Sunday, 18 March 2018

PPBM BAKAL DIHARAMKAN - JANGAN SALAH PIHAK LAIN ATAS KELEMAHAN KEPIMPINAN PARTI SENDIRI.


Pengakuan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhyiddin Yassin bahawa partinya tidak mampu untuk memberi minit mesyuarat cawangan dan bahagian kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam tempoh 30 hari, adalah petanda jelas PPBM bakal diharamkan.

Alasan Muhyiddin bahawa kegagalan itu kerana PPBM masih baharu sama sekali tidak meyakinkan. Malah banyak pihak termasuk bekas pemimpin akar umbi PPBM yang disingkir menyifatkan jawapan beliau sebagai pembohongan.

Hakikatnya PPBM tidak mengadakan mesyuarat agung di cawangan dan bahagian sedangkan itu yang disyaratkan dalam perlembagaan parti.

Kami percaya ROS tidak punya pilihan melainkan mengharamkan PPBM. Dengan perkembangan terbaharu ini, hampir pasti calon-calon PPBM pada PRU-14 nanti tidak boleh bertanding menggunakan logo sendiri sebaliknya atas tiket DAP, PKR dan PAN selain sebagai calon bebas.

Itupun tertakluk kepada keizinan parti-parti berkenaan, memandangkan ia berkaitan dengan kawasan di mana mereka akan bertanding. Dengan kata mudah calon PPBM tidak ada pilihan untuk memilih konstituensi yang selesa untuk dimenangi, memandangkan DAP, PKR dan PAN mempunyai kepentingan konstituensi yang diyakini mereka boleh menang.

Pembubaran PPBM ini juga dijangkan akan menjejaskan pendaftaran Pakatan Harapan, yang pada asalnya PPBM merupakan sebahagian daripada gabungan dalam Pakatan Harapan. Sekiranya pendaftaran Pakatan Harapan sebagai satu gabungan tidak diluluskan oleh ROS, maka dijangkakan setiap parti DAP, PKR dan PAN terpaksa bertanding atas nama parti individu, tidak lagi sebagai gabungan parti Pakatan Harapan.

Para pemimpin PPBM tentu boleh menjangkakan hal ini kerana ia berpunca daripada kelemahan pimpinannya dalam mengurus soal paling asas penubuhan parti. Ini baharu parti yang kecil gagal diuruskan, mancam mana mereka mampu menguruskan negara ini sekira ditakdirkan mereka berjaya memerintah negara ini.

Sendiri punya hal, sepatutnya sendiri kena tanggung, tidak perlu menuding jari terhadap pihak lain.

No comments:

Post a Comment