Wednesday, 14 February 2018

MENGAPA RAFIZI DIPENJARA? - PENJELASAN YANG MUDAH SEPERTI A, B DAN C.





Pengarah Strategik BN
Datuk Eric Lim Sian See atau Eric See-To

Q. Apa yang berlaku?
A. Rafizi disabit kesalahan kerana melanggar undang-undang akta kerahsianan perbankan dengan mendedahkan penyata akaun bank orang lain pada satu sidang akhbar pada Mar 12, 2012.
Q. Tahun 2012 huh? Tetapi ini 2018. Mengapa terlalu lama?
A. Sebab Rafizi melewat-lewat perbicaraan ini. Beliau mencabar untuk menukar hakim, beliau mencabar akata BAFIA dengan mengatakan ia tidak berperlembagaan. Dan beliau kalah, beliau merayu – menyebabkan bertahun tergendala daripada kes  BAFIA yang sebenarnya.
Q. Apakah yang beliau dedahkan dalam sidang media itu?
A. National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC Sdn Bhd) itu telah menggunakan sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah daripada kerajaan untuk membeli kondominium.
Q. OMG! Apa yang benar?
A. Tidak. Dalam satu saman fitnah terhadap sidang media yang sama yang difailkan oleh NFC Sdn Bhd, Rafizi telah didapati berbohong. Beliau telah diarahkan membayar sebanyak RM300,000.00 ganti rugi kepada NFC.
Q. RM300k? Kasihan Rafizi. Bolehkah beliau membayarnya?
A. Ya boleh, beliau memohon derma daripada orang awam dan membayar RM300k.
Q. Oleh itu, sekiranya apa yang Rafizi dakwa dalam sidang medianya menggunakan penyata bank sebagai pembohongan, apakah yang sebenarnya yang Rafizi “whistle-blow”atau dedahkan?
A. Beliau mendedahkan pembohongan. Hakikatnya Rafizi bukanlah orang yang pertama mendedahkan permasalahan dalam projek lembu NFC. Laporan Ketua Odit Negara kerajaan bagi tahun 2010 mendedahkan ini bukannya Rafizi.
Q. Tetapi adakah Rafizi dilindungi sebagai seorang whistle-blower atau pendedah penyelewengan?
A. Tidak. Beliau tidak mendaftarkan dirinya sebagai Whistle-blower di bawah Akta  Whistle-blower 2010 dan juga tidak mematuhi peruntukan di bawah akta itu. Oleh itu beliau tiada kelayakan sebagai seorang whistle-blower atau pendedah penyelewengan.
Q. Tetapi apakah pentingnya tentang mendedahkan penyata akauan orang lain?
A. Ia amatlah penting memandangkan kerahsiaan perbankkan adalah asas kepada sistem perbankan kita bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Fikirkanlah sekiranya kami mendedahkan akaun bank anda dan penyata kad kredit anda kepada teman wanita anda atau kepada umum. Kami pasti anda tidak mahu itu berlaku kerana ia telah mencabuli hak persendirian anda.
Q. Tetapi bagaimana mahkamah tidak beri peluang? Sekurang-kurang sekali sebab Rafizi kelihatan seorang yang sopan santun(walaupun sedikit bodoh kerana berbohong).
A. Tidak boleh. Sekiranya mahkamah mengatakan ia bukan sebagai jenayah kerana mendedahkan penyata akaun milik orang lain, kemudian ini akan menjadi kes contoh untuk kes yang lain di masa akan datang. Ini bermakna kerahsiaan perbankan akan tidak lagi wujud di Malaysia.
Q. oic.. tetapi apakah tentang wang berjumlah RM250 juta itu?
A. Ia merupakan pinjaman mudah – bukan wang percuma kepada NFC. NFC masih lagi perlu membayar balik pinjaman tersebut dengan faedah berjumlah RM5 juta setahun. Ia bukan seperti RM305 juta pembayaran yang dilaporkan lebih bayar untuk projek Terowong Dasar Laut kerajaan DAP Pulau Pinang di mana wangnya tidak mungkin akan dapat diperolehi kembali.
Q. Maaf, melencong sedikit. Ya, RM305 juta hanya untuk bayar penyediaan laporan keboleh laksanaan projek yang mengelirukan terutama apabila tiada jalan mula dibina dalam tempoh 5 tahun hingga sekarang. Apakah  “whistle-blower” seperti Rafizi telah kata tentang projek Terowong Dasar Laut ini?
A. Tiada apa-apa. Eeelek poucii…diam seribu bahasa.
Q. Tetapi bukankah Rafizi seorang whistle-blower?
A. Baiklah, malah sekiranya beliau sedemikian, beliau ialah seorang whistle-blower yang memilih mangsa untuk kepentingan dirinya dan parti yang beliau anuti. Ingat tak bahawa Rafizi pada satu ketika pernah mengaku bahawa tugas beliau ialah untuk menghasut rakyat tiap-tiap hari untuk membenci kerajaan.
Q. Benarkah beliau telah mengaku sedemikian atau anda mungkin melawak?
A. Ya memang benar. Lihatlah video berikut sebagai bukti pengakuan beliau:
                      

