Monday 22 May 2017

PRU KE-14 IALAH MENGENAI MELAYU LAWAN CINA

Ringkasan artikel:

DAP dan hambanya dalam Pakatan Harapan sedang menjadikan pilihan raya akan datang sebagai perkara Melayu lawan Cina. Tetapi kali ini ia akan menjadi teruk daripada May 1969 sebab kali ini ia termasuk juga Islamophobia atau phobia terhadap Islam atau anti Islam. Pada May 1969 Kit Siang dan DAP menyerang Melayu. Hari ini, Kit Siang dan DAP sedang juga menyerang Islam. Dan konflik agama lebih mencetuskan ledakan yang buruk daripada konflik perkauman. 
Sekiranya anda menonton filem kungfu Cina anda akan melihat seorang Chinaman seperti Bruce Lee yang kononnya hebat menghadapi 100 orang samseng  dan menewaskan mereka dengan mudah. Ia serupa dengan filem lama John Wayne, ‘Wild, Wild, West’, di mana beliau menghadapi 100 orang Red Indian dan dengan hanya satu tembakan sepuluh orang Red Indian gugur dan terbunuh.
Bagaimanapun, itu dalam filem wayang. Dalam hidup sebenar Cina tidak sebegitu tera (datang daripada Inggeris perkataan terror) sebagaimana digambarkan dalam filem wayang.  Anda boleh melihat ini daripada kommen daripada Dapster dan Pakatun dalam media sosial. Mereka terus merungut apabila disepak atau ditampar. Mereka mengeluh, mengerang dan bercakap penuh kebencian apabila mereka pihak yang menerima.Oleh itu mereka ini kononnya orang yang tera bukan tera sebenarnya.
Tetapi itulah realitinya. Sekiranya mereka ini Dapster dan Pakatun ingin bermain menggunakan peraturan Queensberry maka bagus dan eloklah. Tetapi ketika itu anda, juga, harus mematuhi peraturan Queensberry. Sekiranya, bagaimanapun, anda ingin menggunakan kaedah perlawanan jalanan yang tidak mempunyai sekatan(peraturan), maka kaedahnya ada, tetapi sama dengan tidak berperaturan.
Oleh itu mereka ini Dapsters dan Pakatuns harus membuat keputusan. Apabila mereka menghentam orang lain mereka menggunakan kaedah perlawanan jalanan yang tidak mempunyai sekatan (peraturan). Pada mereka ini adalah adil, saksama, dan sebagainya (mereka panggil demokrasi dan kebebasan untuk bercakap untuk menjustifikasikan apa mereka lakukan). Tetapi bila mereka dihentam balas menggunakan kaedah perlawanan jalanan tanpa sekatan (peraturan), mereka menjerit bahawa ianya begitu tidak adil dan tidak patut.
Lihatlah, anda tidak boleh menendang sesaorang pada pangkal paha dan lepas itu mengatakan menendang bawah pinggang adalah faul. Sekali sarung tangan tercabut maknanya sarung tangan tercabut. Perlawanan jalanan tidak mempunyai sekatan(peraturan) bermakna perlawanan jalanan yang tidak ada perturan. Anda tidak boleh kemudianya tiba-tiba menjerit untuk menggunakan peraturan Queensberry apabila anda dapati perlawanan jalanan tanpa sekatan(peraturan) terlalu panas untuk ditangani. Pernahkah anda dengar kata-kata ini, “skiranya anda tidak tahan dengan haba hendaklah anda keluar daripada dapur?” 
Politik di Malaysia biasanya tentang kaum , agama, pendidikan, hak dan keistimewaan Melayu a.k.a. Perkara 153, kewarganegaraan, Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Inilah isu dibangkitkan semasa kempen pilihan raya (di mana berlarutan untuk selama lima tahun daripada satu pilihan raya hingga yang seterusnya) dan merupakan sebab kenapa rakyat Malaysia undi untuk satu parti atau yang lain. Oleh itu anda tidak boleh ketepikan kaum, agama, pendidikan, hak dan keistimewaan Melayu a.k.a Perkara 153, kewarganegaraan, Bahasa Kebangsaan, dll, daripada bertanding. 

