Sunday, 18 February 2018

SATU RENUNGAN - BOLEHKAH MALAYSIA MENJADI LEBIH BAIK SEKIRANYA PAKATAN BERKUASA?


Dengan pilihan raya umum menjelang tiba, Pakatan Harapan telah mengumumkan calon mereka untuk jawatan Perdana Menteri serta pengagihan kerusi. Mengikut keadaan, gabungan pembangkang yang wujud sekarang ialah yang terkuat sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
Tun Dr. Mahathir yang telah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun telah dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan mengambil alih kerajaan, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan bekas Menteri Besar  Kedah Mukhriz serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Azmin juga termasuk dalam gabungan Pakatan.
Barisan itu sahaja telah menunjukkan sokongan yang kuat terhadap undi asas untuk Pakatan. Sekiranya Pakatan memenangi PRU-14, apakah jenis kedudukan dan keadaan Malaysia akan memasuki? Persoalan ini bernilai untuk direnungkan, sebabnya adalah mudah, sekiranya anda tidak cuba membayangkan, anda tidak akan mampu untuk meyakinkan diri anda untuk mengundi Pakatan.
Dalam satu temu bual yang baru lalu, Mahathir berkata bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk hanya dua tahun sekiranya Pakatan memenangi PRU-14, dan beliau bercadang akhirnya menyerahkan peranan sebagai Perdana Menteri kepada pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim. Mahathir menjelaskan yang Pakatan akan berusaha terbaik untuk mendapatkan pengampunan diRaja untuk Anwar dan supaya beliau boleh bertanding dalam satu pilihan raya kecil untuk menjadi Ahli Parliment, akhirnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.
Mengikut kenyataan tersebut di atas, selepas PRU-14, sekiranya Pakatan mengambil alih kuasa, akan berlaku pilihan raya kecil? Ini bermakna keseluruhan pentadbiran hanya dalam tempoh peralihan? Semua ketidak tentuan dan ketidak stabilan ini dilihat sebagai satu imej kerajaan yang baharu ini?
Kestabilan Ekonomy menjadi kebimbangan besar
Kita perlu membuat analisis satu persatu, pertama mari kita buat analisis hubungan antara dasar kestabilan dan pembangunan ekonomy. Kitaran kuasa politik merupakan fenomina semula jadi dalam demokrasi, tetapi apakah jenis impak ke atas  Malaysia di mana pengalaman pemindahan kuasa politik merupakan pengalaman  pertama? Mungkinkah modal asing menjadi satu kebimbangan? Mungkinkah akan ada impak negatif di atas ekonomi, terutama ia telah dinyatakan bahawa ia merupakan sebuah peralihan kepimpinan yang baharu? Semua elemen ini sukar  dibayangkan apa akan berlaku.
Ketidak stabilan dasar kerajaan ialah penghalang utama bagi pelaburan asing, akan ada lagi faktor ketidak tentuan tambahan apabila Mahathir berundur selepas dua tahun , situasai ketidak pastian ini dijangkan akan menjadi lebih teruk.
Kestabilan pembangunan ekonomi telah menjadi kaitan yang tersembunyi utama; ini merupakan satu isu yang Pakatan harus selesaikan sebelum pilihan raya umum. Yang lepas parti pembangkang hanya mempunyai slogan dan tiada dasar yang praktikal. Pemimpin Pakatan yang ada sekarang merupakan pemimpin yang sedang berkuasa; Pakatan harus mengambil initiatif untuk menyatakan apakah rancangan masa hadapan atas isu ini. Rancangan masa hadapan haruslah tidak berbentuk populis menjanjikan bulan, bintang dan cakrawala kerana rakyat sekarang amat bijaksana untuk menilai kemampuan Pakatan berasaskan trek rekod dua kerajaan Pakatan yang ada sekarang iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Rakyat menjadi alat politik
Kedua, kita harus merenungkan ke atas hubungan kait antara hala tuju politik dan pembangunan politik.
Setelah Pakatan mengambil alih sebagai parti memerintah Tun Mahathir akan sekali lagi menjadi Perdana Menteri; adakah pemimpin asal pembangkang berkeras ke atas penyiasatan yang bersungguh-sungguh terhadap apa yang mereka telah lemparkan tuduhan kepada Mahathir untuk beberapa tahun sebelum ini? Ini amat bernilai untuk direnungkan.
