Tuesday 13 March 2018

MAHATHIR, MUKHRIZ DAN MUHYIDDIN BERTANDING DI BAWAH TIKET DAP.


Perkembangan yang menarik berlaku kelmarin. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah baharu mengeluarkan kenyataan media tentang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan menyatakan bahawa memandangkan parti itu telah tidak mematuhi  beberapa terma dan syarat di mana parti itu akan dibatalkan pendaftarannya.
Sebenarnya, terma dan syarat itu amatlah asas dan tidak sukar untuk dipatuhi.Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimanapun, sengaja enggan mematuhi dengan apa yang ROS mahu supaya mereka tiada pilihan tetapi membatalkan pendaftaran PPBM. Ini telah dibincangkan terlebih dahulu di antara Mahathir dan Lim Kit Siang dan ia merupakan sebahagian daripada rancangan beliau, anaknya Mukhriz, dan Muhiyiddin Yassin untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket DAP di kawasan kerusi majoriti Cina.

Mahathir dan Kit Siang sudah terlebih dahulu membincangkan dan bersetuju bahawa PPBM akan dibubarkan dan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan bertanding di bawah tiket DAP.

Mahathir tahu PPBM telah secara mutlaknya tiada peluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dan sekiranya beliau,Mukhriz dan Muhyiddin bertanding pilihan raya umum di bawah PPBM mereka akan tewas. PPBM, di mana parti yang tidak lebih baik daripada Semangat 46 dan hanya satu lagi parti Melayu, tiada harapan menewaskan UMNO atau menggantikan UMNO sebagai panglima perang dalam politik Malaysia. Oleh itu Mahathir perlu untuk buang PPBM dan berhijrah ke  DAP.
Hanya satu cara Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin boleh memenangi pilihan raya umum ialah dengan mereka bertanding pilihan raya di bawah tiket DAP dan di kawasan majoriti kaum Cina. Mereka sedar mereka memerlukan undi kaum Cina di kawasan majoriti Cina untuk menang dan bukannya undi Melayu di kawasan kerusi majoriti Melayu.
Dan hanya satu cara Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin boleh bertanding di bawah tiket  DAP di kerusi majoriti Cina ialah sekiranya PPBM tidak lagi wujud. Sekiranya PPBM masih lagi wujud, macam mana mereka boleh menjelaskan bertanding di bawah tiket DAP di kerusi majoriti Cina? Itulah mengapa Mahathir memerlukan ROS untuk membatalkan pendaftaran PPBM.

Ketiga-tiga mereka akan selamat sementara yang lain-lain calon PPBM akan teraniaya.

Sekarang  Mahathir boleh menyalahkan ROS. Ini kerana kononya ROS lah yang membatalkan pendaftaran PPBM yang Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin tidak ada pilihan tetapi bertanding di bawah tiket DAP di kerusi majoriti kaum Cina. The ROS akan dilihat sebagai penyangak sementara Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin akan kelihatan sebagai mangsa ketidakadilan dan penganiayaan politik.
Tetapi itu selesaikan masalah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin. Bagaimana tentang calon PPBM yang lain? Well, they are never going to win anyway so what does it matter? Apa yang penting ialah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin memenangi pilihan raya walaupun mereka memenangi di bawah tiket DAP di kerusi majoriti kaum Cina.
Dan bagi DAP mereka boleh menggunakan fakta yang Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bertanding di bawah tiket DAP di kerusi majoriti Cina sebagai satu ‘bukti’ bahawa DAP ialah parti berbilang kaum dan bukannya parti kaum Cina, sementara kerajaan dilihat sebagai zalim kerana membatalkan pendaftaran PPBM. Itu apa yang dipanggil keadaan menang-menang.

No comments:

Post a Comment