Saturday, 6 May 2017

AKHIRNYA MAHATHIR MEMBUKTIKAN BELIAU MERUPAKAN BARUA KIT SIANG

Kit Siang bermain terus ke dalam perangkap tangan Najib. DAP akan membuang logo ‘Rocket’, yang mana pengundi Cina biasa dengannya, dalam tindakan menyokong logo bersama Pakatan Harapan yang diperkenalkan untuk PRU akan datang. Nampaknya DAP dan Pakatan Harapan akan kalah sebelum pilihan raya walaupun tarikh PRU belum diumumkan lagi.

Ia kelihatan seolah-olah Perdana Menteri Najib Tun Razak telah dengan jayanya menarik Lim Kit Siang dalam membuat pembangkang bertanding dalam pilihan raya akan datang di bawah Pakatan Harapan disebalik bawah setiap parti individu. Ini bermakna DAP akan bertanding dalam pilihan raya di bawah logo bersama Pakatan Harapan dan bukannya di bawah logo ‘Rocket’, yang mana pengundi Cina biasa dengannya.

Najib tahu bahawa Kit Siang didorong oleh cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya menjadikan anaknya, Guan Eng, Timbalan Perdana Menteri beliau. Dengan itu adalah lebih mudah lagi untuk Najib menggunakan cita-cita Kit Siang untuk menentangnya. Najib juga tahu bahawa Kit Siang terlalu terdesak dengan cuba  menyembunyikan cita-citanya, di mana beliau mengarahkan Mahathir untuk membuat satu kenyataan pada 4 Mei 2017 dalam cubaannya untuk menyembunyikan hasratnya yang sebenar.

“Gabungan pembangkang tidak akan didominasi oleh DAP selain daripada di Pulau Pinang”, kata Mahathir. Mahathir tidak ada pilihan untuk membuat kenyataan tersebut walaupun semua orang tahu, Pribumi yang hanya memiliki satu kerusi Parlimen, Mahathir tidak mempunyai kedudukan untuk membuat sebarang tuntutan atau sebarang arahan. Dengan menyebut Pribumi memerlukan Perdana Menteri Melayu, Mahathir berharap bahawa Kit Siang akan menjadikan anaknya, Mukhriz, sebagai Perdana Menteri.



















Parti yang mempunyai kerusi yang terbanyak menjadi Perdana Menteri dan bukannya parti yang hanya mempunyai satu kerusi.

Sebagaimana yang Mahathir sebut semalam (4 May 2017), hanya 52 daripada 222 kerusi parlimen merupakan kerusi kaum Cina. Ini bermakna berdasrakan hanya undi kaum Cina Pakatan Harapan tidak boleh memenangi melebihi 70 kerusi, bawah daripada 82 pada 2008 dan 87 pada pilihan raya yang lepas. Oleh itu mereka memerlukan undi Melayu. Tetapi sekiranya mereka memberitahu kepada umum bahawa Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri, ketika  itu mereka bolehlah  lupakan tentang undi Melayu.

Pada 2.30pm 4 May 2017 Kit Siang telah mengadap Pasukan Petugas Khas untuk memberi keterangan terhadap kerugian Forex Bank Negara bernilai AS$10 bilion. Oleh itu Mahathir terpaksa kowtow atau menyedapkan hati Kit Siang sebab Kit Siang boleh membunuhnya bila-bila masa dengan menyerahkan semua bukti yang beliau dakwa beliau ada kepada Pasukan Petugas Khas. Dan sebab itulah mengapa Mahathir tidak ada pilihan untuk menjadi barua Kit Siang.

Dan itulah sebabnya kenapa Mahathir membuat kenyataan“Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan mencalonkan atau tidak menyokong bukan Melayu jawatan perdana menteri” untuk menolong Kit Siang. Kit Siang tahu bahawa Najib, UMNO dan/atau Barisan Nasional akan mengexplotasi isu beliau menjadi Perdana Menteri ke tahap maxima memandangkan DAP akan memenangi kerusi yang terbanyak. Dan ini bermakna Pakatan Harapan tidak akan mampu mendapat undi Melayu yang mencukupi dan terpaksa bergantung hanya kepada undi Cina.

Adalah lebih jelas tentang mengapa Mahathir dengan tiba-tiba menyatakan demikian dan siapakah yang menyuruhnya menyatakan. Mereka sedang kehilangan sokongan Melayu. Pribumi dan PAN tidak mendapat satu juta ahli yang mana mereka jangka boleh dapat. Apabila dicampurkan, mereka hanya mempunyai 30,000 ahli, bukan sejuta. Malahan mereka lebih teruk daripada PKR, yang mana sekurang kurangnya mempunyai 200,000 ahli yang berdaftar walaupun hanya lebih kurang 50,000 ahli yang tulin.


















