Wednesday 24 May 2017

MENGANGKAT POSTER ‘ANWAR PM KE-7’ STRATEGI PEMESONGAN PERHATIAN DI DALANGI KIT SIANG.

Ringkasan artikel:

Temu bual Wan Azizah dengan Aljazeera merupakan satu bencana yang besar dan kenyataan ketua AMK bahawa Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri perantaraan, sementara menunggu Anwar dibebasakan dari penjara telah memburukkan lagi kerosakkan yang dialami PKR. Oleh itu Kit Siang melihat ini sebagai satu peluang untuk memesongkan perhatian daripada fakta bahawa beliaulah sebenarnya akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang. Pemesongan ini dilakukan Kit Siang dengan menyuruh Saifuddin Nasution mengatur satu upacara mengangkat-poster tertera ‘Anwar PM KE7’ untuk menarik perhatian semua hadirin semasa Kongres PKR hujung minggu lepas.

Kongres PKR hujung minggu lepas telah menimbulkan banyak persoalan dari jawapan. Anda dijangkakan melihat bahawa ini mungkin kongres terakhir sebelum pilihan raya akan datang kerana PKR ingin merehatkan banyak soalan. Sebaliknya, perkara bertentangan berlaku malahan menimbulkan banyak persoalan dan banyak ketidaktentuan diwujudkan. Dan satu soalan yang mereka elakkan ialah tentang nama gabungan baru memandangkan mereka tidak lagi boleh menggunakan ‘Harapan’ sebab nama tersebut telah digunakan?
Satu isu daripada banyak isu ialah soalan tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang serta berarak ke Putrajaya dan menbentuk kerajaan persekutuan akan datang. Pakatan Harapan menyatakan bahawa pilihan raya akan datang ialah tentang menjatuhakan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Dengan itu, sekira ianya tentang menjatuhkan Najib, maka pengundi ingin tahu, sekiranya Najib dijatuhkan siapakah yang akan ambil alih?
Kesilapan Pakatan Harapan ialah menjadikan pilihan raya akan datang ala pilihan raya presiden Amerika Syaraikat. Dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat ialah mengenai seorang lelaki dan orang keduanya menentang seorang lelaki dan orang keduanya di pihak yang bertentangan (atau perempuan mengikut kesesuaian keadaan).   .
Oleh itu, kase di Malaysia, ia merupakan Najib-Zahid (pemimpin parti terbesar pihak kerajaan) menentang Kit Siang-Guan Eng (pempin parti terbesar pihak bertentangan). Itu merupakan perkara utama daripada keseluruhan perkara.
Bagi pihak Barisan Nasional adalah jelas — Najib-Zahid — dan tidak seorang ahli atau komponen parti Barisan Nasional telah mempertikaikan atau tidak setuju dengannya. Bagi Pakatan Harapan’s , bagaimanapun , terdapat kekeliruan yang amat sangat dan isyarat kekeliruan bercampur-campur sebab mereka cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Kit Siang-Guan Eng merupakan bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah ditetapkan DAP secara rahsia.


PRU Ke 14 ialah tentang sama ada Najib-Zahid atau Kit Siang-Guan Eng akan menjadi PM-TPM Malaysia.
Temu bual Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Aljazeera baru-baru ini telah menyebabkan banyak kerosakkan sebab beliau telah mengeruhkan lagi keadaan. Wan Azizah berkata bahawa Anwar akan menjadi Perdana dan sebelum itu beliau akan menjadi Perdana Menteri perantaraan atau sementara sehingga Anwar dibebaskan dari penjara dan mengambil alih.
Berbalik semula pada 2014 — semasa episod terkenal dengan kejahatan ‘Kajang Move’ yang telah memusnahkan Pakatan Rakyat dan mencetuskan keruntuhan — Wan Azizah sudah pun menyatakan bahawa beliau tidak kisah menjadi seorang boneka. Dan temu bual dengan Aljazeera baru-baru ini mengukuhkan lagi pengisytiharan beliau bahawa, ‘I don’t mind being a puppet’ atau ‘Saya tidak kisah menjadi seorang boneka’ .
Apakah minda yang tidak cerdik ini tidak faham bahawa rakyat Malaysia tidak mahu Perdana Menteri perantaraan atau sementara. Mereka mahukan seorang yang mampu mentadbirkan negara ini dan bukan seorang yang hanya duduk sahaja di parlimen dan tanpa berbuat apa-apa (hanya rioh rendah macam pasar ikan)selain memanaskan kerusi. Sekarang Malaysia merupakan negara ekonomi RM1.3 trilion dan menjelang 2025 ia akan melebihi RM2 trilion.

