Wednesday 21 February 2018

HENTI MAIN SANDIWARA, JAMAL SUMBANG ‘AS$ 1,800 JUTA’ KEPADA PARTI CAP BUNGA.


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat tidak perlu lagi menagih dan meminta derma dari orang ramai untuk membiayai dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 apabila Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini memberi sumbangan RM7 billion (USD 1,800 Million) sekaligus membolehkan PPBM menghentikan usaha kutipan ini dari orang ramai.
“Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu, cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri.
“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu,” ujarnya sinis kepada media selepas melakukan transaksi `dana’ berkenaan di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment