Tuesday 6 March 2018

ANALISIS RAMALAN PRU14 : BN AKAN MEMENANGI ANTARA 125 KE 140 KERUSI.


(Berita Daily) – Seorang ketua ‘think-tank’ tempatan yang tersohor hari ini telah meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa selepas PRU-14 dengan dengan memenangi antara 125 dan 140 kerusi tetapi  Pakatan Harapan akan memenangi lebih banyak bahagian dalam undi popular.
Pada pilihan raya umum yang lepas, BN memenangi 133 kerusi daripada  222-kerusi Dewan Rakyat tetapi ketika itu gabungan pembangkang Pakatan Rakyat memperolehi 50.87% undi popular.
Walaupun terdapat arus di bawah permukaan (undercurrent) yang kuat sedang berlaku sekarang, Pakatan Harapan tidak mungkin dapat mengatasi kuasa inkumben di mana PM Najib Razak dan Umno/Barisan sedang nikmati,” kata CEO dan pengarah ‘Asian Strategy and Leadership InstituteMichael Yeoh hari ini.
“Umno dijangkakan akan memenangi balik beberapa kerusi daripada PAS, PKR dan Amanah,” tambah beliau dalam satu artikel yang disiarkan dalam akhbar The Star hari ini.
Beliau juga berkata faktor Mahathir mungkin menyebelahi Pakatan Harapan di  Kedah dengan kemungkinan memenangi kerajaan negeri.
Bagaimanpun, dengan Mukhriz Mahathir keluar daripada UMNO Kedah, Umno kelihatan lebih bersatu daripada dahulu dan ini telah mengurangkan perbalahan dan sabotaj dalaman.
Sebuah kerajaan perpaduan Umno-PAS di Kedah tidak boleh diketepikan untuk mengelakkan dikuasai kerajaan Pakatan,” beliau menambah.
Untuk Kelantan, Yeoh berkata bahawa pertandingan tiga penjuru dan ketiadaan bekas Menteri Besar menyukarkan untuk PAS terus menguasai negeri itu.
Bagaimanapun beliau menambah bahawa kerajaan perpaduan PAS-Umno di  Kelantan tidak boleh diketepikan, mahupun kemenangan tipis oleh Umno.
Beliau juga berkata bahawa tidak dapat ditentukan sama ada DAP boleh memberi undi Cina kepada Amanah pada PRU-14.
Cabaran yang besar menghadapi Amanah ialah sama ada pengundi tradisi  PAS akan masih lagi teguh bersama PAS atau sanggup mengundi untuk  Amanah.
Ramalan untuk Amanah tidak kelihatan begitu baik sebab PAS mungkin memenangi beberapa kerusi dalam menentangnya. Malah ini mungkin berkeputusan kerusi ini dimenangi oleh UMNO.
Dalam analysis terakhir, Umno mungkin memenangi antara 85 dan 100 kerusi, MCA boleh memenangi antara lima dan 12 kerusi, dan Gerakan mungkin memenangi satu ke tiga kerusi. MIC berkemungkinan memenangi dua ke empat kerusi ,” Yeoh menambah.
Faktor Shafie Apdal di Sabah
Yeoh juga meramalkan bahawa simpanan tetap BN di Sarawak dijangkan kekal dengan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang mengekalkan semua kerusi mereka.
Beliau berkata Parti Rakyat Sarawak (PRS) dijangkakan mengekalkan kerusi yang ada sekarang.
Seandainya SUPP dan UPP selesaikan konflik mereka dan bersatu sebelum pilihan raya umum, berkemungkinan mereka akan memenangi dua ke tiga kerusi tambahan.”.
Di Sabah, beliau berkata, Umno dijangkan akan masih mengekalkan kuasa tetapi akan menghadapi cabara yang kuat dari parti Warisan pimpinan Shafie Apdal, di mana kelihatan mempunyai banyak wang.
Dalam kemungkinan senario ini, Yeoh berkata bahawa Najib dilihat bersedia kekal dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun beliau menambah bahawa apa yang akan menarik pasca PRU-14 adalah pemilihan parti UMNO.
Dalam pemilihan UMNO dijangkakan selepas PRU-14, ia akan menarik untuk melihat barisan naib presiden akan adatang sebab daripada jawatan itu wujudnya kepimpinan akan datang negara ini.
Apa yang lebih penting kepada UMNO bukanlah berapa banyak kerusi BN akan menang tetapi barapa banyak kerusi UMNO akan dapat.
Sekira ia kekal atau meningkat kerusinya walaupun parti BN yang lain kurang menyerlah, kedudukan PM adalah selamat. Semua petunjuk menuju ke arah UMNO akan memenangi lebih daripada yang diperolehi pada 2013,” beliau berkata.




No comments:

Post a Comment