Bagaiman Wan Azizah akan menjadikan Malaysia negara ekonomi RM2 trilion menjelang 2025 sekiranya beliau hanya memanaskan kerusi untuk suaminya  Anwar?
Wan Azizah, bagaimanapun, telah mengejutkan banyak pihak, bahawa beliau tidak mempunyai sebarang perancangan tentang apa beliau harus buat untuk negara ini, sekiranya beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri selain daripada hanya memanaskan kerusi untuk suaminya di parlimen. Lagipun negara ini bukan dimiliki oleh mak bapak mereka atau keluaraga mereka untuk melakukan ikut sesuka hati mereka. Hakikatnya, malahan Wan Azizah tidak mampu untuk menangani Menteri Besar Selangor Azmin Ali, masakan beliau mampu untuk mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad’s mengisytiharkan sokongan beliau untuk Wan Azizah menjadi ‘perdana menteri perantaraan’ menunggu pembebasan suami beliau dari penjara memburukkan lagi kerosakkan terhadap parti dan Pakatan Harapan. Bagaiman Nik Nazmi menjadi begitu bodoh untuk menyatakan perkara seperti itu?
Lim Kit Siang menyedari tentang kerosakkan yang telah dilakukan Presiden PKR dan Ketua AMK. Tetapi beliau juga melihat ini sebagai satu peluang yang boleh diexploitasikan. Oleh itu beliau telah memberitahu ‘penasihat strtegik’ Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution, untuk mengatur satu upacara mengangkat-poster yang tertera ‘Anwar PM KE7’ untuk menarik perhatian hadirin. Dengan semua pemimpin Pakatan Harapan yang berada di dewan, ini telah memberi mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Harapan teguh dibelakang Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ini merupakan satu strategi pemesongan perhatian didalangi oleh Kit Siang daripada fakta sebenar bahawa beliaulah akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang.


Tindakan Kit Siang memakan diri sendiri serta menambahkan lagi kerosakan apabila Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Mat Sabu tidak menyertai keriangan yang kebudakan menaikkan-poster tertera ‘Anwar PM KE7’ untuk menarik perhatian.

Ini telah dengan jayanya mendedahkan dakwaan bahawa Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri sekiranaya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang. Kit Siang boleh menggunakan upacara menaikkan-poster tertera ‘Anwar PM KE7’ untuk menarik perhatian sebagai ‘bukti’ bahawa Pakatan Harapan ‘sebulat suaratelah memutuskan terhadap Anwar untuk menjadi Perdana Menteri (tanpa menyebut siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri).
Ia mungkin satu tindakan yang pintar seandainya Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir and Mat Sabu juga mengangkat poster tersebut. Tetapi mereka tidak, ini bermakana ia bukan merupakan ‘sebulat suara’ akhirnya. Dan ini merupakan satu perkara yang Kit Siang tidak menjangka dan tiada rancangan untuknya, yang membuatkan seluruh keadaaan bertambah buruk sebab ia menunjukkan perpecahan yang teruk dalam Pakatan Harapan. Dan apabila ditanya oleh media tentang ini, kedua Mahathir dan Mukhriz enggan mengikhtiraf Anwar sebagai Perdana Menteri.


