Thursday, 15 March 2018

KEGAGALAN SERANGAN FASA KE TIGA ISU DOJ…KOSPIRASI FITNAH CIPTAAN MAHTHIR.


Tiga tahun yang lalu, berbalik kepada Mac 2015, portal Malaysia Today mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kempen Anti Najib (ANC) beliau telah mensasarkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam tempoh tiga atau empat bulan, bermakna sehingga Jun atau Julai 2015.
Tarikh yang disasarkan untuk menjatuhkan Najib dijangkakan 29hb Julai 2015 semasa mesyuarat Kabinet di mana Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangkakan memberi tahu Najib untuk meletak jawatan dan menyerahkan kuasa atau menghadapi ditahan dan seterusnya dipenjarakan. Bagaimanapun, dua hari sebelum  29hb Julai 2015, Budak-budak Boffin Najib melancarkan coup de grâce yang memusnahkan keseluruhan rancangan Mahathir dan coup d’état ANC.
Mahathir cuba lagi sebanyak dua kali pada tahun yang sama: undi tidak percaya di Parlimen pada Oktober 2015 dan undi tak percaya semasa perhimpunan tahunan UMNO pada Disember 2015. Kedua-duanya gagal dengan menyedihkan dan  Mahathir meraikan Tahun Baharu dengan kecewa dan penuh perasaan kemusnahan.
Mungkin banyak orang fikir pada titik itu Mahathir akan menyedari beliau telah kalah dalam permainannya ( sebab, seperti mereka kata di AS, ‘tiga pukulan dan anda akan terkeluar’). Mahathir, bagaimanpun, enggan menyerah kalah dan semasa cuti Tahun Baharu- Krimas beliau memanggil satu mesyuarat strategi.
Syed Akbar (di atas) dan Kadir Jasin mengendalikan media dan kempen di internet.
Mesyurat strategi itu dihadiri oleh penyokong tegar Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Sanusi Junid (sekarang aruah), Kadir Jasin, Matthias Chang, Syed Akbar Ali, Khairuddin Abu Hassan, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, termasuk bilionair Melayu, Cina dan India yang merupakan kroni, proksi dan penama beliau, tetapi kebanyakkanya kaum Cina — sebahagiannya siapa yang mungkin anda  boleh syakki siapa mereka.
Telah diputuskan yang kempen media perlu diperkuatkan kedua-duanya samada tempatan dan antarabangsa dan blogger termasuk wartawan perlu untuk dibeli. Rakan di kedudukan tertinggi dan mereka yang di dalam semua koridor kuasa di AS, UK dan Australia perlu disogok dengan derma politik dan pembiayaan pilihan raya.
Satu peti-perang bernilai RM5 bilion telah dipersetujui dan kos akan dikongsi bersama dan akan dibiayaai oleh sepuluh hartawaan, Mahathir sendiri dan Daim di kalangan sepuluh hartawan itu — dan RM5 bilion boleh beli banyak ‘kawan’ dalam media dan kerajaan asing. Cuba teka siapakah lapan hartawan itu dan tiada hadiah bagi tekaan yang tepat.

Matthias dan Khairuddin telah dihantar seluruh dunia untuk membuat aduan tentang 1MDB di beberapa negara

Matthias Chang dan Khairuddin diberi tugas pergi ke seluruh dunia menemui kerajaan asing dan beberapa pihak berkuasa untuk membuat aduan dan laporan tentang wang 1MDB di ‘curi’ sementara Kadir Jasin dan Syed Akbar Ali ditugaskan mengendali urusan media dan penulisan blogg. Daim akan mengendalikan ‘derma’ kepada pihak asing

.Mereka bayar wang haram apabila mereka berjaya menembusi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS), atau DOJ, melalui Kempen Clinton. Di AS, rasuah politik, atau apa yang dipanggil yuran melobi, tidak menyalahi undang-undang dan Mahathir membayar AS$5.01 juta, bersamaan RM20 juta, untuk Kempen Clinton — terutama sekali untuk menentukan bahawa DOJ AS mengadakan tiga sidang media dan kenyataan media dengan memfitnahkan tentang 1MDB.

Adalah penting yang mereka untuk membentuk tanggapan bahawa pihak AS sedang menyiasat dan mengambil tindakan mendapat semula wang yang kononnya ‘dicuri’ dari 1MDB. Sekiranya berita ini datang daripada AS, terutama daripaa DOJ AS, sedikit orang yang bijaksana akan meraguinya, majoriti akan mempercayai nya.
Pada 20hb Julai 2016, DOJ AS buat pertama kali mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan media bertajuk U.S. Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund’.
Pada 15hb Jun 2017, sidang media kedua diadakan dengan mengeluarkan kenyataan media bertajuk U.S. Seeks to Recover Approximately $540 Million Obtained From Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund’.
Lihatlah sindiket Mahathir cuba berbohong, dahulu nilainya melebihi ‘AS$1 bilion’ terkini ia berkurangan menjadi ‘anggaran AS$540 juta’.
Sidang media ketiga (dengan mengeluarkan kenyataan media) dijangkakan akan diadakan sekitar Mac -April 2018, hanya sebelum PRU-14 yang mana dijangkakan April-Mei 2018.

Daim menyalorkan AS$5.01 juta kepada Kempen Clinton bertujuan untuk membeli-keyakinan.

