Fikirkanah sekiranya mantan president AS George W. Bush – orang yang menakluk Iraq, menyebabkan penderitaan yang tidak terkata, dan ketidak stabilan Timur Tengah – membuat keputusan untuk kembali semula berkhidmat daripada persaraan.
Fikirkanlah sekiranya beliau mengatakan beliau mahu “menyelamatkan Iraq”, mengungkaikan kotoran Obama, dan membawa keamanan kepada wilayah itu. Dan beliau menunjukkan keseluruh dunia rancangan beliau yang mengkagumkan. Adakah sesiapa mempercayai beliau? Mungkinkah warga Iraq mempercayai beliau?
Inilah bagaimana kami rasa tentang manifesto Pakatan, di mana ia merupakan karya agung yang tidak berharga dalam seni yang tidak-bijak serta ‘tak tau malu’. Percayalah kami, membacanya merupakan pengalaman membaca epik atau syair untuk melahirkan apa yang ada di bawah lapisan kesedaran tanpa memerlukan dadah yang haram untuk mengkhayalkan. Setiap beberapa ayat, ia membuat anda APA ?[IAITU MEMAKI].
Ambil satu jaminan utama Pakatan: Jawatan perdana menteri, menteri besar, dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal sahaja. Oh benarkah sekarang? Kami kira itu tidak digunakan kepada calon PM mereka, yang telah menjadi PM selama 22 years. Menurut perkiraan kami yang diakui sebagai perkiraan amatur, itu melebihi empat penggal.
Yang lebih teruk, kemudian Pakatan menjelaskan bahawa had tempoh penggal tidak digunakan (diundurkan tarikh) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atau Menteri Besar Selangor Azmin Ali. Lim sekarang masuk ke penggal ketiga sebagai Ketua Menteri.
Lihatlah, sekiranya mereka ingin megadakan satu peraturan yang bodoh (dan kami menentang had penggal), sekurang-kurangnya mereka mematuhi peraturan mereka lah. Mengapa membuat hipokrasi mereka secara terang-terang, ia amat tercela?
Manifesto mereka juga menyebut secara detail banyak kerosakan dilakukan oleh Umno-BN terhadap rakyat. Zalim ini, kezaliman itu. Tetapi siapakah sebenarnya bertanggungjawab terhadap semua kezaliman dan kesalahan yang mereka sebut? Berikut adalah beberapa contoh yang berguna:
Mereka mengitik monopoli Astro dan Bernas Tetapi siapakah PM semasa monopoli itu di bentuk?
Mereka mengkritik perjanjian tol lebuhraya yang berat sebelah. Tetapi siapakah PM semasa perjanjian toll itu ditandatangan?
Mereka mengkritik kronisme yang berleluasa. Tetapi siapakah PM yang mereka salahkan dahulu terhadap berleluasanya kronisme? Pergi dan lihatlah klip video ceramah mereka pada 2008 dan 2013.
Apa yang kelakar ialah, setengah jalan melalui manifesto Pakatan, anda menyedari ini bertujuan untuk kempen anti-Najib, dokumen anti-BN yang sebenarnya merupakan kecaman yang panjang terhadap era Mahathir. Sekiranya Pakatan mahu meyakinkan kami bahawa Mahathir tidak layak menjadi PM sekali lagi, tak payah lah. Kami sudah memikirkanya – kami setuju 100%!
Separuh orang mungkin membantah bahawa penerimaan umum terhadap Mahathir ke atas cadangan Pakatan menunjukkan bahawa akhirnya beliau sudah berubah. Tolong lah. Hanya tahun lepas, beliau kata beliau tidak kesal memecat Anwar Ibrahim pada 1998. Kemudian minggu ini, beliau kata beliau tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap Anwar. Adakah anda ingin memperbodohkan kami?
Kami benar-benar ingin tahu: Siapa yang percaya apa sahaja Mahathir kata pada titik ini? Siapa yang percaya beliau akan kekal pada kata-katanya dan tidak membuat pusingan-U sekali lagi? Dan adakah mereka orang yang sama yang telah menjadi mangsa ‘Nigerian e-mail scams’?
Orang lain akan kata, Mahathir adalah orang yang terbaik membetulkan kesalahannya sendiri. Baiklah. Oleh itu George W. Bush harus menjadi utusan keamanan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) ke Timur Tengah. Kim Jong-Un harus mengetuai jawatakuasa terhadap pelucutan senjata nuklear UN. Dan Tiger Woods harus menjadi perunding perkahwinan.
Hey, jangan salahkan kami. Kami menilai logik yang tidak masuk akal manifesto Pakatan Harapan. Ia mengingatkan kita tentang kezaliman, kronisme dan salah urus kerajaan ketika Mahathir jadi PM dan kemudian menawarkan beliau untuk menyelesaikan masalah rakyat. Huh?
Oleh itu, kami dengan kuatnya menggalakkan BN untuk mengedarkan salinan manifesto Pakatan di ceramah. Ia akan dijadikan bahan kempen yang hebat. Ia akan dikenali sebagai “Buku Harapan”, tetapi sebenarnya dikenali sebagai“Beribu Dalil Kenapa Mahathir Tidak Boleh Jadi PM (Sekali Lagi)”.
No comments:
Post a Comment