Monday, 12 March 2018

ISU KAPAL EQUANIMITY : HANYA UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT TENTANG SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT DAN SKANDAL TANAH IJOK.


Pembangkang sengaja memainkan isu kapal Equaminity yang kononnya didakwa milik Jho Low dengan mengaitkan penahanan kapal tersebut oleh pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini dengan isu 1MDB untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes penyelewengan pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dan skandal penjualan tanah Ijok di Selangor.
Inilah taktik pembangkang yang digunakan sejak dari dulu untuk mengalih perhatian rakyat yang sedang tertumpu kepada kes pembinaan terowong di Pulau Pinang dan isu tanah Ijok yang dikaitkan dengan penyelewengan jutaan wang peneroka yang ditipu..
Ini taktik pembangkang sejak dulu lagi. Bila ada sesuatu isu dalam pentadbiran atau parti mereka, mereka akan cari apa-apa isu yang terkait dengan kerajaan atau UMNO untuk alih perhatian rakyat.
Sama ada isu itu betul atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting bagi mereka ialah mengalihkan perhatian rakyat agar isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran mereka tidak terus diberi perhatian oleh rakyat.
Sedangkan isu-isu tersebut seperti isu terowong, isu penjualan tanah Ijok itu didapati terdapat unsur-unsur penyelewengan yang melibatkan jutaan wang rakyat yang sepatutnya diberikan penjelasan.
Bagaimana pun kami melahirkan rasa yakin bahawa rakyat hari ini tidak begitu mudah terpengaruh dengan dakyah dan tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan, khususnya berhubung isu 1MDB dan lain-lain.
Kami yakin, rakyat kini sudah bijak menilai. Zaman ini, informasi hanya dihujung jari. Rakyat boleh menyemak dulu sama ada informasi yang diberikan oleh pembangkang itu betul atau salah. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak berita-berita palsu dan tidak betul yang disalurkan melalui medium media sosial.
Pembangkang juga saya lihat seperti sudah tidak ada idea kerana asyik mengitar semula isu-isu yang sudah selesai. Contohnya seperti 1MDB, isu ini sudah selesai. Tuduhan pembangkang bahawa PM menyeleweng duit wang 1MDB terbukti tidak benar.
Ini terbukti dengan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang, mereka gagal mendapatkan bukti Najib terlibat dalam isu penyelewengan 1MDB. Siasatan PAC pula bukanlah berasaskan cakap-cakap dikedai kopi atau ceramah-ceramah pembangkang atau berita palsu yang disiarkan oleh media sosial asing dan tempatan. Ia berasaskan laporan Jabatan Odit Negara, SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia. Oleh itu isu ini sudah selesai tetapi pembangkang sengaja mengulang-ulang isu ini tanpa sebarang bukti sahih supaya rakyat jadi keliru serta berjaya mewujudkan persepsi negatif
.Hakikatnya apa yang diamalkan oleh pembangkang itu adalah berinspirasi kata-kata Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels, iaitu penipuan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran’ oleh rakyat umum. Contoh terbaik ialah isu 1MDB, walaupun ia merupakan konspirasi fitnah oleh individu tertentu untuk mencapai agenda peribadinya,maka ia telah mewujudkan persepsi negatif hingga sekarang walaupun telah mulai didedahkan tiga tahun yang lepas. Ini kerana cerita yang sama telah diulang-ulang selama tiga tahun, walaupun tanpa sebarang bukti yang sahih.  


No comments:

Post a Comment