Thursday 1 March 2018

SATU LAGI ‘FAKE NEWS’ TERKINI DARIPADA SARAWAK REPORT.


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan tegas menyangkal kenyataan oleh Sarawak Report dalam blognya dan posting Facebook hari ini.
Dalam satu kenyataan KWSP hari ini, mereka menyatakan, tidak pernah mempunyai sebarang urusan mahupun mengadakan sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Matrai mahupun mana-mana pihak yang dinyatakan oleh Sarawak Report.
Oleh itu, tiada sebarang pemindahan bon mahupun sebarang bentuk dana kepada syarikat-syarikat, pihak atau individu berkenaan telah berlaku sebagaimana yang didakwa,” kata jurucakap KWSP.
Menurut jurucakap KWSP, satu ‘Letter of Indemnity’ palsu bertarikh Aug 20, 2015 yang dialamatkan kepada Gyorgy Matrai daripada Limage Holding S. A. mendakwa satu perjanjian di antara KWSP dan Limage Holdings S.A. telah dimaklumkan kepada KWSP pada Oct 26, 2015.
Memandangkan ini jelas merupakan dokumen yang dipalsukan , KWSP telah membuat laporan polis pada Oct 28, 2015.
Satu ‘Letter of Award’ (LOA), bertajuk ‘Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF’ daripada TripleNiceTales Sdn Bhd bertarikh May 18, 2015 telah dimaklumkan kepada KWSP pada Feb 24, 2016,” kata jurucakap itu.
Memandangkan ada pihak ketiga menyalahguna nama KWSP dan disyaki ia melibatkan penipuan, kata jurucakap KWSP, telah membuat laporan polis pada Feb 26, 2016 dengan menyatakan tidak mempunyai pengetahuan mahupun terlibat di dalam transaksi yang dirujuk di dalam LOA itu.
Penglibatan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis telah dimaklumkan kepada KWSP pada Jan 20, 2017, dan satu laporan polis telah dibuat pada Jan 23, 2017 menyatakan yang KWSP tiada pengetahuan mahupun terlibat di dalam sebarang transaksi pelaboran dengan Ladylaw Securities mahupun Nic Manikis,” kata jurucakap KWSP.
Dana itu menyatakan skim sedemikian tidak akan terlepas daripada rangka kerja kawalan yang tegap dan kukuh.
Sebelum sebarang keputusan pelaburan dibuat, proses kawalan kami memerlukan semua cadangan tertakluk kepada penilaian risiko yang ketat dan ketelitian oleh pengurusan.
Semua kelulusan harus melalui Jawtankuasa Pengurusan Pelaburan untuk sokongan sebelum dimajukan kepada Panel Pelaburan untuk kelulusan terakhir,” kata jurucakap itu.
Panel Pelaburan mengandungi profesional dalam industri, ahli kanan dalam pengurusan KWSP, Bank Negara Malaysia dan pihak kerajaan.
Kami terus setia di dalam melaksanakan mandat kami untuk melindungi dan menjaga simpanan ahli kami,” kata jurucakap KWSP itu.

No comments:

Post a Comment