Malangnya, disebabkan oleh perubahan dalam pucuk pimpinan tertinggi AS yang juga melibatkan perubahan di dalam DoJ AS, sidang media dan kenyataan media yang telah dirancangkan sekitar tempoh ini tidak berlaku. Oleh itu, pada minggu lepas, mereka telah mendapatkan Bloomberg untuk mengeluarkan laporan berita yang menyatakan, seperti berikut:
The producer of the “Wolf of Wall Street” agreed to pay $60 million to settle claims it financed the movie with money siphoned from a Malaysian state investment fund. The settlement between the U.S. Justice Department and Red Granite Pictures Inc., which was co-founded by a stepson of Malaysian Prime Minister Najib Razak, also covers U.S. forfeiture claims against the producer’s rights and interests in two other pictures, “Daddy’s Home” and “Dumb and Dumber To.” 
The complaint targeting the 2013 picture, directed by Martin Scorsese, is among more than two dozen forfeiture lawsuits filed by the U.S. against $1.7 billion assets that were allegedly acquired with money stolen from 1Malaysia Development Bhd. The assets include mansions in Beverly Hills, California, luxury condos in New York, jewelry and artworks. The Justice Department sought the profits, royalties and distribution proceeds that are owed to Red Granite Pictures. The movie starring Leonardo DiCaprio took in $392 million in worldwide ticket sales, according to the website Box Office Mojo. 
Riza Aziz, Najib’s stepson, is a friend of Low Taek Jho, also known as Jho Low, the Malaysian financier whom the U.S. alleges orchestrated the scheme to loot $4.5 billion from the Malaysian fund going back to 2009. Of the allegedly stolen money, $1.7 billion has been traced to assets in the U.S. and U.K. Most of the civil forfeiture cases have been put on hold while the Justice Department is pursuing a criminal investigation.
Pada asanya, ‘berita’ ini diulang dari tahun 2015 tetapi apa yang penting bahawa ia menyebut, 1MDB, Jho Low, Najib Razak, anak tiri Najib Riza Aziz, dan DOJ AS. Itulah sahaja yang Mahathir mahu rakyat Malaysia baca.
Apa kebanyakkan rakyat Malaysia mungkin  tidak perasan ialah bahagian yang menyebut Most of the civil forfeiture cases have been put on hold while the Justice Department is pursuing a criminal investigation’ dan bahawa DOJ bertindak berdasarkan aduan (dalam kes ini siasatan jenyah mungkin dibuat terhadap Matthias dan Khairuddin kerana membuat aduan palsu).

Setelah tiga tahun DOJ masih lagi tidak dapat menunjukkan sebarang bukti.

Dalam lain perkataan, sejak tiga tahun yang lepas , mereka masih lagi ‘menyiasat’ dan masih tidak mempunyai sebarang bukti. Dan mereka tidak mempunyai sebarang bukti sebab tiada bukti. Hakikatnya, seperti laporan PAC, 1MDB tidak hilang sebarang wang dan malah sekiranya benar wang dicuri ia bukan dicuri daripada  1MDB.
Ini hampir serupa seperti pembunuhan President Kennedy. Setelah 55 tahun mereka masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, atau apa yang sebenarnya berlaku terhadap Marilyn Monroe. Tetapi mereka perlu untuk mengekalkan mitos bahawa wang 1MDB dicuri dan Najib dan/atau orang rapat dengan beliau curi. Dan itulah apa tentang cerita Bloomberg minggu yang lepas — juga sebagaimana dua sidang media dan kenyataan media DOJ AS pada Julai 2016 dan Jun 2017.
Dan itu sepatutnya sebagai ‘peluru emas’ Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dan menggantikannya dengan DAP dan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang. Mahathir amat cemburu bukan sahaja dengan  Najib tetapi juga dengan anak tiri Najib. Mahathir tidak tahan dengan fakta bahawa  Riza berjaya dan tidak memerlukan kerajaan untuk menjadi kaya  — tidak seperti anak-anaknya Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan.

Mahathir cemburu yang anaknya memerlukan bantuan kerajaan untuk menjadi kaya sementara Riza melakukannya sendiri.

Sebab itu mengapa Mahathir terus mengatakan Riza Aziz mencuri wang 1MDB walaupun DOJ tidak menyebutnya.
Malah Mahathir amat kecewa apabila Rafidah Aziz mendedahkan yang beliau telah menyuruhnya memberi saham syarikat awam dan permit AP kepada anak-anaknya. Sekarang seluruh dunia tahu bahawa anak-anak beliau membuat berjuta-juta ringgit melalui bantuan kerajaan dan, yang penting sekali kesemuanya, ini berlaku semasa beliau masih lagi jadi Perdana Menteri(walaupun beliau terus mengatakan anak-anaknya menjadi jutawan setelah beliau bersara sebagai Perdana Menteri).
Sebagaimana yang banyak Mahathir kata, anak-anaknya tidak mendapat bantuan kerajaan utuk menjadi kaya, bukti menunjukkan disebaliknya. Dan sekiranya anda mengatakan anak tiri Najib jadi kaya atas usahanya sendiri, jantung Mahathir akan bergetar dan mereka perlu mengejarnya ke IJN.

No comments:

Post a Comment