Peringatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar terhadap Badan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) agar tidak keterlaluan dalam isu pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik, menarik perhatian semua pihak.


Baru-baru ini Zahid mengesahkan bahawa Zakir (Tokoh Maal Hijrah 2013) diberi status penduduk tetap, yang membuatkan Hindraf mendesak agar ia dibatalkan. Malah Hindraf agresif meningkatkan bantahannya sehingga kepada Jawatankuasa Memerangi Keganasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini yang dikatakan kaduk naik junjung.
Banyak pihak bimbang jika Hindraf terus melakukan provokasi, ia akan mengundang gelombang tindak balas banyak pihak yang mahu mempertahankan Zakir. Antaranya, Perkasa pimpinan Dr. Ibrahim Ali yang turut menghantar surat ke PBB membalas kenyataan Hindraf selain mencelah saman Waythamoorthy di mahkamah. Bukan itu sahaja, sudah ada aduan polis dibuat ke atas kebiadapan Hindraf, yang banyak pihak mengharap polis mengambil langkah pre-emtif.
Dengan ancaman Daesh yang sedang ditangani pihak berkuasa, janganlah Hindraf pula mahu mencetuskan ketegangan agama. Bara mudah menjadi api apatah lagi di negara majmuk seperti Malaysia. Waspadalah.
No comments:
Post a Comment