Sunday 18 March 2018

SATU LAGI GAMBAR GUAN ENG DENGAN DATUK SERI GANARAJA MENJELMA


Tidak sampai seminggu setelah satu gambar Ketua Menteri Pulau Pinang  Lim Guan Eng sengan seorang ahli perniagaan yang sedang disiasat kerana rasuah yang ada kaitan dengan Projek Trowng Dasar Laut disiarkan, satu lagi gambar menjelma terhadap kedua-dua orang itu.
Gambar itu, yang telah di tular sejak di postkan oleh pengguna Facebook Sarah Farhana, menunjukkan Lim dan seorang yang mempunyai raut wajah merupai  “Datuk Seri” tersebut di tempat duduk belakang kereta yang dikatakan miliki oleh salah seorang boss konsortium trowong dasar laut dan lebuh raya tersebut.
Gambar yang terkini muncul setelah tindak balas Lim terhadap gambar awal, telah disiarkan oleh beberapa media arus perdana, dengan menunjukkan gambar Datuk Seri yang sama bergambar dengan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Star Media Group Wong Chun Wai.
Wong memberi respon dengan mengatakan yang banyak gambar beliau diambil dengan orang yang beliau tidak kenal di majlis yang beliau hadiri. Dalam jawapan beliau telah mengambil perhatian bahawa beliau memakai kasut dalam gambar itu.

Wong telah merujuk kepada gambar pertama Lim dengan Datuk Seri di mana kedua-dua kelihatan tanpa kasut, nampaknya menunjukkan ia diambil dalam rumah seseorang.
Lim memikirkan untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap beberapa organisasi media, berikutan penyiaran gambar beliau dengan ahli perniagaan itu, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Minggu lepas, jurucakap pejabat ketua menteri telah menyatakan adalah perkara biasa untuk tokoh awam seperti beliau diambil gambar dengan banyak orang, termasuk orang yang beliau tidak kenal.
Benarkah itu? Jika tidak kenal, macam mana boleh bawa masuk ke dalam rumah. Atau sekira rumah itu bukan miliknya, macam mana beliau boleh masuk ke rumah orang yang beliau tidak kenal?
Jurcakap pejabat Lim telah menyatakan pemimpin DAP telah juga bergambar dengan ahli perniagaan yang ada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bertanya sekiranya itu bermakna yang Lim juga ada kaitan dengan kontroversi 1MDB.
Pertama sekali betulkah dakwaan itu? Sekiranya betul siapakah pemimpin DAP dan ahli perniagaan yang ada kaitan dengan 1MDB itu? Hakikatnya kontroversi 1MDB ialah konspirasi fitnah yang telah dicipta oleh Lim dan rakan-rakan pembangkang, di mana setelah tiga tahun ia diperkatakan, namun ia masih gagal untuk menunjukkan sebarang bukti yang sahih sehingga kini.  
SPRM telah baharu-baharu ini menahan seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” untuk siasatan atas dakwaan yang beliau menerima RM19 juta untuk menutup siasatan rasuahmelibatkan projek trowong dasar laut.
Ahli perniagaan berumur 37 tahun itu telah dibebaskan atas jaminan RM150,000 setelah ditahan 11 hari oleh SPRM untuk siasatan.
SPRM sedang menyiasat sama ada ahli perniagaan itu, yang isterinya seorang pemimpin NGO, telah menerima wang daripada kontraktor induk projek yang didakwa.

1 comment:

  1. I was surfing the Internet for information and came across your blog. I am impressed by the information you have on this blog. It shows how well you understand this subject. Chip Eng Seng Real Estate Developer

    ReplyDelete