Monday 15 May 2017

SIAPAKAH ZALIM, UMNO ATAU DAP?

Penamatan tahluf siyasi dengan PKR dibuat setelah PAS melihat tiada sebarang kebaikan untuk mempertahankan kerjasama politik tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, faktor yang membatalkan tahaluf siyasi adalah pengkhianat PKR secara nyata dan berulang kali terhadap PAS.

"PKR berhak menolak dan menghujah keputusan PAS yang menganggapnya sebagai pengkhianat yang menjadi punca terbatalnya tahaluf. Tetapi itulah keputusan PAS".

"Hukuman selepas ini ditentukan oleh rakyat. PAS telah melakukan yang terbaik untuk kebaikan rakyat dan akan terus berjuang untuk rakyat kerana itulah suruhan agama Islam tercinta", katanya menerusi catatan Facebook miliknya, hari ini (13 Mei 2017).

Sementara itu, ketika berceramah di Tumpat semalam (12 Mei 2017), beliau berkata, "UMNO yang dianggap parti zalim terhadap Islam kerana menentang usaha PAS menegakkan hukum hudud mula berubah menjadi lunak, namun muncul pula parti lain lebih zalim iaitu DAP".

"Ada pemimpin PAN beritahu PAS condong kepada orang zalim. Siapa orang yang zalim ini? Antaranya ialah orang yang lawan Islam. Dulu mungkin UMNO, sekarang mereka sudah berubah menjadi lunak".

"Allah SWT sebenarnya nak tunjuk kepada kita siapa yang lebih zalim iaitu DAP", katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, PAS tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa hadapan.

Mursyidul Amnya, Tuan Guru Hashim Jasin berkata, ini kerana parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan dengan mana-mana pihak namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.

Menurut beliau, dalam soal itu, pendirian serta sokongan yang ditunjukkan UMNO terhadap isu membabitkan umat Islam sekali gus memungkinkan wujud kerjasama sedemikian dengan parti itu.

"Kalau kita tengok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet turut menggunakan beberapa istilah Islam serta kata-kata yang pernah diucapkan bekas Mussyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr.Haron Din yang disiarkan di seluruh negara",katanya.

Tuan Guru Hashim Jasin ditemui pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kepala Batas disini hari ini (14 Mei 2017.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terlerainya tahaluf siyasi dengan PKR bukan bermakna perjuangan parti itu akan terhalang, sebaliknya akan membuka ruang serta peluang kepada PAS untuk mewujudkan kerjasama baharu.

Sebagai contoh, kata beliau, PAS ketika ini menjalin kerjasama dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang menunjukkan minat terhadap parti itu selain Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk PCM yang menunjukkan minat",katanya.

No comments:

Post a Comment