Monday, 19 February 2018

EKONOMI NEGARA - DISEBALIK SABOTAJ OLEH PEMBANGKANG


Jika diumpamakan peperiksaan, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah lulus cemerlang dalam prestasi ekonomi 2017. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.9 peratus bagi tahun lalu seperti diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Ia melepasi unjuran kebanyakan penganalisis termasuk Bank Dunia. Sebagai rakyat Malaysia kami bersyukur pencapaian di luar jangka ketika ekonomi dunia berkembang perlahan. Pertumbuhan ini lebih tinggi berbanding 4.2 peratus dan 5 peratus dicatat pada 2016 dan 2015.

Prestasi ringgit mengukuh 10.4 peratus sepanjang 2017, penggunaan swasta berkembang 7 peratus dan prestasi eksport mencatat pertumbuhan 12.4 peratus.

Banyak lagi petunjuk positif yang semua itu bukan datang bergolek tetapi hasil perancangan dan kerja keras pasukan pentadbiran Perdana Menteri, BNM, pelbagai pihak dengan dokongan rakyat Malaysia.

Namun ia menjadi petanda buruk Pakatan Harapan. Pada kami, prestasi ekonomi negara 2017 adalah terbaik jika mengambil kira gerakan terancang para pemimpin Pakatan mensabotaj ekonomi negara.

Segala gembar-gembur sejak tiga tahun lalu konon negara akan muflis, ternyata pembohongan. Ia sama dengan gejala berita palsu yang memburukkan imej media sosial dan tidak boleh dipercayai, begitu juga kemusnahan jenama Pakatan Harapan. Bayangkan tanpa segala usaha sabotaj, ekonomi Malaysia pasti lebih hebat.

No comments:

Post a Comment