Monday 5 March 2018

RAKYAT SELANGOR HARUS HUKUM AZMIN ALI PADA PRU-14……. TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS DERITAAN RAKYAT KERANA ISU BEKALAN AIR SELANGOR.


Rakyat Selangor akan terus menderita akibat masalah bekalan air berpanjangan selagi kerajaan PKR Selangor tidak melengkapkan perjanjian bagi penstrukturan semula industri air di negeri berkenaan.

Cukup menyedihkan, margin simpanan bekalan air terawat di Selangor ketika ini begitu rendah iaitu pada paras empat peratus iaitu jauh ketinggalan berbanding paras margin yang baik sekitar 15 hingga 20 peratus, mahupun margin simpanan yang dimiliki kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak 34.1 peratus.

Malah, kesan yang ketara adalah 761 pemohon pembangunan baharu termasuk perumahan, komersial dan industri yang bernilai kira-kira RM10 bilion terpaksa ditangguhkan sepanjang 2016 dan 2017 kerana Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak dapat memberi jaminan bekalan air yang mencukupi.

Sehingga kini, penstrukturan semula industri air di Selangor tidak dapat dilengkapkan berikutan kerajaan PKR Selangor masih belum mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) untuk memuktamadkan entiti tunggal Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) yang dimiliki kerajaan negeri.

Perjanjian utama untuk penstrukturan semula yang ditandatangani pada 12hb September 2014 itu melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan PKR Selangor, Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan Air Selangor.

Berdasrkan perjanjian itu, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan kepada kerajaan PKR Selangor untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di negeri berkenaan bagi membentuk Air Selangor.

Sebagai balasan, kerajaan PKR Selangor perlu menyerahkan aset-aset air kepada PAAB dan aset berkenaan akan dipajak semula oleh PAAB kepada Air Selangor berdasarkan ‘sewa pajak’ bagi tempoh 40 tahun, seperti yang dijalankan dalam penstrukturan bekalan air di negeri-negeri lain.

Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah membuat pelaburan bernilai lebih RM14 bilion untuk membantu kerajaan PKR Selangor mengambil alih ekuiti syarikat-syarikat konsesi air namun ia tidak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melksanakan penstrukturan itu.

Akibat kelewatan tersebut, pelbagai inisiatif penaiktarafan aset secara berterusan seperti loji dan paip serta tangki air tidak dapat dilaksanakan, selain itu, sewa pajakan yang tidak dibayar oleh kerajaan negeri sejak 2014 kepada PAAB adalah berjumlah lebih daripada RM700 juta setahun.

Kegagalan kerajaan PKR Selangor menangani isu hutang tertunggak pembelian air terawat kepada Splash yang sudah mencecah lebih daripada RM4 bilion sehingga Januari 2018 telah mengakibatkan dua subkontraktor iaitu Gamuda Water dan Sungai Harmoni gagal menjelaskan bil elektrik tertunggak kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah RM53 juta sehingga September tahun2017.

TNB sudah pun memulakan prosiding mahkamah dan tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan bekalan air di Selangor secara keseluruhan.

Juga, sikap kerajaan PKR Selangor yang sering berubah dasar mengakibatkan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 2017 terpaksa dilanjutkan sehingga 2021.

Projek bernilai RM3.7 bilion yang sepatutnya memberi kesan langsung untuk bekalan air mencukupi dan berkualiti itu telah tertangguh begitu lama sehingga ramai penduduk terpaksa menderita dengan ganguan bekalan air hingga sekarang.

Perjalanan projek LRA Langat 2 kini sepatutnya berjalan lancar namun kegagalan kerajaan PKR Selangor mematuhi perjanjian untuk penstrukturan semula industri air di negari tersebut telah merencatkan kembali kelangsungan projek berkenaan.

Fasa A LRA Langat 2 sudah siap sejak 2 Februari lalu dan kini dalam proses ujian dan pentauliahan dengan bekalan air sebanyak 565 juta liter sehari (MLD) sudah mula disalurkan ke LRA berkenaan dari Pahang.

Bagaimanapun, kegagalan kerajaan PKR Selangor melengkapkan perjanjian penstrukturan mengakibatkan kerajaan Persekutuan pula ketika ini yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar kepada kerajaan negeri Pahang.

Berbanding LRA Semenyih yang hanya mengeluarkan 100 juta MLD, LRA Langat 2 akan mengeluarkan sebanyak 1,130 juta MLD apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

Kerajaan negeri sepatunya perlu menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mematuhi perjanjian, bukan mempoltikannya 24 jam dengan menuding jari terhadap pihak lain apabila timbul masalah. Oleh itu hak rakyat Selangor kepada bekalan air bersih tidaklah boleh dinafikan. Bukanlah dengan mempolitikannya dengan menuding jari terhadap orang lain dapat menyelesaikan masalah rakyat. Hanya kebertanggungjawab yang iklas sahaja dapat menyelesaikan masalah rakyat Selangor.
 

No comments:

Post a Comment