Friday 5 May 2017

PERANAN MAHATHIR MERUPAKAN ORANG KEDUA KEPADA KIT SIANG

Mahathir merupakan pakar melakukan kemusnahan dan sebab itulah Kit Siang memerlukan beliau. Bagaimanapun, sementara itu Mahathir kelihatan seperti menguasai dan membuat keputusan (untuk Pakatan Harapan), realitinya beliau hanya memainkan peranan kedua kepada Kit Siang. Bak kata Superman Hew, Kit Siang menggunakan Mahathir untuk memusnahkan Melayu (Mahathir Screw Malay) sebab pada mereka adalah elok Melayu disebalik Cina untuk memusnahkan Melayu (Malay Screw Malay).

Pakatan Harapan yang diterajui DAP telah menghebohkan kononnya berlaku masalah dalaman UMNO. Dan hingga mempersoalkan mengapa Menteri Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein Onn telah dilantik baru-baru ini sebagai Menteri Tugas-tugas Khas, kata peramal atau ahli nujum kebinasaan (soothsayers of doom) dalam  Pakatan Harapan. Sebenarnya itu hanyalah satu hasrat pemikiran mereka. Iaitu sebagai hasrat pemikiran mereka-mereka yang mengatakan kononnya Abdul Hadi Awang akan tumbang dalam pemilihan PAS yang akan datang. Sebaliknya perkara yang bertentangan telah berlaku. Hadi telah muncul dengan lebih kuat lagi.

Formula 1-2-3: Hishammuddin, akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabla Zaid mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang Perdana Menteri Najib Tun Razak cuba capai Ialah untuk mewujudkan garisan pengganti. Mesej Najib ialah: selepas beliau ialah Zahid Hamidi diikuti oleh Hishammuddin. Oleh itu struktur kepimpinan satu-dua-tiga adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Dalam hal ini tolak menolak dan jatuh menjatuh tidak diperlukan. Setiap orang perlu menunggu giliran mereka dan Najib juga telah memberi tahu UMNO bahawa beliau sedia meletak jawatan apabila sampai waktunya dan berdasarkan fakta itu beliau telah mengariskan bukan sahaja pengganti Perdana Menteri bahkan juga Timbalan Perdana Menteri yang akan datang.

Sementara giliran kepimpinan UMNO adalah jelas, manakala giliran kepimpinan Pakatan Harapan adalah kabur. Siapakah yang sebenarnya mengetuai mereka? Siapakah Perdana Menteri-dalam-menunggu mereka? Mereka terus menukar Perdana Menteri-dalam-menunggu mereka tertakluk kepada siapa mereka bercakap. Satu perkara yang jelas, walaupun, Lim Kit Siang merupakan de facto Perdana Menteri-dalam-menunggu Pakatan Harapan, namun  beliau telah menafikannya dan mengatakan disebaliknya.

Bagaimanapun, itulah yang diperlukan UMNO untuk kestabilan. Oleh itu system giliran kepimpinan satu-dua-tiga terlaksana dengan lancar untuk UMNO. Pada tahun 1981 apabila Tun Mahathir membiarkan jawatan Timbalan Perdana terbuka untuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam bertanding menyebabkan UMNO hamper musnah. Sepuluh tahun kemudian Mahathir telah melakukan perkara yang sama sekali lagi apabila pada 1991 melantik Anwar Ibrahim Menteri Kewangan dan mendedahkan Tun Ghafar Baba kepada serangan dari belakang dengan sengaja.

Mahathir sejak dahulu lagi cuba untuk memusnahkan UMNO. Beliau telah melakukan pada 1969. Beliau telah melakukan sekali lagi pada 1981. Beliau lakukan pada 1991. Beliau lakukan pada 1998. Beliau lakukan pada 2006. Beliau lakukan pada 2014. Dan sekarang beliau melakukan lagi. Tujuh kali berturut-turut. Bak pepatah Melayu: tujuh kali pindah papa. Dan Mahathir sudah tujuh kali cuba memusnahkan UMNO. Satu hari beliau sendiri akan musnah atas perbuatannya itu.