Mereka yang menganjurkan kitaran kuasa parti politik berharap untuk melihat semak dan imbang terhadap dua barisan hadapan. Semuanya adalah untuk kepentingan rakyat; tetapi evolusi politik sekarang telah bertukar kepada mengutamakan kepentingan parti politik bukannya rakyat; adakah itu apa yang rakyat Malaysia mahu lihat? Ini juga apa yang Pakatan perlu jelaskan dengan nyata kepada rakyat dan menenengkan mereka. Hala tuju politik yang berdasarkan kepentingan parti politik akan menghasilkan rakyat akan menjadi alat politik kepada parti politik; jika ia berlaku ini merupakan satu tragedi buat Malaysia.
Oleh itu, penyokong Pakatan Harapan harus sedar apa yang mereka perjuangkan, bukan berjuang kerana untuk berjuang tanpa sebarang matlamat yang jelas.
Tiga faktor yang tidak diketahui untuk Anwar menjadi Perdana Menteri
Ketiga, tempoh peralihan selepas pemindahan kuasa Perdana Menteri. Tidak diketahui sama ada Pakatan akan mampu membebaskan Anwar daripada penjara, tidak diketahui sama ada Anwar akan memperolehi pengampunan diRaja, bagaimanapun ketua negara DYMM Yang diPertuan Agong bukanlah instrument politik parti dan bukan tertakluk kepada belas kasihan parti politik. Bahkan sekiranya  Anwar dibebaskan ia masih tidak diketahui sama ada beliau boleh memenangi pilihan raya kecil. Meletakkan ketiga-tiga faktor yang tidak diketahui itu ketepi, sekiranya semuanya berjalan dengan baik seperti mana yang disebut oleh Pakatan, ia juga tidak diketahui sama ada Pribumi akan menguasai keseluruhannya, dan ini merupakan perkara yang tidak diketahui, sekiranya ia berlaku ini mungkin membawa maut kepada Pakatan Harapan.
Mengikut keadaan sekarang,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah mewujudkan hiruk-pikuk yang hebat dalam satu himpunan Pakatan hanya kerana perbezaan di dalam pembahagian kerusi, apabila melibatkan kepada kedudukan kuasa tertinggi dalam kuasa eksekutif, adakah Pribumi akan mewujudkan hiruk-pikuk sekali lagi? Pakatan akan sudah tentu menafikan ini, tetapi sama ada Pribumi akan berkongsi kekayaan dan kemulian bersama apabila berkuasa masih lagi menjadi satu isu realiti politik.
Sebagaimana pepatah mengatakan , “Untuk berkongsi kesusahan adalah mudah, untuk berkongsi kekayaan dan kehormatan adalah sukar”, sekarang semua parti mempunyai musuh yang sama, tetapi satu hari apabila mereka berkuasa dan mengawal punca kekayaan negara, ketika itu akan ada cerita yang berlainan.
Adakah Pakatan akan berpecah selepas tempoh peralihan kerana kepentingan politik, adalah bernilai untuk direnungkan. Ini bukanlah bayangan di atas angin tetapi ia merupakan fakta yang boleh dilihat, perselisihan faham yang serius yang wujud antara PKR dan DAP setelah gabungan membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang. Pakatan di Selangor juga dalam kemajuan yang cacat hari ini di mana menjalin hubungan dengan PAS yang masih lagi wujud. Sekiranya wujudnya sebarang pertelingkahan di dalam parti memerintah, tidak ragu lagi ia mempunyai impak yang besar terhadap negara.
Adakah Pakatan akan membawa lebih baik pembangunan kepada negara setelah berkuasa? Ini adalah satu soalan akhir, sama ada Pakatan akan berkuasa tertakluk kepada jawapannya terhadap tiga persoalan tersebut di atas. Rakyat mahu melihat harapan dan masa depan untuk pembangunan negara; soalan pilihan-berganda ini adalah juga sama di dalam pilihan raya.
Sekira persoalan ini dapat diselesaikan, gabungan yang menganjurkan membuang ‘undi rosak’ akan secara automatik gagal. Mengapa ada satu cadangan untuk undi rosak? Sebab rakyat tidak mahu sekali lagi memilih salah satu epal busuk, rakyat berharap untuk melihat epal yang baik, walaupun ia sudah digigit.
Epal yang busuk haruslah diadili dan dipenjarakan seperti mana yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat (sekarang Pakatan Harapan) dahulu, atas segala salah laku dan salah guna kuasa ketika memerintah selama 22 tahun,

No comments:

Post a Comment