Mahathir yang mempunyai satu kerusi parlimen berpura-pura menguasai DAP yang mempunyai 37 kerusi parlimen tetapi siapakah yang menjadi barua Kit Siang.

Adalah lebih penting mereka memberi tanggapan bahawa sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan akan datang, Perdana Menterinya ialah seorang Melayu. Setelah mereka menang, dan DAP menang, katakanlah 50 daripada 120-125 kerusi (di mana Rafizi Ramli mengatakan mereka boleh menang sekiranya perlawanan satu penjuru dan bukan perlawanan tiga atau lebih penjuru), DAP, di mana tatakala itu mempunyai kerusi terbanyak, akan menjadi Perdana Menteri. Tetapi ketika itu boleh diselesaikan setelah mereka menang, sekiranya mereka menang. Bagaimanapun sehingga itu adalah terlewat untuk melakukan sesuatu.

Tetapi aising di atas cake ialah bagaimana Najib dengan lebih cekap membawa Pakatan Harapan membuat sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan mereka. ‘Rocket’ DAP adalah simbol yang lebih dikenali dalam Pakatan Harapan. Tetapi sekali DAP buang ‘Rocket’ dan menggantikannya dengan apa jua logo bersama atau simbol Pakatan Harapan dipersetujui, akan tidak menguntung kepada DAP.

Kekuatan Pakatan Harapan ialah ‘Rocket’, yang mana ia membawa banyak pengundi Cina. Identiti jenama dan pengiktirafan jenama sangat genting. DAP akan membuang aset yang berharga, sesuatu yang mengambil lebih lebih setengah abad untuk dibangunkan. Dan semua ini hanya untuk menyembunyikan fakta bahawa Pakatan Harapan ialah Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP.

















DAP sedang menggantikan ‘Rocket’ dengan logo bersama..

Inilah yang dengan tepatnya apa yang Najib mahu untuk mereka lakukan dan mereka telah lakukan. Logo baru Pakatan Harapan masih lagi tidak diketahui dan akan memerlukan masa untuk identitinya dibangunkan. Pengiktirafan jenama bukan merupakan perkara yan dapat dilakukan pada masa yang singkat. DAP mungkin tidak menyedarinya lagi tetapi telah membuang nilai jenama untuk sesuatu yang tidak bernilai.

Adalah jelas Kit Siang telah tertekan dibawah tekanan daripada serangan yang beliau tertakluk kepada. Orang dalam Komtar mengatakan Kit Siang tidak lagi sebagai dirinya sejak beberapa bulan ini. Dan posting dalam blognya mendedahkan perkara ini.

Keputusan untuk mengarahkan Mahathir mengumumkan berkenaan Perdana Menteri Melayu dan keputusan untuk mendaftar Pakatan Harapan dan mewujudkan logo bersama membuktikan mereka tidak lagi tenang dan sedang bertindak balas kepada serangan. Apabila anda mula melakukan itu anda akan menjurus kepada membuat keputusan tidak baik. Keputusan yang dibuat di bawah tekanan tidak pernah menghasilkan keputusan yang terbaik. Dan keputusan untuk menyembunyi belakang Mahathir menunjukkan beliau tidak lagi mampu menerima tekanan.

Mereka kata pilihan raya akan datang akan diadakan September tahun ini. Najib tidak akan berbuat demikian. Difahamkan Najib sedang menunggu Pakatan Harapan untuk mendaftar parti baru itu dan memperkenalkan logo bersama mereka. Najib ketika itu akan meluluskan dengan pantas sebagaimana beliau lakukan terhadap parti Pribumi. Dan hanya tatakala itu Najib akan mengisytiharkan pilihan raya. Barisan Nasional ketika itu akan menyapu bersih dan malahan mungkin mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Najib memainkan permainan politik yang cekap dengan Pakatan Harapan dengan menggunakan prinsip Sun Tzu Art of War. Najib membawa musuhnya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan mereka. Dan ini membuktikan bahawa ‘Boffin Boys’ Najib adalah lebih unggul dibandingkan dengan Rafizi Ramli dan orang-orang yang sewaktu dengannya yang bercakap terlalu banyak tentang apa yang akan berlaku lebih lama sebelum mereka memulakan melakukan sesuatu dan masih tidak tahu sekiranya sebarang perkara akan berlaku.



















Kit Siang terlalu tertekan dan beliau sudah tidak lagi mampu membuat keputusan yang waras.


No comments:

Post a Comment