Dan itulah asset yang terlalu bernilai yang dilihat oleh Kit Siang terhadap Mahathir. Mahathir seorang pemusnah. Beliau cuba untuk memusnahkan UMNO banyak kali. Beliau menyebabkan konflik di negara ini. Buktinya, Peristiwa Berdarah Memali (1985), Operasi Lalang (1987) dan Krisis Perlembagaan Kedua dengan Badan Kehakiman (1987-1998). Beliau hampir memusnahkan sistem Raja Berperlembagaan. Buktinya, Krisis Perlembagaan Pertama (1983-1993) dengan menghadkan tempoh pekenan Agong untuk mempertahankan Ketuanan Melayu dan Islam. Beliau memusnahkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Beliau hampir memusnahkan serta memufliskan Bank Negara. Buktinya, Skandal FOREX Bank Negara kerugian AS$10 bilion(1988-1994). Beliau memusnahkan ekonomi Malaysia dan mengalami kerugian berbilion ringgit. Buktinya Skandal BMF kerugian RM10 bilion(1983), Skandal Maminco-Makuwasa kerugian RM1.6 bilion (1985-1986), Skandal Perwaja Steel kerugian RM10 bilion (2002) dan kegagalan DEB dengan penurunan ekuiti Bumiputra ke 2% daripada 3% semasa memerintah selama 22 tahun atas dasar ‘piratisation’ bukan ‘privatisation’(1981-2003). Tidak ada yang Mahathir lakukan semasa pemerintahannya tidak musnah.

Bak pepatah Inggeris mengatakan: use a thief to catch a thief atau menggunakan pencuri untuk menangkap pencuri. Dan kerana itulah mengapa Kit Siang mendapati Mahathir sangat berguna kepadanya. Sekiranya untuk memusnahkan UMNO, Mahathirlah yang terbaik untuk kerja itu. Dan itulah apa yang Kit Siang mahu, untuk memusnahkan UMNO. Mahathir juga membenci PAS dan undang-undang Syariah, terutama bahagian Hudud dalam undang-undang tersebut. Dengan itu Kit Siang boleh menggunakan Mahathir untuk menyerang PAS, Islam dan undang-undang Syariah. Pada Kit Siang adalah lebih baik serangan datangnya daripada Melayu daripada bukan Melayu, terutama sekali bukan Melayu DAP.

DAP menentang undang-undang Syariah tetapi berpura-pura hanya menentang Hudud yang merupakan sebahgian daripada undang-undang Syariah.

Tetapi Kit Siang telah memastikan beliau tidak kelihatan sebagai pembuat keputusan dalam Pakatan Harapan. Beliau terpaksa menunjukkan seolah-olah Mahathir lah yang memimpin Pakatan Harapan, jika tidak mereka tidak akan dapat sokongan Melayu. Oleh itu mereka amat memerlukan rancangan Ali Baba ini. Hakikatnya, bagaimanapun, Kit Siang ialah pempin de facto dengan Mahathir hanya memainkan peranan kedua kepada beliau.

Fakta menunjukkan, bahawa DAP telah menguasai 38 kerusi Parlimnen dan 97 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hasil daripada PRU yang lepas. Ini merupakan 17% daripada jumlah kerusi parlimen dan juga 17% daripada jumlah kerusi DUN. PKR di sebaliknya, menguasai hanya masing-masing 13% dan 8%. Parti Pribumi Mahathir, bagaimanapun, hanya menguasai 1 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN. Malahan parti Islam DAP, PAN menguasai kerusi lebih daripada parti Pribumi.

Mahathir atau parti Pribumi beliau adalah lebih kurang tidak penting. Dan melainkan DAP memberi mereka ‘kerusi Cina’ untuk bertanding dalam PRU ke 14 dan mengarahkan pengundi-pengundi Cina untuk mengundi mereka, parti Pribumi tidak akan memenangi sebarang kerusi.

Ringkasnya,Mahatir dan Pribumi tidak akan membawa apa-apa kepada Pakatan Harapan. Oleh itu mengapa mereka memerlukan Mahathir dan Pribumi? Baiklah, mereka memerlukan Mahathir dan Pribumi supaya mereka boleh berlindung dibelakang ‘muka Melayu’ dan menggunakan mereka untuk menyerang UMNO, Melayu, Islam, undang-undang Syariah, PAS dan sebagainya. Kit Siang dan DAP mengguna Melayu (Mahathir) untuk memusnahkan (screw) Melayu.

Tetapi Mahathir tidak kisah memainkan peranan kedua kepada Kit Siang atau membenarkan pengunaan Pribumi sebagai barisan hadapan Ali Baba. Objektifnya untuk menjatuhkan Najib dan UMNO. Dan sekiranya ia boleh dilakukan, Mahathir tidak kisah bagaimana ia dilakukan. PRU ke-14 akan datang akan menjadi UMNO menentang DAP. Dan Kit Siang akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Najib, sebab melankan Najib dijatuhkan tatakala itu UMNO tidak akan jatuh.

