Tuesday 20 February 2018

LAPORAN - PERTANDINGAN TIGA PENJURU DIJANGKAKAN DI 106 KERUSI MAJORITI MELAYU.


PRU-14 dijangkakan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi majoriti Melayu yang berjumlah 106 kerusi Parlimen.
UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangkakan bertemu di dalam 44 kerusi parlimen, sementara 35 kerusi yang lain akan dilihat UMNO, PAS dan PKR bertanding, dan dengan baki 27 kerusi ditandingi antara UMNO, PAS dan PAN, menurut satu laporan NST yang telah memetik kajian terhadapnya.
Ia menyatakan bahawa UMNO amat berminat mensasarkan 121 kerusi yang telah ditandingi pada PRU-13, dan sekiranya berlaku pertukaran dengan parti komponen Barisan Nasional, ia berdasarkan pengundi kaum yang majoriti di kawasan itu.
Bagaimanpun, satu lagi kajian juga memberi jaminan yang pertandingan tiga peluru dijangkakan melebehi 100 konstituensi pada PRU-14 tidak akan memberi kesan undi di kawasan majoriti Melayu.
Berdasarkan pengagihan kerusi yang diumumkan oleh pakatan pembangkang bulan lepas, walaupun tidak ada penguman rasmi kerusi mana akan ditandingi, PPBM berkemungkinan bertanding di kerusi tradisi kubu kuat UMNO, ini bermakna daripada  52 kerusi yang telah diagihkan kepada PPBM oleh pakatan pembangkang, 45 kerusi akan merupakan di kawasan tradisi kubu kuat UMNO.
Hanya 4 kerusi yang diagihkan kepada PPBM akan bertanding di kerusi bukan tradisi  UMNO, tetapi dimenangi parti komponen BN pada PRU-13 — seperti Tapah (MIC), Simpang Renggam (Gerakan), Alor Gajah dan Tanjung Piai (kedua-duanya MCA).
PPBM juga akan meletakkan pertaruhan ke atas kerusi Parlimen Tumpat, di mana merupakan kerusi tradisi PAS sehingga pembelotan oleh bekas Ahli Parlimen PAS Datuk Kamaruddin Jaafar yang menyertai PKR.
Semua kerusi yang bakal ditandingi PAN merupakan kerusi tradisi kubu kuat PAS.
PKR juga menetapkan untuk terus bertanding di kerusi yang ditandingi pada PRU-13, yang banyak daripadanya merupakan kerusi tradisi PAS sebelum pembentukan  Barisan Alternatif yang sekarang sudah dibubarkan dan, kemudian, Pakatan Rakyat yang juga telah dibubarkan.
PAN sedang memerhatikan kerusi parlimen Ayer Hitam, di mana pakatan pembangkang telah memutuskan ia milik DAP, termasuk dua lagi kerusi.
Satu laporan NST telah meramalkan bahawa pertandingan tiga penjuru melibatkan  UMNO, PAS dan Parti Amanah Negara dijangkakan memihak kepada UMNO.
“PAS, sementara itu, mengisytiharkan matlamat untuk bertanding sebanyak 130 kerusi, iaitu sembilan kerusi melebihi yang ditandingi pada PRU-13. Kebanyakkan kerusi adalah kerusi tradisi kubu kuat PAS sebelum menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan kemudian Pakatan Rakyat pada 2008, selepas itu kebanyakkan kerusi itu telah ditandingi PKR.
 Kerusi yang dimaksudkan ialah Permatang Pauh, Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Kebanyakkan kerusi di Selangor, Penang dan Perak,” menurut laporan itu.
Kebanyakkan kerusi PAS akan mencabar UMNO, melainkan 11 kerusi. Ini termasuk kerusi MCA seperti Parlimen Alor Star, Lumut, Pandan, Bandar Tun Razak dan Ayer Hitam, kerusi MIC seperti Parlimen Kota Raja dan Teluk Kemang, dan kerusi Gerakan seperti Parlimen Simpang Renggam.
Artikel itu juga memetik kemungkinan PAS meletakkan calon di empat kerusi di  Sabah seperti Parlimen Semporna, Kalabakan, Batu Sapi dan Kinabatangan, dan lapan kerusi di Sarawak seperti Parlimen Limbang, Batang Sadong, Batang Lupar, Kota Samarahan, Petrajaya, Sibuti, Igan dan Tanjung Manis. Ini berdasarkan kepada rekod pada PRU-13.
Berdasarkan keputusan PRU-13, kesan daripada pertandingan tiga penjuru yang melibatkan UMNO, PAS dan PAN menunjukkan berkemungkinan memihak kepada UMNO, sebagaiman yang ia telah memenangi kerusi ini pada pilihan raya umum yang lalu.
Parti serpihan PAS, PAN, tidak boleh berundur malu menghadapi PAS pada PRU-14, memandangkan pakatan pembangkang telah mengagihkan 27 kerusi yang dimiliki PAS kepada pihak parti yang bergantung harapan.
Kerusi Parliamen yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga melihat pertandingan tiga penjuru.
Juga, 29 kerusi kawsan parlimen diwakili oleh menteri dan timbalan menteri BN dijangkakan melihat pertandingan tiga penjuru.
Pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad dengan meluas dijangkakan menghadapi dua cabaran, tanpa menghiraukan sama ada beliau memilih untuk kembali kepada kubu kuat beliau Kubang Pasu atau bertanding di Langkawi atau Putrajaya.

No comments:

Post a Comment