Tuesday 27 March 2018

MENGENALI DALAM DAN LUAR ISU 1MDB


Pilihan raya umum menjelang tiba dan tajuk panas ialah sama ada Mahathir telah benar-benar bertaubat. Penulis asal artikel ini selalu bertanyakan kepada mereka mengapa mereka amat membenci Najib sehingga sanggup menunggang atas kuda  (Mah) untuk memusnahkan anak ayam (Jib) dengan mempercayai bahawa malah binatang buas seperti harimau dan serigala akan bertaubat.
Dalam kata lain, sekiranya seorang wakil jualan pembekal tetap anda ABC Sdn Bhd datang di kedai anda untuk mengutip pembayaran dan anda memberinya cek atas nama ABC Sdn Bhd, selepas itu, sekiranya wakil jualan itu membelanjakan wang itu, siapakah yang harus bertanggungjawab?
Tiada seorang sebenarnya memahami peristiwa 1MDB. Penulis ini menggunakan contoh di atas dalam cara yang mudah supaya pembaca boleh memahami dalam dan luar isu tersebut.
Hakikatnya , 1MDB telah membayar kepada akaun bank IPIC di British Virgin Island (BVI). Tetapi berikutan itu, IPIC menyatakan tidak menerima sebarang wang. 1MDB telah ditipu bukan sebab mereka cuai tetapi sebab 1MDB telah diarahkan untuk membayarnya kepada IPIC BVI, dan IPIC BVI dan akaun IPIC Kuwait dimiliki oleh pemegang akaun yang sama. Oleh begitu dari segi perundangan, IPIC telah menerima jumlah yang telah dibayar.
Walaupun IPIC sedar keadaan sebenarnya tetapi memandangkan isu ini serious dan melibatkan seorang putra raja, kes telah diselesaikan melalui saluran undang-undang dan 1MDB memenangi kes.
Walaubagaiman pun, isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai motif tersembunyi dalam negara ini dan mengunakannya untuk menyerang Kerajaan. Kerajaan telah mengadakan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengandungi 14 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. Bintang politik DAP yang kononnya cerdik, Tony Pua juga di dalam panel itu. Bagaimanapun laporannya telah berjaya disiapkan.
Ia perlu ditegaskan di sini bahawa sebahagian daripada laporan tersebut telah disediakan oleh Ketua Odit Negara dan diperiksa oleh tiga firma odit terkenal di dunia iaitu ERNST & YOUNG, KPMG dan DELOITTE. Dengan siapnya laporan tersebut, timbalan pengerusi PAC Tan Seng Giaw dari DAP mengesahkan bahawa  1MDB telah dikelirukan dan bagaimanapun isunya telah diselesaikan. Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri Najib tidak melakukan sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Mengapa pula hingga hari ini, parti pembangkang seperti DAP masih memainkan isu  1MDB? Terdapat dua wakil DAP dalam siasatan PAC itu dan sekiranya mereka tidak mengiktiraf hasil siasatan PAC yang disertai oleh dua orang Ahli Parlimen wakil mereka, apakah jenis kredibiliti yang mereka ada? Atau bolehkah kita ambil bahawa DAP hanya mahu bercakap tentang perkara yang tidak masuk akal berdasarkan atas apa sahaja perkara tajuk yang mereka suka?

Pernahkah kita fikirkan mengapa Mahathir amat takut terhadap 1MDB dan mahu sedaya upaya untuk menghancurkannya? Ini adalah kerana matlamat asal penubuhan 1MDB adalah untuk menyelesaikan kecelaruan terhadap kontrak berat sebelah 22 konsesi lebuhraya dan 18 pengeluar elektrik bebas (IPP) peninggalan Mahathir setelah 22 tahun memerintah.

Kita semua tahu bahawa kontrak ini malah lebih teruk daripada perjanjian yang ditandatangani dengan angkatan penaklukkan perikatan lapan negara kepada China.  Sebuah syarikat dua ringgit boleh memperolehi kontrak lebuh raya dengan pinjaman bank dijamin kerajaan, yang membenarkan penyesuaian tetap kadar tol selama tempoh 30 tahun. Adakah ini tidak membebankan rakyat? Oleh itu mengapa banyak rakyat terpengaruh dengan penghinaan terhadap 1MDB yang cuba melepaskan mereka daripada bebanan ini?
Atas isu IPP, semasa era Mahathir Tenaga Nasional telah dipaksa untuk membeli semua kuasa elektrik yang dijana oleh IPP setiap hari yang mana ia menguntungkan syarikat-syariktat kroni Mahathir itu, namun ia membebankan rakyat. Kami bukan mengatakannya, tetapi ia diperkatakan oleh DAP hampir sedekad. Malangnya mereka hanya rioh rendah tetapi gagal untuk memberhentikannya. Setelah ia berjaya diselesaikan oleh 1MDB, mengapa pula mereka mendapat penghinaan daripada rakyat.
Mengapa Mahathir mendesak Najib untuk meletakkan jawatan? Mengapakah  Mahathir hanya mahu menjadi PM sementara untuk tempoh dua tahun? Adakah sebab beliau mahu menghidupkan semula syarikat-syarikat konsesi tersebut untuk 30 tahun lagi? Di sini kami tidak mahu bercakap banyak lagi. Anda semua boleh memikirkannya semula
Ingatlah penunggang kuda Mahathir, bahawa Mahathir tidak pernah dan tidak akan bertaubat, walaupun sedang nazak, hampir dicabut nyawa oleh malaikat maut. Samalah seperti haiwan buas harimau atau serigala yang tidak akan bertaubat.

No comments:

Post a Comment