Thursday 11 May 2017

DAP PARTI PENDAKWAH KRISTIAN ANTI ISLAM - BERSELINDUNG SEBALIK SEKULARISME.

Di sebalik melaung-laungkan prinsip sekularisme di dalam perjuangan politik tanpa dicampurkan dengan urusan agama, seorang pemimpin DAP sendiri dikatakan giat membawa idea supaya Malaysia dibangunkan bersama acuan agama Kristian.

Hal itu dikesan melalui satu tular di laman media sosial, apabila seorang daripada pemimpin DAP Selangor dikatakan telah menyeru ahli-ahli Felo Kristian di luar negara dan penganut agama Kristian untuk mengikut jejak langkah beliau menceburi bidang politik, bertujuan membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Menurut laman Facebook Tok Adi The Justice hari ini, pemimpin itu telah memberikan bukti nyata bagaimana beliau mencampurkan urusan agama dengan politik.

Archbishop Kuala Lumpur Julian

Leow Beng Kim

Jelas petikan daripada akaun Facebook itu, beliau secara terbuka mengaku bagaimana penglibatanya di dalam bidang politik DAP dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen dan bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

Berdasarkan segala pengakuan terbuka oleh pemimpin ini, maka prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrit semata-mata.

Sebagai contoh semasa perhimpunan BERSIH 4.0 pada 29 Ogos 2015 yang didalangi DAP, di mana DAP telah mendapat sokongan moral daripada Archbishop Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim dengan menyediakan tiga gereja sebagai tempat penunjuk-penunjuk perasaan berlindung daripada tindakan pihak berkuasa. Gereja-gereja yang dimaksudkan ialah Cathedral Saint John Bukit Nanas, Church of Saint Anthony Jalan Pudu dan Church of our Lady of Fatima Brickfield.

"Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui Facebook dan contoh peristiwa di atas adalah, bagi DAP pemisahan urusan politik daripada urusan agama hanya perlu dibuat jika urusan agama itu adalah urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian, maka tidak mengapa", jelas petikan daripada akaun Facebook itu.

Status Facebook itu turut memuat naik satu daripada petikan oleh pemimpin tersebut berkata, "Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh daripada impian sebenar saya iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepadanya. Dan dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya".

Petikan lain yang dimuat naik ialah pemimpin berkenaan menyeru ahli-ahli Felo Kristian luar negara yang sudah terlatih untuk pulang ke tanah air bagi sama-sama membangunkan negara kerana menganggap ia tuntutan Tuhan bagi menuntut semula hak politik dan perkhidmatan awam di Malaysia.

Pemimpin DAP itu memberi keyakinan bahawa beliau sendiri tidak mempunyai pengalaman politik dan dana berkempen untuk merebut jawatan politik, sebaliknya takdir Tuhan yang telah menganugerahkan beliau jawatan politik.

Akaun Facebook itu juga berpandangan, tindakan pemimpin DAP itu sama sekali bertentangan dengan prinsip DAP yang sebelum ini mahu mengasingkan urusan agama dan politik termasuk dengan menentang habis-habisan tindakan UMNO dan PAS apabila cuba mencampurkan urusan agama dan politik.




No comments:

Post a Comment