Saturday, 24 March 2018

DR. MAHATHIR HANYA LULUS SATU DARIPADA 10 KRITERIA UNTUK JADI PM SEMULA


Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusof menggariskan 10 kayu ukur mengenai kemampuan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ingin jadi Perdana Menteri pada usia 93 tahun sekali lagi.

Daripada 10 kriteria yang dibuat penilaian, hanya satu sahaja yang dirumuskan sebagai beliau mempunyai kemampuan, manakala sembilan lagi menetapkan bekas Perdana Menteri itu tidak berkemampuan.

Berikut merupakan rangkuman penilaian Dr. Kamarul Zaman berdasrkan kenyataan dalam Facebook miliknya selepas tidak diberi peluang sepenuhnya untuk menjelaskan dalam satu forum yang turut dihadiri Dr. Mahathir :

1) Kriteria perundangan: Mampu.
Ulasan : Dari sudut perundangan, beliau menyebut Dr. Mahathir mampu kerana jika dibandingkan di Iran, negara tersebut menetapkan usia 75 tahun sebagai had menjadi calon ahli Parlimen. Walau bagaimnapun, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.

2) Kriteria Fizikal: Tidak Mampu
Ulasan: Dr. Mahathir tidak pernah memberi fakta sepenuhnya mengenai kesihatan beliau. Sehingga kini beliau telah menjalani beberapa pembedahan pintasan jantung termasuk pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007. Selain itu, beliau juga gagal hadir beberapa siri ceramah sebelum ini.

3) Kriteria Genetik: Tidak Mampu
Ulasan: Jika mengikut faktor genetik, Dr. Mahathir tidak mampu kerana beberapa kajian menunjukkan purata jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun. Malah, purata tempoh hayat adik-beradik dan keluarganya juga tidak melebehi usia beliau.

4) Kriteria Mental: Tidak Mampu
Ulasan: Dr. Mahathir tidak mampu memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif atau mengenali beliau yang kelihatan jelas dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang akhbar Majlis Presiden Pakatan Harapan dikuasai DAP pada 20 Disember 2017.

5) Kriteria Psikologi: Tidak Mampu
Ulasan: Dr. Mahathir juga tidak mampu menyatakan kebenaran bahawa beliau sememangnya belum bersedia. Ini dapat dilihat menerusi kenyataannya di University of London bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau. Malah beliau menyebut usianya terlalu tua untuk jawatan itu dalam satu ciri ceramah di Tasik Gelugor pada tahun lalu.

6) Kriteria Moral: Tidak Mampu
Ulasan: Dari sudut moral, beliau menyebut Dr. Mahathir tidak mampu memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik lain sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Contohnya melalui kritikan beliau terhadap bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 30 Oktober 2009. Lihat video di bawah.

7) Kriteria Demografik: Tidak Mampu
Ulasan: Dr. Mahathir tidak mampu memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2 peratus berbanding penduduk Malaysia berusia 15 hingga 64 tahun (golongan muda) yang berjumlah 69.7 peratus. Memandangkan penduduk Malaysia majoriti terdiri daripada golongan muda amat sukar untuk beliau memimpin golongan ini kerana cara berfikiran yang berlainan. Selain itu kemunculan ramai pemimpin muda seperti Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron, menyukarkan hubungan luar Mahathir dengan rakan sejawat asingnya itu kerana cara pemikiran yang berbeza sebagai orang muda.

8) Kriteria Intelektual: Tidak Mampu
Ulasan: Beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana tidak dapat menguasai Pakatan Harapan dikuasai DAP. Apa yang dilihat adalah beliau hanya menjadi boneka atau alat kepada pemimpin lain dalam Pakatan Harapan terutama DAP.

9) Kriteria Falsafah: Tidak Mampu
Ulasan: Dr. Mahathir tidak mampu memberikan fakta mengenai bagaimana manifesto Pakatan Harapan dikuasai DAP menjanjikan pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah satu tekanan yang dikaitkan dengan orang muda berbanding orang tua yang juga mengaitkan perubahan dengan satu bentuk kestabilan.

10) Kriteria Semangat: Tidak Mampu
Ulasan: Beliau juga menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Dr. Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut semangat dengan merujuk kepada peringatan Allah tentang kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah Al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah Al-Nahl.

No comments:

Post a Comment