Friday, 2 March 2018

PPBM PUNCA MASALAH PENDAFTARAN PAKATAN HARAPAN.


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mempunyai ratusan aduan dari ahli sendiri menjadi antara punca mengapa Jabatan Pendaftran Pertubuhan (ROS) masih dalam proses penelitian terhadap pendaftaran Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ROS perlu bertindak profesional dalam mengendalikan isu pendaftaran PH kerana siasatan terhadap kedudukan PPBM masih belum dilengkapkan.

Katanya, ROS tidak boleh mengenepikan isu PPBM begitu sahaja dalam soal pendaftaran PH yang dikuasai DAP kerana parti itu merupakan komponen utama dalam pakatan parti-parti pembangkang tersebut.

Sebagaimana yang diperjelaskan oleh Ketua Pengarah ROS, penelitian sedang dilakukan bukan sahaja terhadap permohonan (pendaftaran PH) itu tetapi juga aduan-aduan yang dibuat oleh ahli-ahli PPBM sendiri.

Dengan PPBM merupakan parti komponen PH, beliau berpendapat ROS sedang berlaku adil dan menjalankan tanggungjawabnya secara profesional.

Pada 21hb Februari lalu, beberapa pemimpin parti-parti PH yang dikuasai DAP memfailkan saman terhadap ROS kerana mendakwa jabatan itu gagal memberi maklumat balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.

Bagaimanapun, pada 22hb Februari lepas, kira-kira 1,000 ahli akar umbi dan bekas pemimpin kanan PPBM berhimpun secara aman di hadapan Ibu Pejabat ROS bagi mendesak tindakan terhadap PPBM yang melanggar perlembagaan parti itu sendiri serta pelbagai kepincangan daripada segi salah laku.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan ROS kerana sebarang tindakan daripada jabatan itu adalah mengenai soal operasi dan bukan soal dasar daripada pihak kementerian.

Beliau berpendapat jika PH terutama PPBM hendak mengambil tindakan undang-undang, mereka sepatutnya sedar bahawa tanggungjawab dan kerangka yang dilaksanakan oleh ROS adalah secara profesional.

Ekoran daripada perkembangan itu, menurut dua punca yang boleh dipercayai, difahamkan Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz akan bertanding di atas tiket DAP pada PRU-14 akan datang, sekiranya pendaftran PPBM dan PH gagal. 

No comments:

Post a Comment