Tindakan pembangkang terutamanya pasukan Tun Mahathir (Tun M) yang bersungguh-sungguh menggunakan berita palsu dan portal upahan asing Sarawak Report sebagai senjata politik mereka.
Ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membina persepsi negatif terhadap UMNO / Barisan Nasional (BN) dan pimpinan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ibu segala ‘fake news’ (berita palsu) ini ialah kononnya dahulu RM42 bilion wang 1MDB telah lesap…dicuri…
Ini disusuli pelbagai cerita palsu dan separuh benar cuba dirancang dan disebarkan dalam mereka berantisipasi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dijangkakan diadakan akhir tahun lalu.
Kini isu 1MDB sudah tidak lagi dipeduli rakyat setelah rakyat sedar skema dan naratif pembangkang.
Dalam keadaan tertekan untuk mencari senjata baru, ‘Team’ Mahathir terpaksa menggunakan Sarawak Report dengan cara yang hampir sama mereka lakukan tiga tahun lalu berkaitan 1MDB.
Kali ini mereka cuba membuat ‘fake news’ berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini telah dinafikan sama sekali dan serta-merta oleh agensi berkenaan.
Justeru berkaitan isu tersebut kami berpendapat, KWSP harus menyusuli penafian mereka dengan membuat laporan polis di London walaupun mengetahui Tun Mahathir sengaja merancang agar KWSP akan mengalami kesukaran mendapat keadilan di bawah undang-undang luar negara bersabit fitnah ini.
Apapun, ini perlu dilakukan sepertimana yang telah dilakukan oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang terhadap portal asing yang sama dan dibiayai orang yang sama. Ia amat berkesan yang sehingga sekarang pihak defendan (Sarawak Report) masih gagal menyediakan sebarang bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah di London.
Dalam beberapa minggu ini Tun Mahathir sudah mengatur beberapa lagi ‘fake news’ menggunakan ‘apparatus’ asing.
Apabila pihak berkuasa Indonesia dilaporkan menahan kapal mewah milik Jho Low, ‘balaci’ Tun M dan Pakatan Harapan begitu ‘teruja’ sekali, walhal isu ini adalah antara Jho Low dan pihak berkuasa Amerika Syarikat DOJ yang sudah bertahun tanpa dibawa ke mahkamah kerana ketandusan bukti.
Kapal mewah Equanimity bukan milik Malaysia atau 1MDB. Jho Low tiada urusan dgn 1MDB dan 1MDB tidak kehilangan apa-apa kerana 1MDB berurusan dengan IPIC dan AABAAR secara langsung dan segalanya bersifat ‘arm’s length biz deal’..
Apa-apa urusan antara pihak lain dengan rakan niaga 1MDB di luar negara adalah di luar kuasa 1MDB dan di luar skop undang-undang Malaysia. Namun Tun Mahathir mahu membina persepsi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah sebahagian dari episod luar 1MDB itu.
Sehubungan itu, semua ini adalah permainan Tun Mahathir dalam usaha merebut kuasa untuk dirinya dan keluarga serta kroni yang dilindunginya selama ini dan keutamaannya adalah meletakkan orang yang akan mengikut ‘My Way’ ditampuk kuasa, tambahan pula pilihan jangka panjang yang wajib dijayakan adalah menjadikan anaknya sebagai perdana menteri.
Misi Tun Mahathir hanya satu dan beliau sangat fokus mengenainya iaitu ke arah menabalkan anaknya Mukhriz ke persada pucuk pimpinan negara?
Apa yang mahu mereka capai ialah membina persepsi dan seterusnya cuba meruntuhkan keyakinan rakyat dengan sasaran utama mereka adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Inilah tektik Tun Mahathir yang sangat pakar dalam strategi perang persepsi yang menyaksikan beliau bertahan 22 tahun di puncak kuasa, selain penggunaan ISA untuk menakut-nakutkan rakyat.
Usaha Tun Mahathir ini akan diteruskan selagi hayat dikandung badan walaupun terpaksa meminta talian hayat dengan menjilat dan menjunjung musuh ketat lama beliau DAP yang mempunyai agenda untuk menghancurkan Melayu melalui strategi ‘Use Malays to Screw Malays’.
No comments:
Post a Comment