Tuesday, 6 March 2018

KRISIS AIR KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERMULA HARI INI - SEKALI LAGI DUA JUTA WARGA LEMBAH KELANG DAN SELANGOR MENDERITA.


Bermula hari ini, dianggarkan lebih 2 juta pengguna di Lembah Klang termasuk Selangor berdepan dengan deritaan apabila mereka menghadapi masalah ganguan bekalan air untuk bebarapa hari.

Gangguan yang bermula pukul 8 pagi ini melibatkan 427 kawasan merangkumi Kuala Lumpur,Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat sekali gus merencatkan aktiviti harian rakyat.

Lebih menyusahkan, ia ganguan terbesar kali kedua untuk tahun ini sahaja selepas masalah sama melanda penduduk Lembah Kelang pada 24 hingga 26 Januari lalu.

Alasan diberikan yang membawa kepada gangguan bekalan air itu ialah kerja-kerja penambahbaikan oleh Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Bagaimanapun, di sebalik alasan diberikan Splash, Pengerusi Ubah Selangor, Jefrizal Mohd. Jaafar berkata, gangguan air yang tidak pernah kunjung selesai di Selangor adalah berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri.

“Jika Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak melewat-lewatkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor, saya fikir masalah ini tidak akan berlarutan.

“Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya telah mengusahakan proses itu dijalankan, namun disebabkan insiden ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan Mohamed Azmin mengambil alih, semuanya tergendala.

“Hari ini, projek Langat 2 hanya akan dapat disiapkan pada 2022, sedangkan jangkaan asal pada 2017. Penstrukturan semula industri air juga tidak disempurnakan dan akhirnya rakyat jadi mangsa,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Jefrizal berkata, jika langkah penyelesaian itu dilaksanakan Mohamed Azmin, pengeluaran air terawat di negeri ini sudah tentu dapat ditingkatkan pada tahap 20 peratus termasuk kadar margin simpanan.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, kononnya cuba menafikan kelemahan kerajaan negeri dalam isu tersebut.

“Sebenarnya ia bukan catuan air, tetapi penyelenggaraan berjadual di Loji Rawatan Air SSP3 yang akan mengambil masa dua hingga tiga hari mengikut kawasan,” ujarnya.

Tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, pihak berkuasa air Selangor tidak pernah melakukan sebarang penyelenggaraan walaupun kerajaan Persekutuan telah melabur lebih RM22.3 bilion sepanjang 2010 hingga 2018 untuk infrastruktur bekalan air termasuk projek mitigasi dan skim penstrukturan semula industri air berkenaan.

Di Selangor, katakan berlaku paip bocor, sepatutnya digantikan baharu tetapi apa mereka lakukan cuma simenkan atau tampal sahaja, sedangkan paip itu sudah begitu lama dan berkarat, selain itu, terdapat kira-kira 1,000 tangki air yang boleh dikatakan kosong atau tidak berfungsi sepenuhnya kerana margin simpanan air yang rendah.

Jikalau rakyat tidak percaya bahawa penyelenggaraan tidak dibuat, tunggu selepas catuan ini, bekalan air yang disalurkan ke rumah-rumah anda amat kotor penuh dengan karat (kerana paip yang lama) dan selut atau lumpur serta berbau. Ini menunjukkan air di bawah simpanan aras yang rendah telah dipam ke rumah anda yang mengandungi selut atau lumpur. Inikah yang mereka katakan penyelenggaraan dan bukan catuan?




No comments:

Post a Comment