Kit Siang, bagaimanapun, tidak mahu ini dilihat sebagai Cina lawan Melayu. Dan dengan Mahathir mengetuai serangan ia dilihat sebagai Melayu lawan Melayu dan bukan Cina lawan Melayu. Itulah apa yang Kit Siang lakukan dan juga mengapa Mahathir memainkan peranan kedua kepada Kit Siang.

PRU Ke-14 akan datang merupakan Cina lawan Melayu tetapi mereka terpaksa menyembunyikannya fakta ini dengan menggunakan Mahathir sebagai barisan hadapan Ali Baba.

Sekiranya Karpal Singh masih hidup perkara ini tidak berlaku. Malahan mengimbas balik pada 2008, Karpal tidak mengemari rancangan “16 September” yang melibatkan pembelian 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional pada nilai RM10 juta seorang. Ini melibatkan sejumlah kepada RM300 juta dan orang yang sepatut menaja dana keseluruhan rancangan ini, John Soh Chee Wen, juga berpendapat ia merupakan satu idea yang bodoh.

Hujah Soh adalah mudah. Seandainya 30 orang ini boleh dibeli pada nilai RM10 juta seorang, ini bermakna mereka ini untuk dijual. Oleh itu, apakah yang menghalang Barisan Nasional melakukan perkara yang sama dengan menaikan nilainya kepada, katakan RM15 juta atau RM20 juta? Dan adakah ini bukan apa yang berlaku di Perak semasa pembangkang memerintah tempoh hari? Anwar beli seorang ADUN UMNO dan UMNO membalas balik dengan membeli balik tambahan dua ADUN PKR dan termasuk seorang ADUN DAP yang mengakibatkan kerajaan negeri Perak didalangi DAP ketika itu runtuh.

Anwar Ibrahim minta John Soh untuk menaja “16 September” tetapi beliau tahu ia mungkin  tidak berlaku.

Namun begitu, sebijak mana Kit Siang boleh berfikir, Najib lebih bijak lagi. Najib telah membenarkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat rompakan AS$10 bilion Forex diteruskan. Sejak 1993 Kit Siang telah beberapa kali mendesak agar satu Siasatan DiRaja dibentuk dan pesalah dihukum serta mengembalikan wang yang dicuri (sudah tentu, bermakna Tun Mahathir dan Tun Daim). Sekarang ia sedang menuju ke arah itu dan Kit Siang terperangkap di antara kawan baru dan matlamat dahulu. Apakah yang Kit Siang harus lakukan sekarang?

Kit Siang tahu beliau tidak ada pilihan tetapi untuk memberi keterangan dalam siasatan tersebut memandangkan beliaulah yang membawa perkara tersebut di Parlimen pada 1993. Tetapi sekiranya beliau berbuat demikian seolah-seolah beliau menggantung Mahathir. Seandainya beliau tidak berbuat demikian, bagaimanapun, setelah membuat desakan tentangnya selama 20 tahun, beliau kelihatan sebagai seorang oportunis dan seorang hipokrit.

Harapan Kit Siang hanya bahawa PRU ke-14 akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini, sementara RCI akan hanya boleh diselesaikan tahun hadapan. Seandainya RCI bersidang tahun ini sementara PRU ke-14 diadakan pertengahan tahun hadapan Kit Siang akan menghadapi masalah. Dan itulah yang akan berlaku di mana Suruhanjaya Siasatan DiRaja akan bersidang tahun ini sementara PRU ke-14 akan diadakan tahun hadapan.

Oleh itu apakah Kit Siang akan buat? Beliau sama ada menggantung Mahathir atau beliau enggan memberi keterangan dalam Siasatan DiRaja. Kedua-duanya Kit Siang akan kantoi (terjejas). Sekiranya Kit Siang gantung Mahathir Pakatan Harapan pimpinan DAP akan terjejas untuk menyamar muka Melayu. Sekiranya beliau enggan memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tatakala itu Kit Siang mempunyai banyak penjelasan untuk dibuat kepada rakyat. Oleh itu bagaimana Kit Siang akan menjelaskan kepada rakyat bahawa menjatuhkan Najib dan UMNO adalah lebih penting daripada mendapat kembali wang Mahathir dan Daim  curi?



No comments:

Post a Comment