Tuesday 27 March 2018

PEMBANGKANG DAN PENYOKONG MEREKA CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT ANTARA ‘BERITA PALSU’ DAN ‘KEBEBASAN BERSUARA’.


Hakikatnya ‘berita palsu’ dan ‘kebebasan bersuara’ dua perkara yang berbeza ibarat minyak dan air yang tidak boleh dicampur adukkan. Berita palsu adalah merupakan satu jenayah yang mampu mengugat kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan mana-mana individu, organisasi dan negara. Ia tidak termaktub dalam mana-mana idelogi demokratik di dunia ini, malah akhir-akhir ini banyak negara seperti Perancis, Britain, Ireland dan Jerman telah mula mewujudkan akta ‘berita palsu’.

Bagi ‘kebebasan bersuara’ pula, ia bukan merupakan satu jenayah, tetapi merupakan satu prinsip yang dituntut dalam pelaksanaan demokrasi dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ‘kebebasan bersuara’ telah disebut dengan jelas pada BAHAGIAN II Perkara 10 iaitu kebebasan becakap, berhimpun dan berpersatuan. Malah pada Perkara 10(2)(a) telah menyebutkan dengan jelas bahawa fitnah (berita palsu)merupakan satu kesalahan dalam ‘kebebasan bersuara’. Oleh itu rakyat diharapkan tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang itu.

Kami faham mengapa pembangkang cuba untuk menghalang pengubalan undang-undang ‘berita palsu’itu, sebab ia merupakan senjata yang ampuh untuk mereka memenangi pilihan raya dengan menyemaikan ‘politik kebencian’ terhadap kerajaan. Sebab itulah pada PRU-12 dan PRU-13 walaupun pembangkang gagal menguasai parlimen namun mereka berjaya menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dua pertiga majoriti. Bukan kerana mereka hebat kerana memberi khidmat bakti kepada rakyat atau menunaikan janji kepada rakyat, tetapi kejayaan mereka menafikan majoriti dua kepada kerajaan BN ialah kerana ‘politik kebencian’ yang dimainkan melalui ‘berita palsu’.

Maka langkah untuk mewujudkan Undang-Undang Antiberita Tidak Benar yang jangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan dilihat perlu untuk mengawal penyebaran fitnah dan berita palsu daripada berleluasa.

Walaupun ada pihak yang melihat perkara ini sebagai dipolitikkan dan mempunyai agenda tertentu namun kita perlu berlaku adil kerana masyarakat yang sepatut mendapat faedah terbanyak.

Akta ini yang meliputi medium media sosial dan konvensional, perlu digubal untuk melindungi masyarakat daripada ancaman berita palsu yang semakin melampau dan perlu segera dibendung.

Tidak ada keperluan untuk berasa takut jika tidak terlibat menyebar berita palsu, bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah

Mungkin ada yang sinikal, dan melihatnya dari sudut negatif. Namun keperluan akta ini dalam konteks lebih menyeluruh termasuk soal keselamatan perlu diambil kira.

Akta ini dilihat mampu mengawal ketentraman awam daripada diganggu-gugat yang akhirnya boleh mengancam kestabilan negara.

Dalam hal ini tidak timbul soal sekatan kebebasan hak asasi dan bersuara kerana selagi perlakuan tidak bercanggah dengan lunas undang-undang maka tidak timbul isu. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan jika tidak melakukan kesalahan.

Memandangkan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, soal perpaduan dan sensitiviti sangat perlu diambil kira.

Jika tidak, mungkin berlaku rusuhan dan pergaduhan hanya kerana komen atau posting di dalam media sosial.

Apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara Islam sudah menjadi keperluan untuk umatnya daripada bersekongkol menyebar fitnah dan berita yang tiada kesahihan.

Jika kita lihat kembali kisah Brexit di United Kingdom, kebanyakannya terpedaya dengan janji daripada maklumat palsu dan persepsi bahawa mereka akan raih manfaat jika berada di luar EU.

Tetapi kini baharu mereka sedar bahawa UK berada dalam situasai akan kehilangan lebih banyak faedah yang diterima sebelum ini.

Kita perlu elak perkara yang melibatkan bekas penjajah itu daripada berlaku di sini.

Kita tidak mahu jadi seperti rakyat Korea Utara yang terperdaya dengan dakwaan bekas pemimpin utama mereka Kim Jong-il adalah pencipta hamburger walaupun tanpa media sosial.

Mungkin tidak mustahil pada masa akan datang ada rakyat kita percaya Jong-il ialah pencipta hamburger akibat berita palsu yang gagal dibezakan dalam media sosial.

Maka sudah sampai masa untuk melaksanakan akta ini dengan menyekat fitnah dan berita palsu, selain mengekalkan keupayaan berfikir manusia.

No comments:

Post a Comment