Wednesday 28 February 2018

AMARAN KERAS HADI : JANGAN JADI ALAT PARTI POLITIK TOLAK ISLAM.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran keras terhadap umat Islam agar tidak menjadi ahli, penyokong atau alat kepada parti yang menolak perjuangan Islam.

Walaupun tidak menyebut secara langsung, namun melalui gambaran yang diberikan Abdul Hadi antarnya konsep Malaysian Malaysia, ia jelas menunjukkan parti yang dimaksudkan Ahli Parlimen Marang menerusi artikel bertajuk Tolak parti yang menggugat agama dan perpaduan itu adalah DAP.

Menguatkan hujahnya, Abdul Hadi berkata, umat Islam boleh berbeza pendapat dalam perkara atau cabang, namun diharamkan untuk berpecah dalam perkara dasar, menyentuh akidah dan mengancam kedaulatan Islam.

“Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokong atau alat termasuk menjadikan rakan setia untuk perjuangan parti (DAP).

“Maka wajib yang bersekongkol dengan parti menentang Islam dan bersekongkol bersamanya sehingga berani melakukan apa sahaja yang menghalang cita-cita Islam atau berbelit-belit dijalanan politiknya, supaya kembali ke pangkal jalan,” katanya menerusi artikel yang disiarkan menerusi portal Harakahdaily di sini kelmarin.

Sebelum ini, krisis antara PAS dan DAP timbul pada 2015 apabila wujud pertikaian membabaitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan memperkasakan Mahkamah Syariah.

DAP turut mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan PAS bertegas mahu melaksanakan hukum tersebut dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan kononya parti itu tidak pernah anti-Islam atau anti-Melayu walaupun berulang kali dilabelkan sedemikian oleh PAS. Hakikatnya itu merupakan satu penafian sahaja sebagai satu muslihat DAP untuk meraih undi orang Melayu Islam supaya boleh berkuasa. Dengan hanya undi kaum Cina sahaja walaupun sembilan puluh peratus, mereka mungkin tidak boleh menguasai negara ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang bukan Islam juga hendaklah menolak parti itu demi keselamatan dan kententraman awam negara ini.

“Kalangan bukan Islam pula wajib menolak rakan mereka yang tidak bermasyarakat madani dan majmuk yang mengancam keharmonian antara kaum dan agama,” katanya.

Katanya, adalah menjadi hak wajib kepada umat Islam yang menjadi masyarakat awal di negara ini dan bersifat dominan dalam negara ini untuk menegakkan Islam dan dalam masa sama memberi hak yang adil kepada kaum dan agama lain.



No comments:

Post a Comment