-parti  berbilang kaum dalam Barisan Nasional termasuk MCA.

Walaupun MCA adalah 100% Cina tetapi parti-parti BN termasuk MCA memegang prinsip kerjasama di antara parti-parti kaum lain dalam BN.

Malah, selama 22 tahun beliau memerintah, kerajaan campuran BN yang turut dianggotai oleh MCA tidak membelakangkan usaha kerajaan untuk membantu kaum Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak. Malah turut disokong di atas semangat Perlembagaan Persekutuan. Konsep inilah yang diterima oleh rakyat Malaysia yang bertahan hingga kini.

Ianya jauh berbeza jika dibandingkan dengan dasar-dasar parti DAP yang masih lagi mempamerkan Deklarasi Setapak 1967 di dalam jaringan rasmi parti tersebut. Ianya secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi bahawa parti itu masih lagi memegang prinsip perkauman.



No comments:

Post a Comment