Mahathir menjelaskan tentang mengapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dan alasannya tidak berubah sehingga hari ini.
Dengan itu, ia hanya keputusan PKR dan DAP untuk jadikan Anwar sebagai Perdana Menteri (Kit Siang menunjukkan ini dengan mengangkat poster ‘Anwar PM KE7’). PPBM a.k.a. Pribumi and PAN a.k.a. Amanah tidak memihak kepada  ‘Anwar PM KE7’. Pada asasnya mereka tahu ini hanya merupakan tindakan mengalih perhatian (red herring) dan menutup kesilapan (damage control) untuk mengalih perhatian tentang bencana yang dilakukan oleh Wan Azizah semasa temu bual dengan Aljazeera  dan untuk menyembunyikan cita-cita Kit Siang untuk Menjadi Perdana Menteri.
Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Mat Sabu, etc., tahu bahawa rakyat Malaysia yang berfikiran waras (selain daripada Dapsters dan Pakatuns) akan mempersoalkan bagaimana kemungkinan  untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Pertama, untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri, Pakatan Harapan harus menang 112 kerusi Parliamen (atau untuk selamat 125 kerusi). Dan supaya untuk itu berlaku DAP harus memenangi sekurangnya 55 kerusi dengan baki 60-70 kerusi dikongsi oleh PKR, PPBM and PAN. Jika tidak Pakatan Harapan tidak akan berjaya menawan Putrajaya.
Sekiranya DAP memenangi 55 seats, while PKR, PPBM and PAN berkongsi baki 60 atau lebih (sekitar 35 untuk PKR, 20 untuk PAN dan lima atau kurang untuk PPBM), itu akan memberi DAP kerusi yang terbanyak di Parliamen. Oleh itu itu akan juga beri DAP dua jawatan iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Itulah konvensyennya dan inilah macam mana ia dilaksanakan.  
Oleh itu di manakah kedudukan Anwar atau malahan Wan Azizah wujud dalam semua ini?
Kedua, untuk Anwar mengambil alih sebagai Perdana Menteri (daripada Wan Azizah, sudah tentu) pertama beliau mesti dilantik sebagai Ahli Parlimen. Mengikut undang-undang, seorang Perdana Menteri harus dipilih daripada Ahli Parlimen. Bila dan bagaimana itu boleh berlaku?
Itu boleh berlaku lima tahun setelah Anwar menjalani hukuman penjara, yang bermula 10hb Februari 2015. Menurut pihak kerajaan, Anwar akan menjalani hukuman selama lima tahun penuh, yang bermakna beliau akan dibebaskan pada 10hb Februarai 2020. Anwar akan disekat daripada bertanding dalam pilihan raya untuk selama lima tahun lagi mulai tarikh pembebasan sehingga 10hb Februari 2025.  Oleh itu ia merupakan lapan tahun daripada sekarang, tatakala itu Anwar berumur 78 tahun, bahawa beliau boleh bertanding pilihan raya umum atau pilihan raya kecil untuk ambil alih sebagai Perdana Menteri, itu pun jikalau beliau menang atau masih sihat atau masih hidup melangkaui umur Tun Mahathir.

Azmin tahu bahawa Anwar tidak akan jadi Perdana Menteri, sependapat dengan Tun Mahathir.
Sudah tentu, Pakatan Harapan menyatakan sekiranya mereka menang pilihan raya akan datang mereka akan memohon pengampunan daripada D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong untuk Anwar diampunkan supaya beliau boleh dengan seggera bertanding dalam pilihan raya kecil seperti ‘Langkah Kajang’ disebalik harus menunggu sehingga 2025. Tetapi apakah asas alasan untuk pengampunan itu? Lazimnya ia harus mempunyai asas alasan yang kukuh selain daripada alasan Anwar ingin menjadi Perdana Menteri. Lagipun ini bukan merupakan hukuman kesalahan di dunia sahaja malahan ia merupakan kesalahan jenayah dalam agama Islam yang mana Nabi Muhammad s.a.w tidak akan mengaku umat kepada pelakunya.
Terdapat beribu pengedar dadah, perompak, perogol, peliwat, penculik, dll, di dalam penjara yang mahu menjadi Perdana Menteri akan datang. Bolehkah mereka juga memohon pengampunan dan diberi pengampunan dengan alasan bahawa mereka ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang? D.Y.M.M Yang DiPertaun Agong sekarang yang berpendidikan tinggi bukan sahaja dalam ilmu duniawi malahan ilmu akhirat tidak mungkin teruja mengampuni ribuan penjenayah ini hanya dengan alasan mereka untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sekira tidak nescaya semua penjara akan menjadi lenggang atau tidak berpenghuni kerana semua penjenayah akan berkeliaran di jalan-jalan raya. 


No comments:

Post a Comment