Wednesday, 14 March 2018

ADAKAH MAHATHIR CUBA UNTUK MENULIS SEMULA SEJARAH?


Pada Julai 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya pada Ogos 1998 untuk memecat Anwar Ibrahim dan berkata beliau tidak kesal melakukannya. Hari ini, sembilan bulan kemudian, Mahathir kata adalah salah untuk beliau memecat Anwar 20 tahun yang lalu. Apakah yang Mahathir cuba lakukan? Adakah beliau cuba menulis semula sejarah? Sekiranya beliau cuba melakukan sedemikian ia tidak akan memberi kesan, sebab segala yang telah berlaku sejak 20 tahun yang lepas direkodkan dan tidak boleh diubah dengan apa sahaja cerita baharu yang Mahathir cuba katakan.
Sehingga ke baru-baru ini Mahathir berkeras bahawa Anwar ialah seorang yang tidak bermoral yang tidak layak menjadi Perdana Menteri. Sejak September 1998, Mahathir telah mendedahkan apa yang Anwar telah lakukan dan malah berkata yang pihak polis tahu tentangnya lama dahulu. Adakah Mahathir melakukan pusingan ‘U’ sebab beliau tidak boleh menjelaskan mengapa Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri daripada 1998 ke 2017, dan tiba-tiba pada 2018 sekarang beliau layak pula untuk menjadi Perdana Menteri?
Mungkin Mahathir sekarang berasa bodoh yang dia menyokong seorang yang dia telah katakan tidak layak menjadi Perdana Menteri selepasnya. Bagaimana Mahathir boleh menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya sekiranya Anwar seorang yang tidak bermoral? Mahathir bukan cuba untuk membersihkan nama  Anwar. Sebenarnya Mahathir cuba untuk membersihkan namanya sendiri. Dia tahu dia kelihatan bodoh mengutuk Anwar selama 20 tahun dan kemudian sekarang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri selepasnya. Hakikatnya Mahathir lah yang tidak bermoral dan bukannya Anwar.

No comments:

Post a Comment