Kit Siang dan kawan yang sama memainkan kad perkauman yang sama pada May 1969.
Masalahnya ialah, sejak 1969, pembangkang telah menggunakan kaum, agama, pendidikan, hak dan keistimewaan Melayu a.k.a. Perkara 153, kewarganegaraan,Bahasa Kebangsaan dan banyak lagi, untuk memenangi undi. Bila mereka menyerang kerajaan, mereka mengguna isu yang ada kaitan dengan kaum, agama, pendidikan, hak dan keistimewaan Melayu  a.k.a Perkara 153, kewarganegaraan, Bahasa Kebangsaan, dll. Dan itulah sebab mengapa rusuhan kaum 13hb Mei 1969 meletus - sebab Lim Kit Siang dan semua orang pengikutnya menggunakan kaum dan agama sebagai strategi kempen pilihan raya mereka.
Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, beliau menggunakan platform perkauman, dan dalam tempoh 16 bulan Tunku terpaksa meletakkan jawatan. Sebenarnya Mahathir menyalahkan  Tunku terhadap rusuhan kaum May 13 dan mengatakan dengan sebab Tunku terlalu memberi muka kepada kaum Cina dan ini membuat Melayu marah, di mana mengapa mereka keluar membunuh kaum Cina. Kaum Cina harus diberi pengajaran dan diletak di tempatnya, kata Mahathir kepada Tunku.

Mahathir menggunakan kaum untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.
Selepas pilihan raya 2013 , Mahathir mengulangi mantranya. Kali ini beliau kata Perdana Menteri Najib Tun Razak mengabaikan Melayu dan terlalu banyak memberi muka kepada kaum Cina. Melayulah yang memberi undi kepada UMNO dan kesinambungan UMNO di tangan Melayu, sementara kaum Cina akan mengundi DAP tidak kisah apa yang dilakukan terhadap mereka, kata Mahathir. Oleh itu adalah tidak bermakna dan membuang masa melayan kaum Cina yang tidak berterima kasih, bagaimanapun apabila Melayu yang terus memberikan anda kuasa dan namun itu anda tergamak untuk mengabaikan mereka.
Ya, pada 1969-1970 itulah bagaimana Mahathir menjatuhkan Tunku. Dan beliau menggunakan mantra ini kali kedua pada 2013 untuk menjatuhkan Najib. Dan anda tahu mengapa? Walaupun retorik anti-Cina ini, namun kaum Cina telah memilih Mahathir sebagai Pemimpin Pembangkang de facto yang baru. Dan apabila hipokrasi ini didedahkan, Superman Hew menjelaskan kepada penonton Cina mereka bahawa Kit Siang hanyalah menggunakan Melayu untuk menentang Melayu (the Malays to screw the Malays) dan Mahathir hanya merupakan sundal (bitch atau anjing betina) Kit Siang. 

Mahathir hanya merupakan sundal kepada Kit Siang’s , kata Superman Hew.
Kaedah perlawanan jalanan tanpa sekatan (peraturan) yang digunakan DAP terhadap Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Kaedahnya ada tetapi tanpa peraturan. Semua boleh dilakukan. Oleh itu mengapa kaum Cina, Dapster dan Pakatun mengeluh,mengerang,menyeranah dan merungut? Merekalah yang menetapkan peraturan dan di sebelah pihak yang lain hanya bermain mengikut peraturan ini : bermakna tiada peraturan.
Dan inilah masalah utama terhadap kaum Cina. Mereka suka memukul di bawah pinggang tetapi menjerit apabila anda melakukan perkara yang sama. Mereka menggunakan satu set peraturan untuk diri mereka tetapi mereka mahu orang lain menggunakan set peraturan yang berbeza. Mereka boleh mengeluarkan darah tetapi anda tidak. Mereka membenarkan anda ditendang tetapi anda hanya boleh menumbuk dan dengan satu tangan diikat ke belakang. Itulah persis kaum yang kiasu (dalam bahasa Cina ‘nak untung semua').
Siapakah yang kaum Cina ini fikirkan terhadap diri mereka? Mereka berbalah bahawa SJKC dan sistem pendidikan Cina adalah hak mereka sebab kononnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Siapa kata? Mereka berbalah bahawa undang-undang Shariyah tidak boleh dibenarkan sebab menurut mereka Perlembagaan Persekutuan Malaysia kononya ada menyebut dengan jelas bahawa Malaysia adalah negara sekular. Siapa kata? Kami telah baca Perlembagaan Persekutuan Malaysia dari muka surat ke muka surat banyak kali, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, namun kami tidak dapat mengesan kedua-dua perkara tersebut dinyatakan di mana-mana. Mungkin mereka membaca terjemahan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahasa Cina.
Itulah dia doktrin politik Zionis yang diamalkan oleh DAP yang mana untuk mempengaruh massa (rakyat jelata) mereka perlu dibohongi untuk dikelirukan mereka. Apabila berterusan dibohongi dan dikelirukan rakyat akan mula percaya.
Bila mereka menyerang Najib mereka gunakan isu pribadi dan menyerang isteri dan juga anak-anak (berlindung di bawah kebebasan maklumat). Pernahkah Najib, Umno atau Barisan Nasional menyerang balas menggunakan isu pribadi atau menyerang ahli keluarga mereka? Atau keluarga mereka (pemimpin pembangkang) memang terdiri daripada malaikat tidak mempunyai dosa.
Najib, Umno dan Barisan Nasional sekali pun tidak pernah bercakap tentang anak Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmita Atmadja kelihatan di sebuah kelab homoseks (ingat Sukma yang telah dipenjara enam bulan kerana melakukan hubungan sex sejenis dengan Anwar?). Hakikatnya, Najib, Umno dan Barisan Nasional telah mengetahuinya lebih sepuluh tahun dan malahan pihak Cawangan Khas PDRM mempunyai gambar untuk membuktikannya. Tetapi mereka tidak sesekali  gunakanya untuk menyerang Anwar, seperti apa yang dijangkakan akan dilakukan pembangkang sekiranya mereka mempunyai gambar anak Najib melakuakan perkara yang sama.
Perkara yang sama terhadap Nurul Izzah Anwar. Najib, Umno dan Barisan Nasional tahu bahawa bekas suami Nurul telah menangkap beliau bersama seorang remaja, salah seorang pekerja PKR daripada Lembah Pantai, dalam sebuah apartmen. Mereka tahu bila ia berlaku, alamat apartmen, termasuk siapa remaja itu. Tetapi Najib, Umno dan Barisan Nasional tidak pernah menggunakan maklumat ini untuk memalukan ayahnya Anwar, Nurul atau ibunya  Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nika Gee, perempuan simpanan jangka panjang Muhyiddin yang dikongsi bersama suami perempuan tersebut.
Skandal Muhyiddin Yassin’s dengan Nika Gee, isteri seorang lelaki, merupakan satu cerita lama sebab mereka telah tidur bersama sejak Muhiyiddin menjadi Menteri Besar Johor. Namun begitu, walau pun macam mana kejam Muhyiddin menyerang Najib, mereka masih tidak menggunakan rahsia ini terhadap beliau. Media Malaysia Today telah mendedahkan rahsia ini, dan itu pun setelah kase tersebut difailkan di mahkamah dan tarikh pendengaran telah disahkan. Malaysia Today telah menyimpan rahsia bertahun lamanya dan tidak mendedahkannya sehingga ia telah menjadi pengetahuan awam.
Dan sama juga dengan DAP. Mereka, juga, bermain dengan kad agama dan sekarang membantah apabila mereka menerima serangan balas. DAP marah dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kerana tidak menyokong calon mereka untuk jawatan Menteri Besar Selangor. DAP mahukan Wan Azizah sementara Hadi menyokong Azmin Ali.

