Sunday, 4 March 2018

TAMATLAH KERAJAAN YANG BERTERASKAN MELAYU DAN ISLAM APABILA MAHATHIR SANGGUP MENGKHIANATINYA DENGAN MENJADI UMPAN KEPADA DAP UNTUK MERAIH UNDI MELAYU?


Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menikmati pelbagai keistimewaan sebagai Perdana Menteri di bawah panji-panji Barisan Nasional (BN) dan dihormati sebagai Presiden UMNO selama 22 tahun ternyata sanggup merendahkan martabatnya apabila kelmarin menyatakan bersedia menjadi ‘umpan’ untuk menarik sokongan Melayu kepada Pakatan Harapan yang dikuasai DAP untuk memerintah negara ini.

Sebelum ini kita sudah mendengar bagaiman Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau rela menjadi ‘kuli’ atau ‘hamba’ dalam membantu pakatan yang dikuasai DAP itu menumbangkan BN dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut jelas membuktikan dendam politik mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN sudah tidak mampu dibendung lagi.

Walaupun mengetahui tidakan tersebut mampu meruntuhkan kuasa politik Melayu Islam sejak mencapai kemerdekaan, namun bekas Perdana Menteri itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah tidak peduli lagi.

Ia memandangkan dalam keghairahan untuk menumpaskan BN, mereka sengaja melupakan bahawa yang akan meraihkan keuntungan besar ialah DAP - satu parti yang menjadi musuh ketat ketika kedua-duanya berada dalam kerajaan.

Melalui pengakuan dan kesediaan menjadi ‘umpan’ dan ‘kuli’ atau ‘hamba’ sudah pastilah mereka akan menggunakan apa juga cara bagi mempengaruhi orang Melayu untuk menjatuhkan kuasa politik yang berteraskan Melayu dan Islam yang kini dipertahankan oleh UMNO.

Tak payahlah mahu menipu orang Melayu kononnya PPBM akan berupaya menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan, DAP sudah pasti tidak mengizinkan kerana mereka mempunyai kerusi yang lebih banyak iaitu 38 kerusi Parlimen berbanding hanya 1 kerusi dimiliki PPBM. Itupun sekiranya 1 kerusi itu masih kekal selepas PRU-14. Di dalam politik jumlah angka menentukan kuasa sesebuah parti. Jikalau 1 kerusi atau sifar kerusi macam mana boleh dikatakan parti dominan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang PPBM bagaikan ‘bahtera’ yang semakin terumbang ambing berikutan kemelut dalamnya.

Tetapi Dr. Mahathir dan Muhiyiddin seolah-olah tidak peduli walaupun bantahan demi bantahan oleh ahli-ahli PPBM yang membangkitkan pelbagai isu menuntut mereka menyelesaikannya. Kedua-dua pemimpi itu lebih menutamakan perjuangan politik mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri berbandingkan memanapkan serta mengukuhkan PPBM supaya ia boleh menjadi parti terkuat dalam Pakatan Harapan.

Keadaan ini sudah tentulah menggembirakan DAP kerana jika PPBM kuat ia boleh memberikan masalah kepada DAP, jika PPBM lemah sudah tentu boleh dijadikan ‘kuli’ atau ‘hamba’. Oleh itu DAP hanya membiarkan sahaja Dr.Mahathir dan Mahyiddin dengan kegahirahan untuk menumbangkan BN melalui usaha menarik sokongan orang Melayu sebanyak mungkin. Maka dengan keadaan sedemikian terlaksanalah strategi DAP yang mereka sendiri telah dedahkan sebelum ini, ia itu ‘Use Malays to Screw Malays’. Itu pun banyak orang Melayu masih tidak faham kerana kebebalan serta ketaksuban kepartian melampau yang kelak akan menghancurkan bangsa Melayu. Atau mungkin mereka tidak faham kerana disampaikan mealui video oleh ‘Superman Hew’ dalam bahasa Cina. Tetapi di bawahnya ada sari kata dalam Bahasa Inggeris. Atau mungkin mereka tidak faham Bahasa Inggeris?

Walaupun mungkin DAP tahu salah satu sebab kenapa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sehingga hari ini tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan berpunca kegagalan PPBM mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian, namun DAP tidak akan berkata apa-apa.

Ini memandangkan dengan persetujuan semua parti dalam pakatan itu untuk menggunakan satu logo sahaja jika pendaftaran Paktan Harapan gagal, sudah pasti logo DAP paling sesuai dipakai. Tidak mungkin DAP akan membenarkan pengunaan logo PPBM walaupun Muhiyiddin menyatakan parti itu terbuka jika ada mana-mana calon mahu memakai logo partinya. Itupun sekiranya PPBM tidak diharamkan disebabkan masalah yang dialami sekarang.

Apatah lagi berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan, PPBM merupakan ‘Parti Paling Banyak Masalah atau P.P.B.M.

Oleh itu dalam pertarungan PRU-14, agenda sebenar Dr. Mahathir dan Muhyiddin bukanlah mahu melihat PPBM menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan yang sekali gus boleh mempertahankan kuasa politik Melayu Islam, sebaliknya hanya mahu melunaskan dendam peribadi masing-masing terhadap Perdana Menteri.

Lagipun kalaulah kedua-dua mereka berhasrat memperjuangkan agenda Melayu Islam, ia tidak akan ke mana kerana ‘taiko besar’ Lim Kit Siang pasti tidak membenarkannya, ini sudah menjadi bukti apa yang berlaku kepada PAS sebelum ini.

Justeru orang Melayu Islam jangan ‘termakan umpan’ Dr. Mahathir sehingga akhirnya menyebabkan mereka akan dilayan ‘seperti kuli’ atau ‘hamba’, biarlah peranan ‘umpan’ dan ‘kuli’ atau ‘hamba’ itu berhenti setakat kedua-dua pemimpin tersebut sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan supaya bangasa Melayu tidak menjadi ‘Bangsa Hamba’. 

No comments:

Post a Comment