Thursday 11 May 2017

AZMIN ALI GENTAR DENGAN PAS - TIDAK ROMBAK EXCO NEGERI SELANGOR.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar Selangor dilihat gentar dengan PAS sehingga tidak berani melakuakan rombakan Exco pentadbirannya kerana beliau sedar PAS Selangor mampu mengugat jawatan disandangnya.

Pada masa sama Mohamed Azmin bertindak memperkudakan DAP dan PAN demi memastikan kelangsungan kuasanya tetap terjamin.

PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN, tetapi pada masa sama Menteri Besar Mohamed Azmin masih lagi bersama PAS, malah gentar untuk merombak barisan Exconya dari PAS kerana sedia maklum bahawa parti tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menggugat kedudukan Azmin.

Oleh itu, beliau dilihat mementingkan diri sendiri dengan hanya memperkudakan DAP dan PAN bagi mengekalkan jawatannya tetapi takut dengan PAS.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR itu telah memberi alasan bahawa kuota Exco sudah penuh walaupun sekutu PKR dalam Pakatan Harapan seperti DAP dan PAN telah memberi tekanan kepadanya agar melakukan rombakan di peringkat pentadbiran negeri ekoran pendirian terkini PAS.

Nampaknya, kerajaan negeri Selangor sekarang sebenarnya sudah menjadi caca-marba dan Menteri Besarnya hanya menjaga kepentingan politik pribadinya sahaja dan bukannya rakyat.

Pakatan Harapan diketuai DAP telah memutuskan bahawa tiada lagi kerjasama bersama PAS, tetapi Exconya daripada PAS masih lagi bersama kerana Menteri Besarnya hanya mementing politik pribadainya semata-mata kerana takut hilang jawatan.

Azmin Ali tidak lagi mementingkan rakyat, hanya memikirkan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Walaupun parti bertelagah, ADUN PAS sedia ada tetap jadi Exco kerana politik peribadi dan bukan atas dasar perjuangan membela rakyat.

No comments:

Post a Comment