DAP cuba menjatuhkan Hadi sebagai Presiden PAS sebab beliau menyokong Azmin Ali di sebalik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Disebabkan ini DAP cuba untuk menjatuhkan Hadi tetapi gagal. Hadi dan teamnya memperolehi 80% undi sementara penentangnya kalah dan disapu bersih. DAP kemudian memberitahu ‘Team B’ untuk meninggalkan PAS dan memulakan parti baru. DAP menganggap bahawa memandangkan mereka memperolehi 20% undi mereka anggap bahawa ini bermakna 200,000 ahli PAS akan meninggalkan parti untuk menyertai parti baru. Tetapi tatakala itu parti baru ini, PAN, hanya mampu memperolehi 20,000 ahli. Oleh itu ia merupakan satu bencana yang mengecewakan. 
Untuk menyembunyikan sebab sebenar dan menjustifikasi mengapa mereka mahu Hadi dijatuhkan, mereka menggunakan Bil Pindaan undang-undang Shayriah a.k.a RUU355 sebagai alasan. Mereka mendakwa Hadi cuba untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan bukan Islam akan tertakluk kepada undang-undang Hudud di mana tangan mereka akan dipotong dan perogol tidak akan dihukum memandangkan ia memerlukan empat saksi untuk membuktikan rogol.
Ini merupakan pembohongan yang terkutuk dan satu proses Islamphobia yang terburuk. Ia merupakan kempen kebencian terhadap Islam. DAP telah berjaya memecah belahkan Melayu (di mana mengapa mereka juga menyokong Pribumi Mahathir) dan mereka menggunakan Islam sebagai perantara untuk itu. Ini lebih buruk daripada 13 Mei 1969. Pada Mei 1969 ia merupakan rusuhan kaum. Rusuhan yang akan datang mungkin berdasarkan agama. Dan konflik agama diramalkan lebih buruk daripada konflik perkauman seperti yang telah dibuktikan di Serbia, Bosnia, perpecahan di India, konflik di Timor Tengah yang sedang berlaku, dll.

Kit Siang pernah melabelkan Mahathir sebagai Rasis Nombor 1 Malaysia tetapi sekarang Rasis Nombor 1 Malaysia ialah Kit Siang dan sundalnya (Mahathir).

No comments:

Post a Comment