Q. Okay, okay. Adakah NFC pernah membayar balik pinjaman mudah itu?
A. Ya. NFC telah membayar balik secara anuran setiap tahun sehingga tahun 2013 berjumlah RM34.98 juta.
Sejak tahun 2014, mereka tidak lagi boleh membayar balik pinjaman itu kerana kerajaan telah membekukan akauan mereka menunggu penyiasatan.
Q. Oleh itu apa yang berlaku terhadap tunai dan aset syarikat tersebut?
A. Ia masih dibekukan oleh kerajaan, yang sedang memperolehi wang yang dipinjam.
Q. Bolehkah sejumlah RM250 juta itu diperolehi kembali?.
A. Terdapat dua tawaran daripaga syaraikat ushasama asing-tempatan untuk membeli projek itu yang mana akan menyelesaikan keseluruhan pinjaman syarikat. Tetapi kerajaan tidak memberi kelulusan kerana ia dalam siasatan ketika itu.
Q. Pernahkah syarikat itu benar-benar menternak lembu?
A. Ya. Menurut Laporan Jabatan Odit Negara menyatakan mereka menternak hampir  4,000 ekor lembu pada tahun 2010 tetapi merupakan hanya 40% daripada sasaran yang dipersetujui.
Q. 40%? Tetapi apakah yang menjejaskan prestasi NFC Sdn Bhd ?
A. NFCorp Sdn Bhd sebenarnya telah memesan 8,000 ekor lembu untuk memenuhi keperluan. Tetapi dsebabkan pihak kerajaan gagal memenuhi komitment mereka dalam pembinaan pusat penyembelihan berkualiti untuk tujuan eksport dan jalan ke kawasan projek, ia telah menjejaskan prestasi NFC. Ini telah menjurus kepada NFC corp menangguhkan rancangan mereka. Sebenarnya dalam Laporan Ketua Odit Negara ketika itu, mereka amat kritikal tentang prestasi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dalam komitmen pembangunan kemudahan asas projek tersebut yang mana telah menjejaskan prestasi projek NFC.  
Q. Oleh itu kelewatan disebabakan oleh kerajaan. Bagaimana ini telah memberi kesan kepada NFC?
A. NFCorp Sdn Bhd masih perlu untuk membayar faedah tahunan pinjaman. Oleh itu dengan wang lebih, mereka melabur dalam beberapa harta – tanah dan kondominium untuk memperolehi pulangan untuk membayar balik faedah untuk pinjaman mudah. Melabur dalam hartanah di bawah nama syarikat (bukan nama individu) dibenarkan mengikut perjanjian pinjaman.
Q. Oleh itu, apa terjadi kepada kondo dan tanah?
A. Tentang sebarang pelaburan hartanah pada tahun 2010-2011, semuanya bertambah nilai dengan harga yang teguh. Semuanya di bawah nama syarikat bukan di bawah nama individu.
Q. Berbalik kepada Rafizi. Apakah akibat sidang media beliau pada March 2012?
A. Selain daripada beliau tidak semena-mena dipenjarakan selama 30 bulan dan beliau digelar pembohong dan terpaksa membayar ganti rugi RM300k, penipuan dan provokasi beliau dicipta untuk memusnahkan syarikat tersebut dan projeknya – telah sabotaj rancangan kerajaan untuk berdikari mengurangkan pengimportant daging lembu.
Q: Adakah sebarang tindakan juga diambil terhadap NFC?
A: Ya ada, selain disasat dan dilepaskan oleh SPRM dan polis, pengerusi mereka  Dr Mohamad Salleh telah didakwa kerana tidak mendapat kelulusan daripada lembaga pengarah untuk membeli hartanah di bawah nama syarikat. Setelah proses perundangan yang begitu panjang, beliau dilepaskan daripada pertuduhan. Mahkamah mendapati beliau tidak bersalah sebagaimana yang ditomah oleh Rafizi.

No comments:

Post a Comment